Masih cantik berambut panjang, pelakon wanita, Aida Aris mempunyai aura tersendiri dalam usia meniti usia 50 tahun.
Dia yang pernah menjadi dambaan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki, personalilti ini tidak hanya berbakat dalam dunia lakonan tetapi juga turut mahir dalam bidang kulinari.
Masih menerima tawaran berlakon dan bergiat aktif sebagai anak seni, jelitawan ini turut memanfaatkan kelebihan yang ada dengan menceburi bidang perniagaan.
Jika dulu, dia pernah menjual aksesori pelengkap gaya wanita menerusi jenama Paku, kini bekas peragawati berkenaan merupakan peniaga makanan atau dessert.
Ads
Tip Cantik Aida Aris
Berkongsi sedikit tentang gaya hidup dan tip cantik menerusi satu video Keluarga, kata Aida dia memang jenis aktif suka bergerak. Kata mudah jenis tak boleh duduk diam dan tak akan sesekali tidur siang.
“Alhamdulillah, Allah bagi saya okay dalam umur macam ni. Yang penting sihat.
Ads
“Saya sebenarnya suka bergerak, tak suka duduk. Dan saya tak suka tidur siang. Bila dah bangun, saya tidak akan tidur siang melainkan sakit atau pening kepala.
“Saya juga bayak minum air, tak suka minum ais. Minum air panas tak kira pagi siang atau malam memang suka minum panas. Amalkan air putih dan makan nasi macam biasa,” kongsinya.
Bakat Lakonan Dan Kisah Bahagia Bersama Suaminya
Ads
Sekadar info, Aida mendirikan rumah tangga dengan Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain yang merupakan bekas Ketua Pramugara Malaysia Airlines pada 4 September 2010.
Kemunculan Aida Aris dalam industri seni bermula sekitar lewat 90an dan bakat lakonannya masih mendapat tempat dalam arena ini. Salah satu drama popular yang melonjakkan nama figura ini ialah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Pernah tular kisah Leftenan Madya, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan letupan pada 2021, dia selayaknya digelar beauty with brain!
Kisah kejayaan tersebut kembali tular di Twitter @jiwabaik yang memetik catatan daripada Facebook Dr. Zulkifli Hussain, memaklumkan anak jati Kuala Lumpur yang membesar di Ipoh, Perak itu mengakui perlu cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi.
Puteri Shazwani ketika ditanya oleh Dr. Zulkifli ketika itu berkata, peranan wanita dalam bidang ketenteraan adalah sama penting walaupun dalam bidang yang majoritinya dipelopori oleh golongan lelaki.
“Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti”.
“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu,” katanya.
Mengulas lanjut tentang laluan kerjayanya, Puteri Shazwani berkata dia sukakan cabaran dan ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri.
Jadi, bidang ketenteraan yang diceburinya itu membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam dirinya.
Sedikit info tentang Puteri Shazwani, anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh, kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan sebelum diserap sebagai Pegawai Kadet Laut di universiti tersebut.
Setelah ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada 2019, Puteri Shazwani berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Material pada 2021, selain menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama lapan bulan di Kem Mempaga, Bentong sebelum diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.
Hebat, dalam usia yang Puteri Shazwani mampu membuktikan wanita juga mampu melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti kaum lelaki.
Tuah gadis penebar roti canai, rakaman aksi menebar yang dimuat naik di TikTok membuatkan Nor Syazwani Ab Ghani tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan dengan menu sarapan pagi.
Menurut gadis berusia 19 tahun itu, jualan roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2, Kuantan, mencecah dua kali ganda berbanding sebelumnya.
Kini Nor Syazwani tidak menang tangan menyediakan menu sarapan pagi itu.
Anak keenam daripada lapan beradik itu mengakui ia disebabkan kuasa tular daripada pengguna laman sosial selepas videonya dikongsi oleh warga maya.
“Pada awal kami buat hanya 10 kilogram (kg) tepung sahaja. Selepas video saya muncul viral, kami mendapat sambutan mengejut.
“Ada yang datang daripada Facebook dan TikTok. Pelanggan-pelanggan dari luar kawasan pun ada juga. Kini kami meningkatkan pengeluaran kepada 30kg,” katanya.
Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 17 saat yang memaparkan Nor Syazwani menunjukkan kemahirannya menebar roti canai.
Rakaman yang meraih 2.5 juta telah dikongsi secara meluas di platform media lain.
Susulan tular, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri roti canai yang disediakan gadis rupawan itu.
Nor Syazwani yang mesra disapa Nadia oleh ahli keluarga memberitahu bahawa kakaknya turut memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam mempromosikan perniagaan mereka.
“Kami terkejut baru-baru ini pelanggan datang bawa kamera. Saya berdebar jugalah tapi enjoy. Kalau pelanggan hendak bergambar kami layan sahaja.
“Mereka pun datang dari jauh nak tengok roti canai ditebar. Tak semua orang boleh menebar roti canai,” katanya.
Berkongsi lanjut, Nor Syazwani mendedahkan beliau dibesarkan dalam keluarga peniaga. Bapanya, Abdul Ghani Ibrahim, 68, merupakan seorang peniaga menu itu di Pasir Gudang, Johor sebelum menetap di Kuantan.
Justeru tidak hairanlah bakat itu diwarisi Nor Syazwani yang mula menebar roti canai pada usia 12 tahun.
“Semasa Tahun Enam, keluarga berpindah ke sini. Abah galakkan saya untuk cuba dan berlatih menebar roti canai dengan menggunakan kain dahulu.
“Sebab saya melihat kakak-kakak semua pandai, saya pun tertarik.
“Pada permulaan Abah minta berlatih menggunakan kain dan apabila gerai lengang saya akan cuba menebar sendiri.
“Mulanya memang roti terkoyak dan terpaksa dibuang.
“Namun selepas setahun, ketika di Tingkatan Satu saya semakin mahir. Sudah mampu menebar tetapi Abah masih tidak lepas tangan kerana proses perlahan sedangkan pelanggan ramai.”
Tak semua ada kemahiran seperti gadis ini, gigih berlatih memahirkan diri dan kini sudah mampu membantu keluarga menjana pendapatan.
Semoga kejayaan Nor Syazwani ini menjadi sumber inspirasi wanita untuk terus memajukan diri dalam bidang yang diminati.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!