Proses untuk mendapatkan berat badan ideal untuk kesihatan diri memang memerlukan masa yang lama dan tidak mudah, tapi dengan tekad dan kesungguhan, sesuatu usaha itu pasti akan menghasilkan kejayaan.
Berkongsi journey untuk mengurangkan berat badan yang dari 82kg ke 60kg dalam masa tiga bulan memang bukan satu kerja yang mudah buat Siti Aishah Che Harif, tapi menurutnya perkara paling penting adalah konsisten dalam berdiet.
Tambahnya juga bila berjaya mengurangkan berat badan, beberapa masalah seperti kulit kusam, haid tidak teratur dan muka berjerawat hilang begitu sahaja, malah kulit menjadi lebih sihat dan badan juga lebih ringan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian.
Berjaya kurangkan berat badan dari 82kg ke 60kg dalam masa 3 bulan
Okey ni gambar sebagai pembakar semangat untuk awak semua yang tengah berdiet tu
Yess kita bila gemuk ramai yang hina and mengata tentang kita… confident level kita pun hilang dengan mulut toxic people kan
So anggaplah kata-kata diaorang tu jadi semangat and kehendak untuk kita diet
Olah caci maki tu kepada pembakar semangat
And satu lagi kalau kita diet jangan bagitahu orang
Ads
Biar mereka sendiri yang tegur perubahan kita!!
Why tak boleh bagitahu kita diet
1) akan ada yang cakap
“alah tak payah diet laa bukan kurus pun”
(Semangat akan hilang kalau awak jenis yang mental tak kuat)
2) alaaaaa gemuk dah cantik
Ads
Kita pun (selesa) diet pun tak jadi
Kalau boleh diet jangan sebab orang diet sebab diri kita sendiri insyaAllah akan menjadi
82kg-60kg dalam masa 3bulan lebih2 je
Konsisten adalah kunci
Muka berseri tu lepas kurus Sebab badan kurang toxic
Ads
Hai assalamualaikum
Sebenarnya diet ni tak susah pun kalau kita ada kehendak. Sis dari 82kg ke 60kg dalam masa 3bulan. Yang penting konsisten je percaya pada proses…
Jika tahun lalu Sinar Harian melalui hasil laporan cemerlang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia – MPI Petronas 2020.
Dan tahun ini sekali lagi rezeki berpihak kepada Kumpulan Media Karangkraf apabila dipilih menjadi sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sinar Harian / Bernama
Gemar Layan Sukan ‘Rock Climbing’, Punca Wanita Ini Pilih Kerjaya Tawan Puncak KLCC. Siapa sangka pembabitannya yang sering aktif menyertai aktiviti sukan lasak iaitu ‘rock climbing’ atau mendaki tebing batu menjadi batu loncatan padanya untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang lebih mencabar.
Bergelar antara 10 wanita labah-labah dinegara ini, Noramalia Sidek yang dilabel ‘iron lady’, akhirnya memilih menjadikan kerja lasak sebagai juruteknik akses tali yang selama ini didominasi lelaki sebagai karier sepenuh masa sejak lima tahun lalu.
Dia sekalipun tidak gentar bergayut di bangunan pada ketinggian lebih 200 meter dalam tempoh lama dan bukanlah satu tugas mudah kerana menuntut keberanian dan kemahrian yang tinggi.
Malah pekerjaan yang dilakukannya ini juga antara pekerjan berisiko tinggi. Wanita yang juga ibu kepada seorang anak ini juga bukan sekadar mencuci tingkap bangunan, skop tugasnya juga lebih luas termasuk melakukan kerja-kerja Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan sebagainya.
Menurutnya sebelum betul-betul terbabit dalam pekerjaan ini, dia juga mengambil kursus kemahiran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pekerjaan itu.
“Dari situ, baru saya tahu bahawa skop kerja ini sebenarnya luas dan mendapat permintaan yang tinggi serta menawarkan pendapatan lumayan sehingga timbul minat untuk lebih serius,” katanya dalam artikel bersama Harian Metro.
Menurutnya, dia kemudian mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat sebagai pelatih juruteknik akses tali.
“Sepanjang bekerja sambil belajar di syarikat itu, saya dapat belajar banyak perkara yang lebih mendalam mengenai bidang ini.
“Saya masih teringat, apabila kali pertama ditugaskan membuat kerja di bangunan 30 tingkat, saya menangis kerana takut dan gayat. Biarpun sudah menjalani latihan, namun apabila berada di lokasi sebenar, keadaannya berbeza kerana saya masih kekurangan ilmu,” katanya.
Katanya, selepas enam bulan, dia mengambil keputusan untuk bergerak secara sendiri (freelance) sehingga ke hari ini.
“Ramai beranggapan pekerjaan ini berisiko tinggi namun kejadian yang tidak diingini boleh dicegah lebih awal dengan ilmu dan kemahiran. Jadi tidak hairanlah, setiap tiga tahun sekali, lesen perlu diperbaharui untuk memastikan kami sentiasa kompeten,” katanya.
“Apa yang penting, juruteknik akses tali perlu sentiasa cergas dan fokus ketika bertugas.
“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ini cuci tingkap je, Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ini luas, banyak cabangnya.
“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir sampai bila nak cuci bangunan,” katanya yang turut berdepan pengalaman tidak boleh dilupakan, apabila dia hampir disambar kilat ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah bangunan di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) apabila cuaca buruk semua kerja perlu dihentikan. Namun pada ketika itu cuaca cerah dan secara tiba-tiba berubah tanpa kami sedari.
“Entah bagaimana, saya nampak hujung kilat itu melalui cermin tingkap bangunan. Kami kemudian bergegas turun daripada bangunan itu dalam keadaan hujan lebat,” katanya sambil memberitahu pengalaman melakukan kerja penyelenggaraan di Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan bekerja di pelantar minyak Bunga Kertas, Terengganu antara yang tidak boleh dilupakan.
“Ini antara pencapaian yang membanggakan apabila diberi kepercayaan untuk bekerja di bangunan ikonik.
“Selain itu, saya dapat merealisasikan impian bekerja di pelantar minyak selama sebulan. Biarpun berdepan masalah mabuk laut pada tiga hari pertama, pengalaman bekerja di tengah laut, adalah sesuatu yang cukup berharga,” katanya yang turut bertemu jodoh dengan suami, Abdul Hazim Abdul Razak melalui bidang sama.
Video perkongsian di akaun TikTok @siva_wwc6 jadi viral menyaksikan seorang wanita berhijab sama sekali tidak gentar bekerja di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat dengan memakai alat keselamatan lengkap.
Telah meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen warganet yang kagum dengan keberanian wanita berasal dari Negeri Sembilan melakukan pekerja yang sangat berisiko ini.
Dilihat semakin slim penyanyi, Aishah atau Datuk Wan Aishah Arifin dan rupanya berat dah 52 kilogram setelah lebih lima tahun menjalankan pembedahan bariatrik.
Aishah, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa bariatrik adalah satu alternatif untuk menyekat diri seseorang dari makan secara berlebihan.
“Ramai yang tahu perjalanan bariatrik saya yang sudah berjalan lebih 5 tahun. Alhamdulillah 50-52 kg weight loss.
Pengecilan perut sebagai satu ‘tool’ untuk menyekat kita dari terlebih makan. But at the end of the day, anda perlu ubah gaya hidup dan sikap terhadap makanan.”-kongsi Aishah
Akui kesihatan sebagai satu rezeki yang amat berharga, Aishah menitipkan rasa syukur dengan dirinya yang mengambil pemakanan secara sederhana serta senaman sehingga boleh mengekalkan pakaian bersaiz S.
“Kesihatan itu satu rezeki yang sangat berharga, jadi jangan ambil ringan perkara ini. Alhamdulillah dengan pemakanan sederhana (makan semua tapi sekadar untuk merasa) dan sedikit senaman, tak kiralah janji berpeluh setiap hari.
Sekarang maintain saiz S. Masa dengan Fan Club dulu pun tak muat pakai S.”-tulis Aishah
Jadi buat anda yang masih nekad nak kuruskan badan, jangan putus asa. Kalau mampu boleh buat bariatrik dan jika sebaliknya boleh usaha keras dengan jaga makan dan jangan lupa senaman.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!