Tidak dinafikan perjalanan diet itu perlu melalui satu tempoh yang panjang untuk melihat hasil diimpikan.

Bukan sebulan dua berdiet, terus nampak hasilnya. Tetapi berbulan-bulan sebelum berjaya mendapat berat ideal.

Dalam tempoh itu, jangan ada rasa putus semangat atau down jika belum mendapat hasil sepatutnya.

Seperti perkongsian Khuwarizmi Rosli yang berkongsi perjalanan diet isterinya Nadiah Kie yang berjaya menurunkan sehingga 25 kg dalam masa 9 bulan.

Artikel Lain: Nak Kempis Perut Dengan Pantas, Ini Tip Betul Makan Nasi Secara ‘Eat Clean’

Menurutnya isteri tersayang mengamalkan diet suku-suku separuh dan juga workout untuk menurun berat badan di samping sokongan dari suami tercinta.

Ayuh ikuti perkongsian ini dan boleh dijadikan panduan untuk yang mahu atau sedang berusaha berdiet cara sihat.

Makan 3 Kali Sehari, Tapi Amal Diet Suku-Suku Separuh. Rahsia Lepas 9 Bulan Dapat Berat Ideal!

Lenyap 25 KG Dalam Tempoh 9 Bulan

Tinggi 160cm
Bmi 23.8
Lose 25kg
.
+++++1 Nov 2021 update+++++

IKLAN

Disini Saya kongsikan apa yang Saya amalkan dan buat sepanjang diet suku suku separuh. Tempoh Masa 9bulan.lama sebab asyik ke laut dalam.

Bangun Dari tido wajib minum air suam 1@2gelas. Setiap hari korang wajib membuang taw.

Makan 3kali sehari.Sarapan Pagi wajib! Biasanya Saya akan makan telur,roti &salad.
Makan tengahari wajib makan nasi suku,sayur-sayuran dan lauk. Kadang-kadang makan lauk panggang dan lauk biasa je.senang!

Makan malam pulak sama Makan nasi suku suku separuh. Makan sayur banyak-banyak ini akan buat korang bertahan dan lambat lapar.

Makan 3 Kali Sehari, Tapi Amal Diet Suku-Suku Separuh. Rahsia Lepas 9 Bulan Dapat Berat Ideal!

IKLAN

Saya kurangkan minum & makan makanan yang manis.Makanan yang manis ni bahaya sikit sebab akan buat korang ketagih dan nak makan banyak.

Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan memang saya buat yang ini dulu bila korang dah dapat rentak dan badan dah boleh trima diet suku suku separuh ni ,korang memang Tak kan makan banyak dah.

Artikel Lain: Usia Dah 40 Tahun Tapi Penampilan Persis Anak Dara. Bekas Atlet Fadzlun Abas Dedah Rahsianya!

Selain itu:  4 Senaman Mudah Lakukan Di Rumah, Boleh Kecilkan Peha Dalam Masa Sebulan

SENAMAN 20% jer
Layan je dsss ni tanpa stress bila dah berjaya turun 10kg ke 15kg baru lah saya mula bersenam.

Saya mula dengan berjalan kaki pusing satu taman perumahan setiap pagi, senaman jangan paksa buat stakat mampu je dulu. Saya berjalan untuk permulaan,then kadang-kadang tu joging. Berbasikal indoor outdoor.

IKLAN

Buat yang tanya macam mana nak kecikkan perut, kecikkan paha, kecikkan lengan dan Mana-mana part tu..apa yang boleh saya katakan bila korang amalkan dsss dan sedikit senaman ringkas ni ,auto akan buat badan korang mengecil secara neutral. Sebab tu kena sabar dan enjoy je.

Makan 3 Kali Sehari, Tapi Amal Diet Suku-Suku Separuh. Rahsia Lepas 9 Bulan Dapat Berat Ideal!

Sokongan dari pasangan amatlah penting hehe. Alhamdulillah suami saya memang support habis. Dia yang bersungguh-sungguh, pantau apa yang Saya makan , sediakan bahan-bahan asas senaman. Dan orang paling rajin tag tips kurus d fb ni.

Set minda kita awal-awal nak berubah ke arah gaya hidup yang sihat, nak makan makanan yang sihat dan nak kurus secara sihat.
#dontgiveup #dietsukusukuseparuh #dietsihat

Artikel Berkaitan:

Tak Diet Tapi Sibuk Uruskan Anak. Punca Berat Ayda Jebat Turun Mendadak Sampai 45KG!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI