Tidak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Tanpa sebarang usaha gigih perjuangan untuk mendapat berat ideal pastinya gagal.
Justeru tekad dan semangat perlu ada bagi memastikan impian untuk mendapatkan berat idaman tercapai.
Perkongsian lelaki ini Mohd Firdaus Ahmad yang berjaya melenyakan 35.5kg hanya dalam masa 6 bulan.
Sebelum ini dia yang memiliki berat 134kg dan sekarang hanya 98.5kg. Malah ukuran pinggang juga turut berubah daripada 42-42inch kepada 34inch sahaja.
Ikuti perkongsiannya yang mula menurunkan berat badan sedikit demi sedikit hasil 6 bulan diet dan exercise dilakukan.
Ads
Menurutnya dia juga sangat menjaga pemakanannya sebelum turun 30kg sepanjang tempoh diet itu.
Selain itu, dia juga turut memfokuskan 3 bulan untuk berjogging 4km hampir setiap hari dan sebulan juga dia fokus dengan weight lifting training sebelum mendapat hasil yang mantap.
Assalamualaikum dan Hi..saya kembali lagi..dengan result terbaru..hahah
Ads
– Kiri 14/11/2021, kanan 16/05/2022. Loss */35.5kg selama 6 bulan diet dan exercises.
– 3bulan pertama fokus jogging. 4km/day
– 3bulan seterusnya sampai hari ini, fokus weight training.
– 3 bulan pertama result, turun berat badan +-19kg, tapi kulit dan perut gelebeh.hehe
Ads
– So decided masuk gym, dan loss lagi 16.5kg. Dan akan terus buat weight training. Sebab dah ada team dan group weight training.
– Start 134kg – sekarang 98.5kg Pinggang 42-43inch – sekarang 34inch.
– Semangat datang itu dari mana?? Datang dari termeterainya perjanjian dengan seseorang..
Langsing dan awet muda, kalau nak tahu inilah rahsian cantik Dr. Soo Wincci amalkan dalam rutin hariannya.
Tidak memilih jalan pintas, penyanyi dan model ini ada kongsikan caranya menguruskan badan menggunakan kaedah detoks. Katanya kaedah tersebut adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan bentuk badan idealnya.
Dengan hanya rajin amalkan satu jenis menu detoks yang menjimatkan, Dr. Soo Wincci mengatakan dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg seminggu.
Teh kunyit kayu manis
Kopi
Telur rebus
Kacang kuda
Oren
Telur rebus, kacang kuda, oren, kopi dan teh boleh diambil dalam kuantiti banyak atau diingini.
Kopi atau teh perlu diminum tanpa gula. Tetapi boleh ditambah bersama rempah atau susu.
Tambahkan pengambilan sayur-sayuran sepanjang melakukan diet detoks.
Pastikan lakukan detoks ini hanya sebanyak 2-3 kali sehari sahaja.
Kerapkan minum teh kunyit manis kerana ia membantu sistem penghadaman dan membantu untuk tidur awal.
Nampak tak usahanya? Jadi anda pun kena konsisten bab gaya hidup sihat. Mungkin hasil daripada melakukan menu detoks ini setiap hari, anda akan dapat menurunkan berat badan sebanyak 3-4kg seminggu tanpa sebarang senaman.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin cantik Belle Al Yahya cukup senang untuk diamal, cuma guna skrub tomato untuk hilangkan sel kulit mati di wajah. Itu dah cukup menjimatkan poket.
Kalau ikutkan ramai yang sibuk sampai tak sempat nak belek wajah, akibatnya wajah akan menjadi kusam, tidak berseri hingga menyebabkan ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar.
Bagi pemilik jenama Bella Ammara, Syarifah Nabilla Al Yahya, atau dikenali Belle ini seorang yang begitu menjaga kecantikan kulit wajahnya.
Seperti orang lain dia juga pernah mengalami masalah jerawat tetapi pesanan arwah uminya supaya menjaga kulit wajah.
Arwah ibunya merupakan sumber inspirasi untuknya mementingkan penjagaan wajah.
Menurut Belle walaupun usia umminya ketika itu sudah 40 tahun, tetapi ramai yang ingat dia adalah kakak.
Bagi Belle lagi semua insan dilahirkan cantik tetapi cara pemakanan dan penjagaan kulit wajah memainkan peranan sangat penting.
Tambah Belle lagi jika seseorang itu memang cantik tetapi tidak jaga dari awal lama-lama kulit akan cepat berkedut, naik jeragat, jerawat dan banyak lagi masalah kulit lain.
Apatah lagi faktor gaya hidup dan cuaca yang juga penyumbang kepada punca masalah kulit.
Justeru ibu muda ini menyarankan bagi mereka yang tidak ada masa boleh membuat ‘face spa’ di rumah dengan melakukan skrub menggunakan tomato.
Skrub ini adalah untuk menghilangkan kotoran atau menanggalkan sel kulit mati. Selain dibuat skrub, tomato juga boleh dimakan begitu sahaja.
Belle tidak lokek berkongsi cara membuat face mask menggunakan tomato di laman sosialnya.
Tomato ini dicampur dengan madu atau minyak zaitun dan boleh juga dibuat dalam bentuk ais atau cara lain.
Dalam satu video yang pernah tular, Bella menunjukkan cara paling senang dan murah untuk membuat paper face mask.
Caranya hanya menggunakan kertas tisu dan tomato. Ini kerana bahagian tomato memang berair dan boleh terus sahaja sapu dan lekap pada wajah.
Cara ini sangat senang dan menurut Belle boleh dibuat ketika sedang melihat televisyen atau sebelum tidur. Hasilnya kulit akan jadi lembap dan licin.
Dia juga turut berpesan kita kena rajin untuk mendapat kulit yang cantik. Dia juga menasihatkan agar membuat face mask ini sebulan sekali jika masa terluang.
Selain rajin membuat face spa di rumah, Belle juga turut mengamalkan minum air kosong untuk menjaga kecantikan dirinya.
Percayalah, tidur berkualiti boleh baiki kulit yang kusam dan garisan halus yang muncul. Sebab itulah anda akan kelihatan lebih tua bila suka berjaga malam berbanding orang tidurnya cukup dalam 8-9 jam setiap malam.
Cuba lah tanya dengan pakar dermatologi, salah satu rahsia untuk kulit yang bersih adalah mendapatkan tidur yang cukup.
Cerita pasal tak cukup tidur, pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad turut menghadapi pengalaman tak cukup tidur selepas seminggu melahirkan anak sulungnya, Raja Urhan.
Namun walau wajahnya nampak lesu, ada yang memuji kecantikkan Uyaina yang tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya itu.
Putaran tidur yang tidak betul, bukan sahaja akan memberi kesan kepada minda, tubuh badan, malah terlihat dengan jelas pada kulit wajah. Kulit kelihatan lebih kering, kesat, nampak tua dan tidak bermaya, keseluruhannya tidak sempurna.
Jika anda mendapat kurang daripada 6 jam, ini mungkin menjejaskan penampilan. Di sinilah timbulnya peningkatan hormon stress dan keradangan. Kekurangan tidur menyebabkan penurunan aliran darah ke kulit di sekeliling wajah. Malah, terjadilah kulit kusam dan tidak cantik.
Dipetik daripada Web MD, sekiranya anda tidur dalam keadaan stress, badan akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.
Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun. Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.
Tidur adalah masa untuk seluruh badan menjana semula, termasuklah kulit. Kalau tidur lebih lama, ini meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.
Jadi semasa tidur, badan anda memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat.
“Kulit menghasilkan kolagen baru apabila anda tidur, yang menghalang kendur. Itu sebahagian daripada proses pembaikan. Lebih banyak kolagen bermakna kulit lebih gebu dan kurang berkedut. Hanya mendapat 5 jam semalam boleh menyebabkan garis halus dua kali ganda lebih banyak daripada 7 jam.” – Dr. Patricia Wexler
Cuci muka
Walau penat sekalipun rutin ini harus dibuat. Ia bagi membuang sisa solekan, debu dan peluh yang melekat pada wajah. Jika tidak proses pertumbuhan semula kulit akan terbantut. Malah mungkin wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi.
Tapi AWAS, pastikan pencuci muka tu jenis sesuai dengan masalah kulit! Kalau silap pakai, lagi lah kulit tu banyak masalah. Seperti yang diterangkan oleh Puan Sue Aini, salah pakai pencuci muka, kulit akan bertambah kering.
Guna masker
Tip terakhir sebelum tidur amalkan pemakaian masker atau topeng penjagaan kulit. Ini membantu menaikkan seri wajah, cukup amalkan tiga atau empat kali seminggu.
Minum segelas air lemon
Manfaat air lemon sebelum tidur akan memberi hidrasi pada tubuh dan membantu membersihkan kulit ketika tidur. Kulit akan lebih anjal dan berseri-seri apabila bangun tidur. Ini juga membantu mempercepatkan metabolisma, meningkatkan tenaga serta emosi.
Sapu pelembap malam
Ramai yang tidak suka pelembap kerana merasa wajah akan melekit ketika tidur. Sebenarnya jika anda pakai pelembap ini membantu mengelakkan kulit menjadi kering ketika tidur. Terutama jika anda tidur di tempat sejuk atau berhawa dingin. Apabila kulit kering, penuaan cepat berlaku.
Haaa… selepas ini, kalau ada majlis keesokkan hari, anda kena dapatkan tidur yang cukup. Barulah wajah nampak lebih berseri dan awet muda!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.