Dia yang sebelum ini berkongsi kisah duka apabila semua, enam anak serta pembantu rumah turut disahkan positif menyebabkan Rebecca perlu menguruskan segalanya.
Rebecca yang juga turut dipangil MummyBecca memberitahu dirinya hampir tumbang kerana tidak boleh tidur dan tidak menyangka segalanya berlaku dalam sekelip mata.
Oleh kerana kasihan melihat keadaan suami serta anak-anak, dia terpaksa bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan uruskan segalanya.
Rebecca juga reda dengan ujian yang menimpa dan berterima kasih atas doa yang diberikan untuk mereka sekeluarga.
Gara-gara stres sampai muntah & sesak nafas. Elfira Loy akhirnya serah diri ke hospital. Siapa sangka dek kerana terlalu penat bekerja hingga mengalami tekanan menyebabkan pelakon Elfira Loy terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 28 tahun memberitahu keadaan dirinya kurang stabil sejak kebelakangan ini sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor.
Malah menurut pelakon ini, dia dipercayai berdepan simptom Vertigo atau hilang kestabilan tubuh.
Sebelum itu dia mengalami gejala awal ketika sedang menaiki kenderaan apabila rasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit.
Sehari selepas itu dia berasa keadaan dirinya jadi lebih baik tetapi turut terlanggar cermin sisi sebuah kenderaan ketika sedang memandu. Namun ddia bernasib baik kerana sempat menarik dan tidak sedar bagaiman kejadian ini boleh berlaku.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Elfira mengakui keadaannya bertambah teruk apabila turut mengalami cirit-birit dan muntah.
“Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Kemudian, saya pulang ke rumah ibu dan beritahu dia.
“Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit. Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali.
“Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital,” tulisnya.
Elfira bagaimanapun bersyukur dengan keputusan perubatan daripada pihak hospital.
“Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okay. Alhamdulillah. Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air. Tapi, kalau berterusan lagi dalam dua hari, saya perlu lakukan imbasan CT (CT Scan), yang mana, saya nak elakkan. Jadi, mohon doakan saya,” tulisnya yang menambah inilah masa untuk berehat.
Malah hantaran yang dibuatnya adalah untuk mengingatkan diri bahawa tubuh badan perlukan rehat bila diperlukan dan terlalu banyak berfikir juga sebenarnya mampu menyakitkan dirinya.
Masker susu tepung adalah salah satu bahan untuk cantikkan wajah dengan cara jimat. Nak-nak anda yang kurang yakin nak pakai produk yang belum tentu selamat untuk kulit, boleh lah amalkan tips cantik ini.
Menurut seorang wanita, Puan Yanie Rosdi, inilah rutin hujung minggu yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cerah dan gebu.
Cuma guna bahan di dapur saja, boleh hilangkan noda hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat setiap minggu pasti dapat hasil yang lebih wow!
Masker Susu Tepung Untuk Kulit Cerah Dan Gebu, Pakai 40 Minit Dah Cun!
Mudah sangat, tanpa sebarang produk. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah secara alami. Mari kita tengok perkongsian beliau selengkapnya.
Haa… ada banyak khasiat masker susu ni, antaranya:
Mampu menghilangkan mata panda
Mencerahkan kulit
Mengecilkan pori-pori kulit
Melembabkan kulit kering
Menyamarkan noda hitam
Mengencangkan kulit wajah
Menghilangkan jerawat
Jadi tak rugi kalau kita cuba buat di rumah sesekali. Manjakan muka dengan bahan yang senang didapati di dapur saja.
Di bawah ini saya senaraikan bahan-bahan dan cara-cara nak buat.
BAHAN-BAHAN:
Putih Telur
Lemon
Susu Tepung
CARA-CARA:
1. Campurkan Bahan
Bancuh semua bahan hingga sebati.
Bila dah sebati, ia akan membentuk seakan-akan krim macam dalam gambar di bawah ini.
2. Sapukan pada muka.
Oleskan pada seluruh muka hingga habis. Sambil-sambil oleskan boleh bagi urutan ringan pada muka yang penat dan letih agar lebih relaks.
3. Biarkan 40 minit.
Biarkan selama 40 minit kemudian bilas dengan air bersih. Siap.
Mudah saja, kan?
Sebenarnya ada banyak cara lagi menggunakan susu tepung ini untuk membuat masker. Kalau tak ada lemon, boleh juga guna susu tepung yang dicampur dengan madu, atau bahan-bahan lain. Boleh google saja ‘milk powder as facial mask’ ada macam-macam resepinya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbekalkan bakat dan wajah manis gadis Melayu, Vanidah atau mesra disapa Vee, nampak ayu dan manis dengan bertudung.
Namun, ini tidak menyatakan Vee sudah bertudung sepenuhnya. Masih belajar dan apa yang terbaik, doakan yang manis-manis.
Ayu Nampak Vanidah Bertudung
Menginjak usia 50 tahun, raut wajah dan bentuk fizikalnya memang termasuk kategori awet muda. Pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar bintang filem The Red Kebaya ini.
Terkenal dengan gerak tarinya yang lincah sehingga bergelar juara dalam sebuah pertandingan tarian popular membabitkan barisan selebriti suatu ketika dulu, Vanidah yang berdarah keturunan India – Jawa sememangnya seorang wanita cantik yang sarat dengan nilai wanita Timur penuh kelembutan.
Namun, dalam kelembutan ibu dua anak ini, seorang yang sangat aktif dan menggemari aktiviti lasak.
Dalam negara pula, dah banyak larian marathon yang disertai Vanidah. Bukan setakat itu saja, dia juga merupakan ahli persatuan silat cekak. Terinspirasi sangat dengan amalan gaya hidup sihat Vanidah Imran.
Pakai Tudung Itu Satu Proses
Berkongsi lebih dekat mengenai pakai tudung, menerusi portal Xtra Vee mahu bersedia sepenuhnya jika membuat keputusan untuk berhijrah malah mengakui perkara tersebut adalah proses.
“Doakan, kita nak tutup mulut tempayan susah. Di usia begini, saya tak ambil peduli sebab ia satu proses.
Untuk saya berhijrah, saya perlu betul-betul pasti, saya tahu ia tuntutan dan wajib. Saya tak mahu nanti kalau saya pakai tudung, tapi jiwa saya meronta. Saya masih lagi nak fit (berbaju ketat).
Jadi bagi saya belajar dulu, bila saya pakai tudung itu proses. Allah tahu, saya selalu percaya pada itu.” Jelasnya.
Tambahnya, dia juga bimbang sekiranya hati berbolak balik jika sudah mengenakan hijab kelak. Sebaliknya dia mahu mahu menguatkan jiwanya terlebih dahulu.
Walau dah berusia lewat 50an pun tetap aktif. Tak hairanlah sampai sekarang dia mampu kekal awet muda, langsing dan menarik.
Kredit: Instagram Vanidah Imran
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!