
Sempena tahun baru, ada tip kurus Nana Mahazan kongsikan kepada peminat setianya di laman Instagram miliknya.
Ya, orangnya kecil molek walau sudah berkahwin dan ada anak. Malah apa yang menarik selepas bertudung pengacara dan penyanyi ini pandai bergaya dengan penampilan yang sedap dipandang.

Mestilah jadi inspirasi kepada peminat di luar sana! Terbaru Nana dengan berpakaian suka ada kongsikan tip kurus untuk tahun baru.
Owh ya, Nana juga kongsikan tentang jaga kulit wajah untuk anda. Menurutnya, dia biasanya cuba amalkan langkah mencuci, menyegar dan melembapkan kulit. Cukup itu, bila kulit sihat kita pun tak perlukan mekap tebal untuk naikkan seri wajah.

Tip Kurus Nana Mahazan
Ramai yang nak kurus, jadi ada tiga tips Nana kongsikan:

1. Set Your Fitness Goals
Nak turun berapa, identify.
2. Pick A Plan & Stick To It
Jangan hari buat, esok dah tak buat sampai akhir tahun.
3. Ajak Kawan & Encourage Each Others
Kalau ada kawan, ajak sekali supaya boleh menggalakkan antara satu sama lain.

Tak ada orang lain boleh buktikan capai target melainkan diri sendiri nekad buat.
Jadi kepada anda yang masih belum dapat berat idaman, jangan putus asa! Masih ada masa untuk teruskan diet dan gaya hidup sihat seperti yang Nana Mahazan amalkan, yang penting konsisten!
Kredit gambar: Nana Mahazan
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elak Beli Ubat Tidak Dilulus KKM, Doktor Nasihat Jangan Jadi Mangsa Scammer Produk ‘Overclaim’

Tidak dinafikan lambakan produk kesihatan yang dijual di pasaran menyebabkan kita sebagai pengguna sedikit keliru.
Apakah ubat berkenaan mempunyai sijil yang diiktiraf atau sebaliknya. Jika tersalah beli bimbang pula kesan penggunaannya pada kesihatan kelak nanti.
Sebagai pengguna kita perlu jadi bijak bagi menentukan sama ada ubat atau suplemen dibeli sudah diuji dan diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkongsian Dr. Izzar Anwari memberitahu bagaimana untuk mengenal pasti ubatan yang betul-betul telah mendapat kelulusan dari KKM.
UBAT PENAWAR SEGALA PENYAKIT / TIGA SERANGKAI
Selalu kan dengar orang jual produk tu cakap camni? Boleh pakai ke kenyataan2 camtu? Jom saya cerita
Produk Ubat2, suplemen , dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk2 ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk2 yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.
Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, bro. Amazing!
Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit dan pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM.
Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit etc, sah-sah tu TIPU guys. Sebab ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Swipe kiri juga untuk tengok penyakit-penyakit tersebut. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar.

Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah IC kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk,pengeluar etc boleh kita stalk di situ.
Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri.Swipe left kalau nak tahu cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.
So, kalau penjual promote ubat was2 tu , tanyala dia ada no MAL tak.Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA.Kalau takde no MAL, bye bye la. N kalau dia claim melampau , takyahla beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.

Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa diorang ambil. Saya dan adik2 selalu buat. Memang ada kadang2 produk was2 ni.
Ok semua.Semoga tak diperdaya scammer lagi. Beli jelah ubat kat farmasi. InsyaAllah selamat.
Artikel Lain: Senarai Stok Ubat Kena Ada Di Rumah. Sebagai Persediaan Jika Dijangkiti Virus Covid-19!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr Malar Kata Bukan Salah Air Sejuk Kalau Perut Buncit, Tapi Ini Puncanya

Bila perut buncit, salahkan air sejuk! Eh, sebenarnya anda patut tahu puncanya daripada kalori makanan yang dimakan.
Haaa… ini penjelasan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santherasegapan mengenai punca sebenar perut buncit.
Dr Malar Kata Bukan Salah Air Sejuk Kalau Perut Buncit, Tapi Ini Puncanya

“Buncit perut adalah disebabkan oleh lemak. Yang kelihatan seperti mengandung lima bulan itu adalah lemak. Bukan hanya makanan berlemak, lemak itu datang daripada semua makanan atau minuman yang masuk ke dalam tubuh kita.
“Apapun makanan yang masuk ke dalam tubuh kita yang kemudian tak digunakan sebagai tenaga maksudnya tak digunakan untuk berjalan, bercakap, bernafas, kita tak gunakan makanan itu sebagai sumber tenaga.
“Maksudnya juga kita terlebih makan, kita makan 5000 kalori namun kita gunakan hanya 1000 kalori sahaja jadinya baki 4000 kalori itu akan bertukar menjadi lemak.
“Lemak itu pula biasa akan disimpan di bahagian perut atau dalam bahasa perubatan abdomen. Di belakang hati, depan perut, belakang atau depan usus, di bahagian peha, tangan dan sebagainya.
“Jadi ingat, lemak datangnya daripada lebihan kalori makanan yang kita makan dan makanan yang badan kita bakar. Beza tersebut yang bertukar menjadi lemak dalam tubuh kita.
“Setiap kali terlebih makan 7700 kcal akan ditukar menjadi 1kg lemak dan disimpan dalam tubuh kita.”

Jelas Dr Malar, air sejuk merupakan satu jenis minuman yang kosong kalori.
“Ingat ya! Jadi tak kisahlah ia air panas, suam atau sejuk, ia tidak ditukar menjadi lemak. Ia tak ada tenaga atau kalori.
“Kalau anda minum air sejuk bergalen-galen, makan cukup-cukup dan berkerja di sawah, ladang getah mahupun nelayan, makan tak akan ada lebihan kalori. Tak kisah minum air sejuk tak buncitkan perut.
“Tetapi kalau kita makan lebihan kalori, tak kisahlah kalau kita minum air panas menggelegak pun, adanya kalori berlebihan dan akan membentuk lemak yang akan disimpan di perut dan terjadinya buncit,” ujarnya.
Bukan Salah Air Sejuk Tapi Kalori Dah Lebih
Ulas Dr Malar, ia bukan masalah air sejuk, yang salah adalah makanan, kalori dan lebih makan.

“Kalau orang nak minum air sejuk pada musim panas lit-lit ni, bagilah dia minum yang penting air putih, kosong dan transparen.
“tak kisahlah panas, sejuk mahupun suam, asalkan minum sangat membantu pada musim panas ni.
“Maka minumlah air kosong apa-apa temperature yang anda mahukan, jangan risau tak akan buncit perut meminum air tersebut,” kata Dr Malar.
Kesimpulannya tak kisahlah air suam atau sejuk, minumlah air kosong secukupnya setiap hari demi kesihatan.
Sumber: Facebook Dr Malar Santherasegapan
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elak 5 Makanan Ini, Boleh Jadi Penyebab Kanser. Bahaya Jika Diambil Berlebihan!

Selain genetik, pemakanan yang kita ambil juga jadi penyebab kepada kanser. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati memilih pemakanan yang sesuai diambil.
Baru-baru ini viral dikatakan beberapa biskut dikatakan penyebab penyakit merbahaya ini hingga menyebabkan ramai yang memiliih untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan.
Namun sebenarnya biskut ini dijamin selamat dimakan. Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu makanan yang jadi punca penyakit kanser ini.

Makan Biskut Jadi Kanser!
Baru baru ni tular tentang isu biskut menyebabkan kanser. Betul ke boleh jadi kanser ni? Sebenarnya banyak makanan yang boleh meningkatkan risiko masalah kanser bukan terhad kepada biskut sahaja ia lebih dikenali sebagai karsinogen atau penyebab kanser.
Apa antara makanan yang boleh menjadi penyebab kanser:
1. Daging yang berproses – kaedah daging yang berproses akan menghasilkan penyebab kanser iaitu polisiklik aromatik hirokarbon (PAH). Kaedah masakan seperti pembakaran, suhu pembakaran, proses pengasapan, tahap pengasapan, kandungan lemak, dan pengambilan yang kerap akan mempengaruhi risiko kesihatan kepada pengamalnya. Antara contoh makanan seperti sate, hot dog, salami, sosej dan sebagainya.
2. Makanan yang bergoreng – apabila makanan yang mengandungi kanji yang didedahkan dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan acrylamide. Acrylamide akan terbentuk ketika proses memasak dengan jangka masa yang lama atau suhu yang tinggi. Ia akan mengganggu sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser. Antara contoh makanan seperti kentang, produk bijirin, roti bakar, kopi dan sebagainya.
3. Makanan yang terlebih masak – ni selalunya terdapat kepada kaedah masakan seperti barbeque, deep frying, bakar dan lain-lain. So, untuk kurangkan risiko kanser anda boleh cuba gunakan kaedah yang lain seperti rebus, kukus, gunakan ketuhar gelombang mikro atau air fryer, baking atau bakar dalam suhu yang lebih rendah, atau balutkan makanan dengan daun pisang, aluminium foil atau lain-lain.

4. Makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas – makanan ini bukan hanya boleh meningkatkan risiko diabetik atau kencing manis tetapi ia juga akan meningkatkan kesan keradangan dan oksidative stress. Nak lebih baik terhadkan pengambilan ini dan banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks.
5. Alkohol – minuman alkohol akan dicerna oleh hati kita dan bertukar menjadi acetaldehyde. Acetaldehyde ini jika diambil secara banyak dan berterusan boleh merosakkan DNA dan oksidatif stress. Ini akan meningkatkan risiko masalah kanser.
Jadi secara kesimpulannya, untuk mengawalkan risiko ini, kita perlu ambil inisiatif untuk menghadkan pengambilan makanan atau cuba gunakan kaedah yang lebih sihat. Cuma perlu diingatkan, sebaik mana pon makanan tersebut perlu diambil secara bersederhana.
Semoga bermanfaat!
Artikel Berkaitan:
6 Kesilapan Jangan Buat Waktu Cuci Muka. Salah Satunya Elak Kongsi Tuala Mandi!
Elak Ambik Minuman Bertenaga Lepas Bersenam. Ini 5 Keburukannya Boleh Ganggu Kesihatan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


