Tidak dinafikan perjalanan menurukan berat badan akan jadi lebih seronok jika dilakukan bersama teman.

Pasti kita jadi lebih bersemangat dan berlumba-lumba dalam misi mendapatkan hasil berat badan ideal dan jadi langsing.

Seperti perkongsian pasangan kembar ini yang menginginkan mendapat berat idaman 49 kilogram sebelum raya tahun ini.

Berkat hasil diet konsisten yang diamalkan, keduanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kg dalam tempoh enam buan saja.

Menurut Emylia Hamdan ketika ditanya rahsia berjaya mendapat berat idaman berkata mereka tidak membuat diet eat clean sebaliknya guna cara yang lebih mudah.

“Kami tak buat diet eat clean seperti orang lain. Sebaliknya guna cara yang memudahkan kami berdua.

IKLAN

“Malam tak makan langsung sebaliknya jika lapar hanya makan sebiji epal atau anggur merah untuk alas perut. Jika tak lapar kami selalaunya hanya akan minum air kosong sahaja.

“Itupun tak habis makan (epal) dan air kosong memang kena minum setiap hari. Bukanlah tak makan nasi langsung.

“Kadang-kadang kami gantikan nasi dengan roti wholemeal dan juga sebiji telur untuk lunch,” ujarnya yang turut memilih telur tebus sebiji bersama sekeping roti wholemeal untuk sarapan pagi.

Kredit: Pexel.com

“Kami jenis yang cepat kenyang jadi kalau tak makan malam pun tak apa. Bergantung pada tubuh badan seseorang. Ini kerana minum air kosong itu pun sudah boleh buat kita jadi kenyang.

“Dulu sebelum diet memang tak boleh kalau tak makan malam dan selalu cari makanan. Sekarang bila lapar kami akan ambil buah-buahan sekadar untuk alas perut.

IKLAN

“Selain itu, kami juga mementingkan latihan senaman. Bulan pertama kitaorang buat workout yang biasa-biasa. Tetapi masuk bulan kedua baru start buat skipping.

“Awal-awal skiping boleh 300 jump kemudian baru buat 1500 jump setiap hari,” katanya lagi yang mengakui jarang-jarang mengamalkan cheat day sepanjang proses diet ini.

Cuma menurutnya dalam sebulan itu hanya sekali cheat day kerana ketika itu begitu teringin minum air manis.

IKLAN

jadi bagi mereka yang sedang mencari-cari diet sesuai, boleh ikut cara pasangan kembar ini. Apa yang penting kesungguhan untuk melakukannya demi mendapatkan berat ideal.

Artikel Berkaitan:

Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sihat Lengkap Sebulan, Hasilnya Suami Berjaya Lenyapkan 20 KG

Dari Baju Saiz XL Ke XS, Wanita Ini Pilih Diet IF Hilangkan 22 Kg Dalam Masa 4 Bulan!

“2 Minggu Pertama Terus Cut Sugar & Buat Diet ‘Eat Clean’ – Rahsia Gadis Ini Berjaya Hilangkan 15 Kg!