Bermula tiga tahun yang lalu bila berat sudah mencecah 200 kilogram lebih membuat Ahmad Afif Zafran ingin berubah dan menjadi lelaki yang lebih sihat dan baik dalam kehidupan sendiri.

Ia bukan satu journey yang mudah namun berkat kesungguhan dan tekad, jejaka ini berjaya mengurangkan berat badan 100kg lebih setelah 3 tahun mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Berkongsi di group Facebook Diet Suku Suku Separuh, Ahmad Afif Zafran berkongsi journey dietnya sehingga berjaya menurunkan berat badan kurang daripada 100kg.

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!
Zafran ketika berat 200kg lebih

Ikuti perkongsian jejaka ini:

July 2019 214kg+++

amat bermakna juga Bulan ini untuk saya sebab kerana 3 tahun lepas, disini lah ia nya bermula ….

Semuanya bermula Dari sini…ilmu? Senaman? Motivasi? Saya tiada semua ini bila saya mula tergerak untuk Cuba jadi sihat. Jadi apa saya Ada waktu itu?

Persoalan… Bermacam macam soalan Ada Saya Tanya diri saya, antaranya apa saya mahu Di usia ini(28tahun)? Bolehkah saya? Bagaimana saya mahu mula? Macam mana jika saya gagal? Akhir sekali soalan kecil sahaja Yang Ada Dalam diri…macam mana kalau 2 Bulan depan 8xl Dan bukannya 12xl? Rasa teruja nak Cuba Dan tahu…saya terus mula .

Sebenarnya terlalu banyak persoalan buat Kita tangguh segalanya Dan jika saya pinjam kata rakan saya ‘do it first think later’ lebih awal mungkin saya bermula lebih awal. ITU sebab nya beliau seorang seorang rakan Yang hebat tuhan Akan hantar seseorang untuk Bantu Kita bila masa Kita sudah bersedia Dan dia lebih tahu kerana dia Yang Maha mengetahui .

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!
Bersenam secara konsisten bantu Zafran turunkan berat badan

Kenapa Kita gagal? Tak cukup inspirasi? Tak Ada ilmu? Atau Kita memang dilahirkan untuk jadi gemuk? Saya Rasa jawapan tu Ada Dalam setiap Hari rutin harian Kita Salah Satu nya Kita tidak mahu keluar Dari zon selesa. Yang kedua Kita tidak Ada target Yang jelas, Kita selalu biar perkara lain ganggu impian Kita perkara kecil Yang tidak penting Kita utamakan berbanding kesihatan. Akhirnya ia jadi impian Yang tertangguh….

Ini bukan perlumbaan antara Kita Dan siapa siapa tapi ini antara Kita Dan diri Kita. Belajar untuk Terima sesuatu dengan perlahan lahan Dan konsisten. Sebab ini antara mereka Yang berjaya Dalam group ni lakukan… konsisten

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!
tranformasi penurunan berat badan Zafran

Hasilnya? Akan datang kemudian…. Mungkin bukan minggu pertama,Bulan pertama atau tahun pertama… Tapi percayalah… Anda sedang ke arah itu… Lifestyle baru Dan impian baru serta inspirasi baru untuk rakan rakan Yang lain..

Selain itu:  Penat Diejek Sejak Kecil, Wanita Tekad Turunkan Berat Badan. Berjaya Kurus Dalam 4 Bulan!

Selamat berjaya…

2022 diet

Apa khabar semua…dah setengah tahun berlalu untuk 2022 Kan dan semoga semua nya mudah untuk Kita.

IKLAN

macam mana program diet kawan kawan? Rancak tak?Apa lost? Gagal? Oengaruh rakan sebaya ? Aduh relax… Perjalanan Masih Panjang ,tidak apa lost sedikit. Kita manusia bila kandas sedikit tidak apa Kita kene gagal untuk berjaya Kan.

Nak dengar kisah saya tahun ini? Maksud saya baca kisah saya tahun ini…maaf setengah tahun ini

Jom…

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!

Jan

Tahun ni permulaan kurang baik untuk saya, rumah dilanda banjir besar Dan saya kehilangan nenek saya kerana covid Di hujung tahun 2021 pada 31 December. Saya Masih baru bekerja ditempat baru Dan bos Ada tegur saya katanya saya nampak sangat bermasalah sewaktu bekerja. Namun rutin diet saya Masih seperti biasa , semuanya lancar. Saya dapat semula rentak saya Dalam berapa Hari Dan semuanya kembali seperti biasa.

Feb

Bulan Yang jadi sangat sibuk untuk saya sebab saya kene sediakan barang Dan mental saya untuk hadap tahun baru cina Di genting. Saya susun semua jadual pemakanan saya supaya saya tidak terkandas . Waktu senaman juga saya Cuba hadkan kerana fokus kerja juga rehat saya. Rehat lebih utama berbanding senaman ya kawan kawan. Bila Raya cina Tiba saya sudah bersedia Dan tiada masalah untuk hadap ‘full house’ Di restaurant Kami. Letih? Jangan cakap lah… Semua orang apa pangkat kau Dan jantina mesti mahu makan Kan so hadap je la but I do enjoyed my life ..

March

Saya boleh fokus 100% dekat diri saya Dan senaman saya. Saya belajar banyak perkara dekat kawan kawan saya. Saya melakukan karada scan juga bersama rakan Chen Bao Shian saya Dan saya gembira dengan results saya sepanjang tahun selama 3 Bulan ini sebab muscle mass increase ini petanda saya dilandasan Yang betul untuk capai tahap kesihatan Yang baik.

IKLAN

April

Puasa…Dalam fikirkan saya sewaktu ini semua nya mudah sebab saya dah biasa tidak makan betul tak?lapar who? Namun Ada satu masalah Yang saya kene hadap. Jadual kerja diubah … Kedai Kini beroperasi jam 4petang-4 pagi. Dan saya Ada masalah untuk ini sebab saya biasa tidur awal . Restaurants biasanya kalau dapat tidur jam 1 pagi Tu nikmat dah awal bagi saya jam 1230malam la Tu maksud saya awal. Jadi Bulan ini, saya tersangat lost Dan berat kembali cecah 3 angka…ya 102kg bang memang lost kaw kaw Dalam diet Dan Dalam 3 tahun ini, ini pertama Kali saya lost lama macam ini. Saya Cuba bangkit, pergi gym jam 8pagi sebab nak get back on track tapi tak boleh… Pukul 2petang dah lapar ,penat letih kaw kaw. Tambahan Pula tidak cukup rehat saya, tidur jam 430pagi….jam 630pagi dah bangun sebab badan dah biasa. Memang cabaran betul Bulan puasa tahun ini. Jadi sangat stress bila tidak cukup rehat Dan sangat lesu…

Selain itu:  Turun 13KG Lepas Bersalin. Wanita Kongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh Diamalkan 4 Bulan Diet!

Rehat lebih penting

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!
Menu diet Zafran

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!

Mei

Selamat Hari Raya… Walau saya lost sedikit Bulan April. Saya tidak pernah leka melakukan persiapan Raya…Raya Kami potong ayam standby barang semua la Tu Raya Kami…Raya tahun ini Tiba tiba sahaja Raya so Kami punya persiapan 1 minggu..1hari sudah habis Saya juga terkejut. Macam mana esok ni? Kami jangka lagi ‘gila,’ so habis kerja Malam jam 1130malam Kami terus prepared persiapan esok. Begitulah seterusnya selama seminggu.. lunyai…tapi seronok jadual diet? Hilang semua nak masak ayam rebus untuk makan pun tak sempat .so apa Ada depan Mata saya makan sahaja. Orang ingat kerja chef ni boleh makan macam macam. Tapi sebenarnya memang boleh pun kalau tak busy Kan boleh la masak healthy sikit….

Jun

Dah separuh Bulan berlalu, kepala sedikit pening ini biasa. Bila separuh bulan kepala peningkan semua? Lagi lagi Lepas cek balance dalam ATM

Gurau saya gembira sedikit saya mula kembali kejalan Yang benar… Berat Kini 95kg gym? Seminggu 4kali je… Dulu sampai 8kali seminggu aduh noob…biasa la Ini juga nasihat rakan saya Yeeven Yoon pada saya 23/3 tahun ni. Katanya saya terlalu lama Di gym Dan perlu spend satu jam sahaja sehari Dan fokus benda lain macam mengorat dia ke atau kerja saya. So saya prepared jadual makan saya Dan senaman saya dengan teliti sekarang even though I don’t look like a guys who have a plan but I do have a plan….kot

Jaga Makan, Cukup Rehat Bantu Dapat Berat Ideal. Lelaki Ini Kongsi Journey Hilang Berat Lebih 100kg, Hebat!

IKLAN

So relax bila lost… Sebab Kita perlukan masa bangkit.kumpul kekuatan baru Dan Cuba lagi…anda tidak gagal anda Masih belum berjaya.

All the best

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI