Jika ada kesungguhan pasti apa yang dilakukan akan membuahkan hasil. Seperti perkongsian lelaki ini yang berjaya melenyapkan 14kg hanya dalam masa 4 bulan.
Tanpa pengambilan sebarang produk suplemen, tetapi menggunakan amalan diet yang betul bagi memastikan dirinya mendapat berat ideal.
Saya just nak share tips kurus dalam masa 4 bulan saya dapat turunkan berat badan saya dalam 14KG tanpa bantuan ubat kurus…
Tips seperti di bawah (1) Kurang kan gula ataw nak lebih baik terus cut gula dari kehidupan anda ( cara saya ) (2) Kurangkan makanan yang berminyak dan fast food
Ads
(3) Breakfast seawal pagi dalam jam 6 ataw ke 7pagi (4) Lunch sebelum jam 6petang dan lebih kan sayur sayuran di dalam makanan (5) Minum air kosong sekurang kurang nya 3 liter sehari
(6) Cuba puasa sunat dalam 1 seminggu sekali (7) Untuk senaman cuba buat dalam 1 minggu 2 kali pun dah ok sangat.just focus senaman simple2 dalam 30 minit
Ads
(Dapatkan tido yang teratur atleast dalam 6 atau ke 8jam especially tido pada waktu malam.
Ini antara tips2 yang saya dapat share pada anda semua harap ia nya bermanfaat …Amin Pada yang sedang diet saya doakan anda semua dapat capai target dan teruskan perjuangan misi diet anda #Dontgiveupokeng
Kurma antara makanan sunnah yang dikatakan mampu memberi tenaga berpanjangan ketika di bulan puasa.
Sama ada dimakan begitu saja ketika sahur dan berbuka, kurma juga boleh dibuat pati untuk dijadikan air minuman.
Selain itu, pati juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam setiap masakan.
Perkongsian di laman sosial Nadiah Latfi memberitahu cara mudah buat pati kurma yang boleh dicampur terus dengan susu.
Sesuai sangat diamalkan sewaktu bersahur dan boleh bertahan hingga waktu berbuka puasa. Bukan itu sahaja, dalam masa sama boleh kekal slim, menjelang Syawal nanti.
Stok Pati Kurma Untuk Sahur
Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu & ready untuk minum. Minum ini je pon dah cukup untk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.
Bahan-bahan:
– Kurma – Susu – Badam, kismis atau bahan lain
Cara membuat:
1. Buang biji & basuh kurma 2. Stim 20 minit 3. Blend sampai hancur 4. Simpan dalam bekas & boleh letak dalam fridge 5. Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis dan lain-lain.
Memilih bertudung litup dan berbaju besar menutup aurat, aktres negara seberang, Laudya Cynthia Bella memiliki wajah yang cukup cantik tanpa perlu bermekap tebal.
Malah sekali Bella senyum, mampu membuatkan sesiapa sahaja memnadangnya rasa terpesona dengan wajah yang sukar ‘dimakan usia’.
Dengan anugerah dagu berlekuk, pasti ada amalan kecantikan yang Bella amalkan dalam rutin penjagaan hariannya. Nah, jemput baca perkongsian kali ini.
Jaga Kulit Ikut Keperluan
Menurut Bella dia memang sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia anugerah dari Allah.
“Biasanya kalau hari tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap even tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka.
“Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah.
“Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda,” ujarnya lagi.
Laudya Cynthia Bella Tetap Jaga Penampilan Walau Berhijab
Bagi Bella walaupun sudah berhijab, tetapi seseorang itu masih boleh bergaya ‘on point’ mengikut citarasa masing-masing.
“Bagi Bella, walaupun berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh.
“Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih beruasaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
“Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang wanita Muslimah.
“Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat agar tidak menampakkan susuk tubuh,” tambahnya.
Ini 6 barang yang wajib ada dan dibawa oleh Bella dalam beg:
Eye glow
Concealer
Maskara
Blusher on cream
Lip balm
Eyeliner
Jika anda rasa nak berpenampilan menutup aurat, jangan lupa naikkan seri wajah dengan menjaga kecantikan kulit ya, macam Laudya Cynthia Bella ini. Ayu bertudung dengan wajah yang cantik.
Setiap rumah pastinya mempunyai kotak penyimpanan ubåt sebagai persediaan bila ada salah seorang anggota keluarga ditimpa sakit.
Kebiasaannya ubat berbentuk tablet akan disimpan dalam kotak dan ditempatkan pada ruang lebih selamat.
Manakala ubat berbentuk cecair pula disimpan dalam peti sejuk. Adakah cara menyimpan ubat ini betul mengikut kaedah perubatan.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu tip menyimpan ubat yang betul di rumah. Menurutnya penyimpanan ubat yang betul dan selamat penting bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
TIPS PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
•Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
•Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
•Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.
Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.