Tuah gadis penebar roti canai, rakaman aksi menebar yang dimuat naik di TikTok membuatkan Nor Syazwani Ab Ghani tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan dengan menu sarapan pagi.
Gadis Penebar Roti Canai
Menurut gadis berusia 19 tahun itu, jualan roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2, Kuantan, mencecah dua kali ganda berbanding sebelumnya.
Kini Nor Syazwani tidak menang tangan menyediakan menu sarapan pagi itu.
Anak keenam daripada lapan beradik itu mengakui ia disebabkan kuasa tular daripada pengguna laman sosial selepas videonya dikongsi oleh warga maya.
“Pada awal kami buat hanya 10 kilogram (kg) tepung sahaja. Selepas video saya muncul viral, kami mendapat sambutan mengejut.
“Ada yang datang daripada Facebook dan TikTok. Pelanggan-pelanggan dari luar kawasan pun ada juga. Kini kami meningkatkan pengeluaran kepada 30kg,” katanya.
Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 17 saat yang memaparkan Nor Syazwani menunjukkan kemahirannya menebar roti canai.
Rakaman yang meraih 2.5 juta telah dikongsi secara meluas di platform media lain.
Susulan tular, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri roti canai yang disediakan gadis rupawan itu.
Nor Syazwani yang mesra disapa Nadia oleh ahli keluarga memberitahu bahawa kakaknya turut memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam mempromosikan perniagaan mereka.
“Kami terkejut baru-baru ini pelanggan datang bawa kamera. Saya berdebar jugalah tapi enjoy. Kalau pelanggan hendak bergambar kami layan sahaja.
Ads
“Mereka pun datang dari jauh nak tengok roti canai ditebar. Tak semua orang boleh menebar roti canai,” katanya.
Warisi Tebar Roti Canai
Berkongsi lanjut, Nor Syazwani mendedahkan beliau dibesarkan dalam keluarga peniaga. Bapanya, Abdul Ghani Ibrahim, 68, merupakan seorang peniaga menu itu di Pasir Gudang, Johor sebelum menetap di Kuantan.
Justeru tidak hairanlah bakat itu diwarisi Nor Syazwani yang mula menebar roti canai pada usia 12 tahun.
“Semasa Tahun Enam, keluarga berpindah ke sini. Abah galakkan saya untuk cuba dan berlatih menebar roti canai dengan menggunakan kain dahulu.
Ads
“Sebab saya melihat kakak-kakak semua pandai, saya pun tertarik.
“Pada permulaan Abah minta berlatih menggunakan kain dan apabila gerai lengang saya akan cuba menebar sendiri.
“Mulanya memang roti terkoyak dan terpaksa dibuang.
“Namun selepas setahun, ketika di Tingkatan Satu saya semakin mahir. Sudah mampu menebar tetapi Abah masih tidak lepas tangan kerana proses perlahan sedangkan pelanggan ramai.”
Tak semua ada kemahiran seperti gadis ini, gigih berlatih memahirkan diri dan kini sudah mampu membantu keluarga menjana pendapatan.
Semoga kejayaan Nor Syazwani ini menjadi sumber inspirasi wanita untuk terus memajukan diri dalam bidang yang diminati.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bergelar ibu sememangnya menjadi momen terindah dalam hidup setiap wanita.
Terasa hidup ini cukup sempurna dan lengkap dengan kehadiran si kecil yang masih belum tahu kerenahnya bagaimana nanti.
Walau bagaimanapun bergelar ibu lagi-lagi dalam usia muda memerlukan seseorang itu bersedia dari segi mental dan fizikal lagi-lagi dalam tempoh berpantang.
Pengalaman inilah yang dirasai oleh pelakon Mira Filzah yang baru sahaja bergelar ibu apabila selemat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Wan Khair Amir.
Berkongsi hantaran di Insta Story Mira sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang ibu baru.
Menurutnya dia masih lagi menyesuaikan serta mennguruskan masa tidurnya setelah kehadiran si kecil ini.
“Saya hanya tidur selama 1 jam malam semalam. Nasib baik sempat panggil orang makeup jam 7 pagi,” tulisnya di laman sosialnya itu.
Anak lelaki pasangan ini yang baru berusia 7 hari lahir pada 10 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Menurut Mira juga nama anaknya turut diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il-Anuar serta gabungan dia dan suami.
“Wan Khair Amir, Khair membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah,” katanya yang turut mengadakan majlis serta amalan sunnah iaitu ‘tahnik’ terhadap anak mereka yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal Ustaz Don.
Keduanya turut mengharap agar cahaya mata mereka ini dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik di dunia serta menjadi anak yan soleh.
Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing. Tidak dinafikan ramai terkejut dengan penampilan terkini Melly Goeslaw yang kelihatan semakin cantik dan langsing setelah menjalani satu prosedur pembedahan beberapa bulan lalu.
Malah ada beranggapan penampilan terbaru Melly ini seperti dirinya yang dulu. Kebanyakan memuji dia nampak sangat berkeyakinan dalam memacu karier dalam dunia seni.
Melly juga turut bersyukur kerana segala urusan pembedahan tersebut dipermudahkan oleh Allah. Dia turut menitipkan rasa terima kasih kepada doktor, jururawat serta suami yang turut menjaga dirinya sepanjang berada di hospital.
Penyanyi Jika ini memberitahu Melly memberitahu sebelum ini dia telah mengikuti satu program diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg.
Walaupun berjaya menurunkan berat badan, Melly menyatakan bahawa dia masih obesiti dan perlu menurunkan sebanyak 35kg. Sebelum lakukan prosedur beratnya hampir cecah 100 kilogram. Setelah dua bulan ternyata Melly sudah semakin sihat dan gembira dengan hasilnya.
Jika dalam bahasa pasarnya dipanggil potong usus. Dalam satu posting Public Health Malaysia memberitahu, pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik.
Tetapi fungsi utamanya bukan sekadar nampak kurus, tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.
Di Malaysia salah seorang yang turut melakukan prosedut ini adalah penyanyi Alyah yang memilih membuat rawatan ini kerana berdepan masalah kesihatan seperti migrain.
Proses untuk menurunkan berat badan akan jadi lebih menyeronokkan lika ada teman yang sama-sama menyimpan misi mahu kurus.
Diet dilakukan bukan saja untuk kurus tetapi juga jadi lebih sihat supaya mudah lakukan urusan lain. Misalnya dalam mencari baju bersesuaian.
Seperti perkongsian pasangan suami isteri ini, Azizan Zainal yang sama-sama target untuk mendapat berat badan ideal.
Setelah mendapat kesedaran memikirkan berat makin naik dan penyakit datang, mereka akhirnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemilihan protion makanan dan juga melakukan aktiviti senaman bersesuaian.
Hasilnya setelah hampir dua tahun berdiet, akhirnya kedua-dua berjaya mendapatkan berat badan ideal. Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Gemok bersama. Kurus pun mesti bersama. Bahagia bersama hendaknya.
Gambar dulu tu lepas dapat anak ketiga memang kami berdua berkembang dengan jayanya. Makan tak jaga. Tak ada bersenam apa.
Tapi, 2 tahun lepas mula dapat kesedaran. Mula start jaga makan dan exercise. Tahun ni syukur dah ada perubahan.
Sebenarnya dah laaaaama nak diet kononnya tapi asyik kelaut dalam. Bila start kena macam-macam penyakit sampai masuk hospital. Saya pun tekad tukar pemakanan dan lifestyle.
Saya buat DSSS dan berbasikal. Tu pun tak strict sangat. Gula still ambil. Takde cut apa sangat.
Wife buat eat clean, IF, dan skipping, aerobix sikit-sikit kat rumah.
Memang cara kami berbeza, tapi tujuan tetap sama kan. Gitulah kerukunan dalam rumah tangga. Seronok dapat pasangan yang support dan sehaluan bila nak diet ni.
Kalau tak dulu asyik kena habiskan makanan je, mana aku tak gemok. Pastu pantang ada tempat makan viral semua nak pergi.
Sekarang usia kami dah 35 tahun, anak dah 3. InsyaAllah akan kekalkan cara hidup yang lebih sihat lepas ni. Bukan tak boleh makan macam-macam tapi berpada-pada. Kami pun ambil masa hampir 2 tahun. Tak perlu rush. Buat rilek2 ja.
Berat pun takdelah banyak sangat turun. Tapi ada inch loss. Nak cari baju pun senang. Kalau masuk Padini ke Giordano ke bolehlah sarung saiz S dah.
Yang penting Diet ni bukanlah kurus semata2. Tapi kesihatan yang utama. Paras kolestrol dah turun. Asid urik dah turun. Gula normal. Badan rasa fresh. Tak cepat letih. Dan enjoy ur life. Nak makan minum apa pun boleh je, tapi berpada-pada.
Jangan diet sampai berlapar dan stress tak boleh makan itu ini. Sampai pergi kenduri kahwin pun makan tembikai ja buat apa.
Ini antara tip diberikan bagi beginner yang nak diet
1. Mulakan dengan senaman STRETCHING / senaman regangan. Stretching amat dan saya ulang , AMAT bagus untuk melegakan otot, meregangkan otot dan memanjangkan otot anda. Sekian lama anda tidak bersenam, pasti gaya hidup pun kurang sihat dari segi asyik duduk, tidur ,makan, duduk, kerja, tidur ..
Maka otot anda akan menjadi pendek , tegang dan sakit. Sebab itu kebanyakkan orang sekarang mengalami sakit otot, ke sakit sendi sebab kurangnya pergerakkan, kurangnya senaman regangan. Mulakan hari anda dengan senaman regangan selama 15 ke 30min untuk melegakan otot anda, untuk me-relaks-kan otot anda. Banyak senaman yoga diyoutube. Senaman regangan itu sahaja dapat membakar 100 Kalori.
2. Senaman Yoga Senaman Yoga tidak melibatkan pergerakkan yang membuat anda temengah mengah, atau semput seperti jogging. Ia sesuai dibuat dirumah kalau segan nak ke gim. Yoga sangat bagus untuk menenangkan fikiran kita yang stress. Senaman yoga juga sangat bagus untuk memperbaiki postur badan kita juga
3. Chair Workout Boleh juga cari di youtube Char Workout sebagai permulaan . Menggunakan kerusi , ia membantu menyokong anda untuk mulakan senaman. Warga emas , orang yang sedang dalam rawatan baik pulih badan juga boleh manfaatkan senaman Chair Workout.
Selain senaman regangan tips tips dibawah juga sangat membantu + Makan ikut porsi (portion) sukatan yang betul.
1. Banyakkan minum air kosong. Bukan air ais, ais beku, atau ais letak stevia. Minum air kosong sahaja. Sebab apa? Sebab air kosong itu mampu mendetokskan toksin yg terkumpul dalam organ kita. Jangan kita nak tiou diri sendiri dengan acah acah minum air kosong tapi tambah perisa lain. Jika anda menipu badan anda dgn air kosong, maka anda akan terjerumus menipu badan anda dgn pelbagai cara atau mencari alasan buat benda short-cut. Dalam penurunan badan , tiada short cut.
2. Banyak makan buah tapi bukan sembarangan buah. Kenapa? Sebab kalau asyik makan anggur dan tembikai sebagai contoh, susah juga nak turun berat badan sebab buah ini sangat manis. Dan anda sepatutnya mengurangkan atau membiasakan diri anda untuk mengurangkan makanan manis.
Dah bertahun tahun menikmati makanan manis, tiba masanya untuk mengurangkannya. Banyak makan buah seperti Oren, Grapefruit ( Limau Gedang), Epal, Betik, Jambu Batu. Buah ini kurang manis tapi kaya dengan zat zat dan nutrisi. Bila berat anda sudah menurun ke tahap yg memuaskan, (ikut individu), maka bolehlah selit sedikit buah buah yang manis
3. Sayur Sayuran segar. Banyakkan sayur sayur yang segar sebab sayur sayuran tinggi dalam serat, vitamin dan mampu membuat anda kenyang dengan lebih lama. Kalau jenis badan kuat angin, makan sayur yang dah dicelur, kurangkan makan sayur mentah.
4. Tidur dan Rehat yg mencukupi. Rehat dan tidur yang mencukupi mampu mendetokskan badan dengab lebih effektif dan memberikan anda lebih tenaga sepanjang hari. Tidur selewatnya 11 malam ke 7pagi.
Tidur yang berkualiti mampu menyegarkan anda dan, minda lebih cergas . Berbanding anda tidur 2am ke 10am , masih 8 jam tapi aturan waktu nya akan mengganggu proses detoks badan anda. Anda masih tidur 8jam, tapi tidurnya kurang kualiti dan anda akan bagun berasa lebih letih dan moody.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.