Seronoknya tengok gambar-gambar Fazura bercuti ke Jerman bersama keluarga tersayang, dan ramai netizen memuji aksi comel anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Pelakon wanita dan usahawan terkenal, Nur Fazura, semakin popular dalam dunia perniagaan apabila jenama tudungnya sendiri mendapat sambutan luar biasa.
Malahan isteri kepada Fattah Amin itu juga menerima pujian ramai dengan produk keluarannya yang dijual dengan harga mampu milik dan materialnya cantik. Jadi tak peliklah kalau nama Fazura semakin hangat dibualkan oleh netizen.
Seperti yang viral di muka buku baru-baru ini, Fazura bersama Nur Fatima Aisya dan Fattah Amin dilihat bercuti di Jerman. Menerusi ruangan kapsyen Instagram peribadinya, Fazura menulis bahawa itu merupakan percutian musim sejuk pertama buat cahaya matanya yang mesra dipanggil Fatima.
Haaa… Fazura ada menyelitkan beberapa keping foto dalam muat naiknya untuk menjadi tatapan umum. Itu yang menarik perhatian ramai!
Ads
Pakai Tudung Sarung Pun Cantik
Macam biasa, penampilan Fazura akan sentiasa menjadi perhatian ramai dan dia di Jerman juga nampaknya tampil dengan penampilan ringkas. Apa yang menarik perhatian, Fazura dilihat cuma memakai tudung sarung di Jerman.
Maka, netizen pun mula lah memetik bab tudungnya itu. Tidak menulis yang pelik-pelik tetapi netizen memuji dengan penampilan tudung sarung yang dibawa Fazura.
Ads
Mana tidaknya, bertudung sarung sahaja tetap membuatkan kecantikan Fazura menyerlah dan menjengah ke komen-komen selepas fotonya itu tular, ramai yang memberikan pujian terhadapnya.
Haa… mestilah cantik, nama pun Fazura, kan? Tetapi kalau ‘kita-kita’ pakai pun cantik sebenarnya, asal confident. Tak gitu?
Kelebihan Pakai Tudung Sarung
Ads
Mudah, Ringkas dan Jimatkan Masa
Ya, walau ada pelbagai jenis tudung zaman sekarang ini, kalau pakai tudung sarung kita golongan wanita lebih cepat untuk bergerak ke mana-mana. Hanya perlu sarung menutupi keseluruhan kepala, betulkan kain di bahagian bahu dan tegakkan sikit di bahagian awning tudung dan siap! Tak perlu berlilit pin bagai, hanya sarung dah mencukupi menutup aurat.
Patuh Syariat dan Selesa
Cukup tudung sarung yang labuh, baju yang tidak jarang dan bersih. Saya yakin anda pasti selesa bersolat dengan tudung sendiri berbanding menggunakan telekung yang disediakan di surau awam.
Penjagaan Tudung Sarung Lebih Mudah
Kalau pakai, anda boleh lipat-lipat atau gulung sahaja untuk disimpan. Lagi mudah, sangkut sahaja! Pendek kata, letaklah macam mana pun, tudung sarung akan kembali kepada bentuk asal tanpa kedut.
Jadi, macam mana? Bila berjalan jauh banyak hari, anda rasa nak pakai tudung sarung macam Fazura tak? Eh, nak keluar sidai kain pun senang, tarik dan keluar. Cuma yang meriah komen pasal tudung Fazura ini sebab dia artis dan terkenal. Mungkin agak teruja tengok artis jelita pakai tudung sarung sampai ke Jerman. Sila tiru!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya penyanyi Noryn Aziz terpaksa mengambil suntikan steroid bagi memulihkan masalah peti suaranya.
Menurut portal Kosmo! Noryn, 46, suaranya mula berubah menjadi terlalu serak dan keadaannya bertambah teruk sehingga memaksa dirinya berjumpa dengan pakar perubatan.
Ambil Suntikan Steroid
“Mungkin sudah terlalu stres untuk pertandingan ini sehingga saya perlu mengambil suntikan steroid dan Allah SWT juga mungkin kata sudah-sudahlah (berhenti bertanding), sebelum jadi ting-tong (gila).
“Saya terpaksa ambil steroid pada minggu lalu, sebelum ini tidak pernah pun sebab suara sudah terlalu serak dan hampir hilang,” katanya selepas konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (GV10) di sini, semalam.
Noryn Aziz Alami Anxiety
Berkongsi mengenai dakwaan dilihat kerap menggigil ketaranya pada bahagian tangan setiap kali membuat persembahan, penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu rentak R& B itu mengakui tidak terlepas daripada mengalami keresahan atau anxiety.
“Perasan ya tangan saya menggigil? Sebenarnya kerap juga saya alami anxiety sepanjang bertanding GV10.
“Tangan saya memang akan menggigil tetapi agak sukar nak jelaskan situasi tersebut. Kepala saya juga akan rasa pening sedikit seperti tidak stabil,” kongsinya ringkas.
Tolak Tawaran Nyanyian
Sementara itu, pemilik nama penuh Norazmahwati Abdul Aziz turut mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran dan jemputan nyanyian daripada syarikat gergasi demi memberi fokus di GV10.
Namun, dia tidak pernah berasa kecewa apatah lagi terkilah kerana perlu menolak rezeki tersebut.
“Tidak rasa ralat pun sebab saya sentiasa percaya dengan rezeki Allah.
“Saya yakin walaupun sudah tolak jemputan nyanyian tersebut, akan ada hikmah lain yang Tuhan sudah aturkan,” jelasnya yang mengakui kecewa apabila diumumkan tersingkir sebelum melangkah ke peringkat suku akhir minggu depan.
Terdahulu, nama Noryn diumumkan menjadi bintang ketujuh yang tersingkir dalam program tersebut selepas memperoleh markah 55.25% menerusi persembahannya membawakan lagu Tegar nyanyian asal Datuk Seri Rossa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum bersolek bagai, anda patut tahu cara cuci berus mekap yang betul untuk mengelakkan kulit muka jadi rosak dan berjerawat.
Menurut pakar dermatologi, berus yang kotor sebenarnya mengumpulkan sisa produk, kotoran, dan minyak yang banyak.
Ya, ini lah yang akan jadi penyebab kulit jadi kemerah-merahan gatal dan ada yang naik jerawat halus.
Cara Cuci Berus Mekap
Sebenarnya tak susah pun nak mencuci berus mekap. Jom baca tip daripada Puan Cik No mengenai cara mudah untuk membersihkan berus mekap:
1) Tuangkan satu sudu besar syampu bayi ke dalam mangkuk kecil. Boleh juga gunakan syampu organik atau cecair pencuci.
2) Tambahkan sedikit air suam agar berbuih.
3) Celupkan satu berus dahulu ke dalam campuran air tadi, pusingkan dengan lembut untuk membersihkan sisa solekan pada berus
4) Rendam berus sekitar lima hingga 10 saat, kemudian cuci dengan air paip yang mengalir.
5) Lap berus perlahan-lahan dan lembut pada kain bersih dan biarkan berus kering dengan sendiri.
6) Ulang langkah yang sama untuk berus-berus yang lain.
Mudah bukan? Tiada jumlah kekerapan yang ditetapkan oleh pakar namun mereka mengesyorkan untuk mencuci berus solek sekurang-kurangnya setiap dua minggu.
Sekiranya anda sangat kerap bersolek, pastikan berus dibersihkan dengan kerap untuk mencegah bakteria melekat yang boleh menyebabkan jerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa menggunakan filter, pelakon wanita yang popular pada zaman 90an, Deanna Yusoff kelihatan tetap cantik walau umurnya sudah masuk 56 tahun.
Menerusi laman Instagram, Deanna berkongsi soal kesihatan dan penjagaan kulit kepada peminatnya. Dia menceritakan pengalaman bagaimana kulitnya berubah setelah melalui fasa menopause (putus haid) hingga tahun-tahun berikutnya.
Deanna akui, dia sangat bimbang dengan kulitnya menjadi lebih kering dan kehilangan keanjalan. Penyanyi, model dan emcee ini juga memberitahu dia tertekan sehingga menghidap psoriasis.
“Kulit saya berubah sepenuhnya semasa peri-menopause, menopaus dan tahun-tahun selepasnya.
Kekeringan dan kehilangan keanjalan adalah dua kebimbangan utama saya, kulit kusam juga menjadi isu. Saya tak selesa dengan kulit saya sendiri dan sedar macam mana rupanya. Ini membuatkan saya tertekan dan saya juga menghidap psoriasis,” jelasnya.
Untuk pengetahuan anda, psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.
Namun, Deanna mengambil inisiatif membuat penyelidikan sains disebalik fungsi kulit dalam kehidupan ini.
“Untuk membantu masalah kulit ini, saya mula membuat penjagaan kulit profesional dengan bahan semula jadi dan membuat penyelidikan sains di sebalik fungsi kulit sepanjang kehidupan kita.
Ini membuat saya sedar yang saya perlu menggunakan bahan-bahan selamat dan berkesan yang boleh dipercayai oleh badan saya. Sesuatu yang kita semua harus lakukan dalam rutin penjagaan kulit kita!” tulisnya.
Tambahnya lagi, perubahan hormon harus seiring dengan penjagaan kulit yang lebih rapi.
“Apabila hormon kita berubah dalam fasa kehidupan ini, begitu juga dengan keperluan kulit kita; sedar tentang perubahan tersebut, ini membantu saya untuk menjaga keperluan kulit dengan lebih baik.
Saya sangat teruja kerana dapat berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama,” ujarnya.
Sekadar info, Deana Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Malaysian ke -10. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Dinide and Continue dan Fix.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!