Langsing dan awet muda, kalau nak tahu inilah rahsian cantik Dr. Soo Wincci amalkan dalam rutin hariannya.
Tidak memilih jalan pintas, penyanyi dan model ini ada kongsikan caranya menguruskan badan menggunakan kaedah detoks. Katanya kaedah tersebut adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan bentuk badan idealnya.
Ads
Dengan hanya rajin amalkan satu jenis menu detoks yang menjimatkan, Dr. Soo Wincci mengatakan dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4kg seminggu.
Ini Antara Menu Yang Diamalkan
Teh kunyit kayu manis
Kopi
Telur rebus
Kacang kuda
Oren
Ads
Ads
Cara Pengambilannya:
Telur rebus, kacang kuda, oren, kopi dan teh boleh diambil dalam kuantiti banyak atau diingini.
Kopi atau teh perlu diminum tanpa gula. Tetapi boleh ditambah bersama rempah atau susu.
Tambahkan pengambilan sayur-sayuran sepanjang melakukan diet detoks.
Pastikan lakukan detoks ini hanya sebanyak 2-3 kali sehari sahaja.
Kerapkan minum teh kunyit manis kerana ia membantu sistem penghadaman dan membantu untuk tidur awal.
Nampak tak usahanya? Jadi anda pun kena konsisten bab gaya hidup sihat. Mungkin hasil daripada melakukan menu detoks ini setiap hari, anda akan dapat menurunkan berat badan sebanyak 3-4kg seminggu tanpa sebarang senaman.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Sekali jari tercucuk selumbar atau serpihan kayu halus, boleh tahan sakit, ya! Bukan biasa-biasa sampai tahap berdenyut tak boleh buat kerja.
Apa yang lebih risau apabila bakteria atau kuman yang boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan.
Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook, Rose Ramli, jarinya pernah tertusuk duri pokok jarum tujuh bilah.
Cubaannya untuk mengeluarkan duri tajam yang tertinggal di dalam jarinya menggunakan jarum ternyata gagal hingga menyebabkan anggota itu membengkak sehingga tiga hari.
Namun, akhirnya wanita ini berasa lega apabila berjaya mengeluarkan duri tersebut menggunakan satu kaedah dikongsikan di Facebook.
1. Masukkan garam sebanyak tiga sudu kecil ke dalam bekas berisi air suam.
2. Rendamkan jari yang masih mempunyai duri sekitar 30 minit.
3. Kemudian tekan bahagian jari yang bengkak.
4. Perhatikan bahagian duri tertusuk sewaktu menekan sehingga durinya terkeluar.
Kata Rose, duri tersebut ‘meluncur’ keluar dengan mudah selepas melakukan kaedah ini.
Ujarnya lagi, dia berasa lega apabila berjaya mengeluarkannya kerana bimbang duri itu akan menyebabkan masalah yang lebih buruk.
Kaedah yang sama boleh cuba dilakukan jika anda terkena selumbar. Namun anda dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor sekiranya luka pada bahagian yang terkena duri atau selumbar tidak sembuh walaupun sudah dikeluarkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senaman rahang atau jawline exercise bukan sekadar trend, tapi ia adalah teknik "face yoga" yang sangat membantu menguatkan otot wajah bawah, mengurangkan masalah dagu berlapis (double chin), dan memberi kesan wajah yang lebih tegang secara semula jadi.