Siapa saja yang tidak terpesona melihat gerakan lemah gemalai kala Ratu Gymnastik Farah Ann Abdul Hadi bergaya di pentas pertandingan.

Biarpun gagal mencapai sebarang pingat, namun pengalaman dapat bertanding di Sukan Olimpik mencipta sejarah tersendiri.

Atlet berusia 27 tahun itu terpaksa meninggalkan Pusat Gimnastik Ariake pada Ahad lalu selepas menamatkan saingan dalam kelayakan all-around individu.

Pada pusingan kelayakan tersebut gimnas kelahiran Subang Jaya, Selangor itu menyarungkan leotard rona jingga. Beliau mengumpul markah keseluruhan sebanyak 48.565 mata dengan berhenti pada kedudukan ke 68.

Biarpun kalah, tetapi Farah Ann tetap menang di mata kita rakyat Malaysia.

Ayuh kita lihat fakta menarik anak kedua daripada 3 beradik berasal dari Subang Jaya ini.

1. Berdarah campuran Melayu sebelah bapa dan Kanada di sebelah ibunya.

2. Beliau merupakan atlet gimnastik artistik Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik 2020 selepas 20 tahun.

IKLAN

3. Bicara Farah Ann sejak usia lapan tahun beliau sudah memasang impian bertanding pada Sukan Olimpik kerana sebelum ini ralat tidak berjaya ke Sukan Olimpik Rio di Brazil.

4. Berdasarkan rekod, Farah Ann merupakan gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada tahun 2000 di Sydney, Australia dan Ng Shu Wai di Athens, Itali (2014).

5. Penglibatan dalam sukan gimnas berpunca daripada sikapnya yang hiperaktif dan tantrum tidak mengira masa seawal usia tiga tahun serta terlalu lincah memanjat monkey bar di taman permainan.

IKLAN
Selain itu:  Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah!

6. Bertitik tolak daripada situ, ibu bapanya menghantar Farah ke kelas gimnastik kerana niat asal apabila pulang ke rumah beliau akan tidur dek keletihan dan tantrum pun dapat dikurangkan.

7. Pernah meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan satu pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun 2017.

8. Ini termasuklah mencatat rekod cemerlang apabila merangkul tiga emas dalam acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai pada Sukan SEA 2019.

9. Farah Ann pernah cedera ligamen terkoyak pada bahu dan lutut serta ligamen pergelangan kaki kiri putus.

IKLAN

10. Bersekolah di Seklah Menengah Sukan Bukit Jalil sebelum menyambung pengajian dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera Global, Universiti Monash.

11. Individu pertama miliki model barbie edisi has yang dicipta oleh Amerika Mattel. Patung Barbie edisi khas itu juga dibuat menyerupai ikonik Farah Ann dengan berambut hitam dan berbaju merah jambu, emas, dan putih, pakaian yang sama yang dipakai pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.

Artikel Berkaitan:

Selain Farah Ann, 5 Lagi Atlet Wanita Paling Hot & Curi Tumpuan Di Olimpik Tokyo 2020

Pakar Dietitian Kongsi 15 Tip Turun Berat Badan Paling Efektif. Kunci Sebenar Diet Fokus Makanan Sihat!

Tawar RM5 Juta Cashback, Usaha Mila Jirin Bantu Golongan Terkesan Akibat Pandemik Covid-19

Selain itu:  Campuran Madu & Bawang Holland, Cara Alternatif Legakan Masalah Batuk & Mudahkan Buang Kahak
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI