Pada pusingan kelayakan tersebut gimnas kelahiran Subang Jaya, Selangor itu menyarungkan leotard rona jingga. Beliau mengumpul markah keseluruhan sebanyak 48.565 mata dengan berhenti pada kedudukan ke 68.
Biarpun kalah, tetapi Farah Ann tetap menang di mata kita rakyat Malaysia.
Ayuh kita lihat fakta menarik anak kedua daripada 3 beradik berasal dari Subang Jaya ini.
1. Berdarah campuran Melayu sebelah bapa dan Kanada di sebelah ibunya.
2. Beliau merupakan atlet gimnastik artistik Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik 2020 selepas 20 tahun.
3. Bicara Farah Ann sejak usia lapan tahun beliau sudah memasang impian bertanding pada Sukan Olimpik kerana sebelum ini ralat tidak berjaya ke Sukan Olimpik Rio di Brazil.
4. Berdasarkan rekod, Farah Ann merupakan gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada tahun 2000 di Sydney, Australia dan Ng Shu Wai di Athens, Itali (2014).
5. Penglibatan dalam sukan gimnas berpunca daripada sikapnya yang hiperaktif dan tantrum tidak mengira masa seawal usia tiga tahun serta terlalu lincah memanjat monkey bar di taman permainan.
Ads
6. Bertitik tolak daripada situ, ibu bapanya menghantar Farah ke kelas gimnastik kerana niat asal apabila pulang ke rumah beliau akan tidur dek keletihan dan tantrum pun dapat dikurangkan.
7. Pernah meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan satu pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun 2017.
8. Ini termasuklah mencatat rekod cemerlang apabila merangkul tiga emas dalam acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai pada Sukan SEA 2019.
9. Farah Ann pernah cedera ligamen terkoyak pada bahu dan lutut serta ligamen pergelangan kaki kiri putus.
10. Bersekolah di Seklah Menengah Sukan Bukit Jalil sebelum menyambung pengajian dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera Global, Universiti Monash.
11. Individu pertama miliki model barbie edisi has yang dicipta oleh Amerika Mattel. Patung Barbie edisi khas itu juga dibuat menyerupai ikonik Farah Ann dengan berambut hitam dan berbaju merah jambu, emas, dan putih, pakaian yang sama yang dipakai pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
Cerita menarik daripada pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana pernah muntahkan balik makanan sebab sensitif dengan isu berat badan.
Hawa Rizwana Muntahkan Balik Makanan
Menurut perkongsiannya di salah satu portal hiburan, Hawa pernah berdepan masalah bulimia atau gangguan pemakanan kronik ketika zaman persekolahan.
Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28 berkata dia hanya berhenti melakukan perbuatan tersebut selepas menyedari tindakan dilakukan selama bertahun-tahun boleh memudaratkan kesihatan.
“Saya pernah menghidapi bulimia. Keadaan ini bermula masa sekolah menengah. Bila ada orang cakap saya naik berat badan, saya makan banyak-banyak dan muntahkan. Saya juga terlebih bersenam.
“Pernah nak cuba berhenti tapi saya naik berat badan lima kilogram sebab sibuk dan tak sempat nak bersenam, tidur tak cukup, stres dan makan waktu malam.
“Saya belajar perkataan bulimia semasa menyertai ‘choral speaking’. Ada budak lelaki yang suka tegur cakap muka saya berisi dan buat saya mempersoalkan adakah saya gemuk,” katanya dalam satu wawancara.
Rasa Macam Orang Sindir
Menurut hos program MeleTOP itu, kadangkala dia merasakan seseorang sekadar menyindirnya apabila memujinya kurus.
Ketika ramai cakap saya naik berat badan, ada individu lain cakap ‘eh Hawa kurusnya sekarang?’. Saya tak rasa orang itu maksudkan saya kurus,” katanya.
Begitu pun, seiring kematangan Hawa berusaha mendapatkan bantuan bagi memulihkan keadaan kesihatan mentalnya terutama berkaitan bulimia.
Kekal Positif
Bekas pembaca berita kelahiran Amerika Syarikat itu turut bersyukur mempunyai sistem sokongan yang padu sekali gus menguatkan semangatnya untuk kekal positif.
Sekarang saya dah ada ‘support system’ daripada orang sekeliling yang membuatkan mental saya kuat dan saya berhenti melakukan tindakan memudaratkan,” ujarnya.
Hawa berharap orang ramai mengambil pengajaran agar mendapatkan bantuan segera andai berdepan masalah sama.
Sosej adalah antara makanan proses yang paling popular dan digemari ramai terutama golongan kanak-kanak.
Rasanya yang enak dengan pelbagai perisa seperti keju atau lada hitam menjadikan makanan wajib ada di rumah.
Namun diingatkan agar jangan menjadikan sosej ini sebagai makanan rutin. Perkongsian dari Dr. Fatimah Salim memberitahu kaitannya dengan penyakit kanser.
SOSEJ & KANSER
Dua hari lepas, Muhammad ikut saya ke kedai. Antara barang yang diambilnya ialah kek pisang, biskut kreaker, susu kultur, yoghurt, sosej dan cili giling.
Semalam saya masak sosej ini. Saja potong 3 dan belah 4. Nak bagi nampak macam octopus iaitu antara haiwan kegemaran Muhammad selain ikan buntal.
Saya tahu anak-anak memang suka makan sosej kerana rasanya yang sedap. Jadi saya ingatkan Muhammad dan Yaumil yang sosej, nugget… adalah makanan tidak elok untuk badan apabila diambil kerap.
YA. Ketahuilah sosej bukan hidangan yang baik. Benar bergantung kepada kualiti, ianya diperbuat daripada bahan asas daging (isi, lemak, kulit dan organ lain), namun dicampurkan dengan perasa dan pengawet garam nitrates/ nitrites agar cantik warnanya (kemerahan), sedap rasanya dan lebih tahan lama. Sosej tinggi kandungan lemak tepu dan garam.
Bergantung kepada jenis produk dan cara pemprosesan, garam bernitrat mampu bertindakbalas dengan protein daging menghasilkan bahan kimia punca kanser iaitu nitrosamine.
Sosej dan daging terproses berprotein lain adalah dikategorikan sebagai punca kanser dengan perkaitan kongklusif (Group 1) oleh Agensi Kanser US. Lihat infografik perkaitan kanser dan jenis-jenis daging pada komen pertama.
Maka, makanan terproses seperti sosej ini usahlah dijadikan makanan harian. Benar bukan memakan sosej ini saja punca kanser. Terdapat banyak lagi faktor lain, namun mengetahui dan berwaspada itu lebih baik.
Bukannya tidak boleh makan terus. Jarang-jarang ambil, boleh saja. Dan untuk mengurangkan risiko, ambil lah bersama dengan sayuran hijau.
Biasanya daun pandan hanya digunakan sebagai penambah dalam masakan bagi menyedapkan lagi rasa sesuatu hidangan.
Namun bukan itu saja khasiat daun pandan yang berberwara hijau ini, sebaliknya ia juga boleh dijadikan manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit terutama dalam mencegah penuaan.
Khasiat Pandan Untuk Kecantikan
1. Cegah Penuaan Kulit Muka
Salah satu cara untuk mencegah penuaan adalah dengan menggunakan masker yang terbuat daripada daun pandan semula jadi.
Daun pandan diketahui mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Berkat sebatian ini, daun hijau dapat membantu menangkis kesan buruk radikal bebas sehingga penuaan dapat dielakkan.
2. Menurunkan Risiko Kanser Kulit
Kandungan antioksidan pada daun pandan yang disebut flavonoid dianggap dapat mengurangi risiko barah kulit.
3. Mencegah Kulit Terbakar Cahaya Matahari
Daun pandan berkesan dapat mencegah terbakar sinar matahari pada kulit.
Manfaat daun pandan untuk kulit yang satu ini berkaitan dengan kesan penghidratan yang dihasilkannya, sehingga dapat menjaga kelembapan kulit.
Untuk meraih manfaat ini, korang boleh menggunakan produk penjagaan badan yang mengandungi ekstrak daun pandan secara teratur.
4. Menjaga Kelembapan Kulit
Kerana mengandung banyak air, daun pandan juga dapat menjaga kulit agar tetap terhidrasi.
Kita dapat merasakan kelebihan daun pandan untuk kulit dengan lebih optimum apabila digabungkan dengan keperluan cairan harian yang mencukupi dan penggunaan losyen badan secara berkala.
5. Rawatan Jerawat
Berkat kandungan antioksidan dan sebatian lain, daun pandan juga dapat digunakan untuk merawat jerawat.
Cara menggunakannya adalah dengan membuat tmasker daun pandan untuk kulit. Boleh mencampurkan daun pandan dengan bahan-bahan lain, seperti lemon, madu, tomato, dan lain-lain.
6. Kecilkan Pori Wajah
Daun pandan dicampur dengan kuning telur yang dijadikan masker juga dapat membantu mengecilkan pori-pori pada wajah. Dengan khasiatnya, risiko mengalami jerawat dapat dikurangkan.