Sebelum ini pernah tular kisah penyanyi Aishah yang melakukan pembedahan bariatrik atau pintasan perut demi untuk kesihatan.

Kaedah yang popular dengan nama ‘potong perut’ ini membolehkan seseorang itu mengawal pemakanannya dan hasilnya sangat mengagumkan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram Datuk Nurul Hidayah turut mengakui pernah menjalani pembedanan berkenaan disebabkan mengalami pertambahan berat badan mencecah 100 kilogram.

Menurutnya beliau mengambil keputusan melakukan keadah bariatrik ini kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.

Kita pernah gemuk. 100kg.

Kita buat Bariatric Surgery – Sleeve Gastrectomy (sila Google)

Kita makan sikit jer sebab perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak.

Kita mengaku kat ramai orang yang kita buat prosedure kecilkan kantung perut.

Tambah anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi ini berat badannya kemudian terus turun menjadi 58 kg dalam tempoh setahun setengah.

Beliau turut mencadangkan bagi mereka yang mengalami masalah obesiti untuk melakukan kaedah sama. Ketika melakukannya dulu kos tidak semahal seperti sekarang.

IKLAN

Dari 100kg pernah turun sampai 58kg dalam masa setahun setengah. Tapi kita tak tipu. Kita siap suggest/cadangkan orang yang obesiti buat. Tak mahal pun, sebab 11 tahun lepas kita buat RM15k. Sekarang dah mahal tapi berbaloi.

Tambahnya lagi, beliau membuka cerita berkenaan bukan untuk menjadi manusia negatif, sebaliknya memberitahu apa tujuan sebenar melakukan kaedah berkenaan.

Dalam pada itu, Nurul Zahid juga menasihatkan individu supaya positif dan jangan malu berterus-terang apabila menjalani pembedahan bariatrik.

Selain itu:  Ambil Buahan & Sayuran Ini Sebagai Ganti Suplemen Dalam Diet Harian. Lebih Jimat & Selamat!

Di samping, beliau menyarankan agar jangan sesekali menipu bahawa kejayaan kurus itu kerana bersenam, berdiet atau makan produk kurus jenama sendiri.

Kita nak cerita, bukan nak jadi manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ker kecik kan perut ker jangan la bagi tau exercise. Jangan la bagi tau diet atau makan produk kurus jenama sendiri.

IKLAN

Pendapat saya. Berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecik kan perut? Bukan untuk kecantikan pun untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dengan prosedur macam yang saya bagi tau tadi lebih cepat dan kita lebih sihat. Itu jer.

Jangan tipu. Tipu dosa. Tapi kubur masing-masng. Ikut la macam mana

So, yeah. Kita kurus dulu sebab buat Bariatric Surgery.

100kg – 58kg – 80kg (lepas 10 tahun)

Perkongsian jujur Nurul Zahid mengenai pengalaman melakukan bariatrik pendapat respon positif daripada warga maya. Majoriti teruja bertanya lebih lanjut pro dan kontra mengenai prosedur terbabit.

Antaranya, ada followers yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.

IKLAN

“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemuk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.

“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,” 

Sementara itu, menerusi ruangan IG Stories pula beliau menjawab pertanyaan daripada warga maya yang bertanyakan tentang selera makan selepas pembedahan.

Selain itu:  Konsisten Buat Diet 'Eat Clean' & Suku-Suku Separuh, Hasilnya Gadis Ini Dapat Berat Idaman

“Selepas menjalani pembedahan selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.

“Memang saya stres sebab apabila makan akan muntah. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” jawab beliau yang memiliki ketinggian 167 sentimeter.

Kredit Foto: Instagram Nurul Zahid

Artikel Berkaitan:

Berat Asal 100 KG & Berjaya Lenyapkan 43 KG. Setahun Tak Makan Manis, Rahsia Kurus Wanita Ini!

Rupanya Ini Senarai 29 Stok Makanan Diet ‘Eat Clean’ Wajib Ada, Kalau Nak Cepat Turun Berat Badan Cara Sihat

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI