Cukup suka melihat penampilan Aida Khalida, sudah menukar penampilannya daripada glamorous actress kepada yang berpenampilan sederhana, bertudung menutup dada dan pakaian longgar menjadi pilihannya.
Tanpa publisiti murahan, rezeki pelakon Aida Khalida dalam bidang lakonan tak pernah putus. Masih cantik dengan aura tersendiri, lihat lah wajahnya tanpa botox atau filler dan postur badan juga masih menarik malah di usia 66 masih aktif bekerja. Agaknya apa rahsia Aida?
Menerusi portal WM, Aida berkongsi tentang pengambilan makanan yang diamalkan yang mana dia biasanya kurangkan makan. Ada masa berselera cuma dia tetap akan pastikan makan dalam porsi yang kecil lebih kurang satu senduk nasi sahaja dan akan makan ulang-ulang (bila terasa lapar.) Dia juga banyakkan sayur-sayuran dan buah buahan dalam pengambilan makanan. Selebihnya ini antara tip kesihatan lain yang dikongsi untuk peminat tersayang.
Amalkan Apple Cider
Tidak menolak terus makanan berat, sesekali makan juga nasi briyani atau nasi kandar tetapi dalam kadar yang kecil. Dan setiap kali selepas makan, dia amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider campurkan dengan segelas air. Ada orang yang mencampurkan apple cider dengan jus, tetapi dia minum dengan air kosong sahaja. Ataupun perahan lemon bersama segelas air.
Tak semua orang mampu minum air putih yang banyak, begitu juga dengan pelakon wanita ini. Pesannya, “pastikan minum air suam sebaik bangun pagi.”
Kalau air manis pula, Aida jenis yang tak minum kopi sebab dia akan pening, kecuali jenis kopi kampung. Sesekali, dia juga akan minum teh tetapi lebih suka minum Horlick dan akan minum tanpa susu.
Ambil Suplemen Tambahan
Ads
Kebanyakan orang akan ambil suplemen bila sudah berusia, sama juga dengan situasi Aida Khalida. Dia ambil beberapa jenis suplemen contohnya untuk jantung, hati, usus dan mata tetapi tidak ambil kesemuanya sekaligus. Apa yang penting dia akan minta pandangan ahli farmasi berkenaan jenis yang sesuai diambil.
Amalan Makan Malam Dijaga
Kongsinya, bab makan makan pula paling lewat makan pukul lapan atau sembilan malam. Tengah malam kalau lapar sangat baru dia makan dalam kuantiti sedikit.
Tiga kali seminggu Aida akan buat sit up dan push up dalam 30 kali setiap sesi. Dulu selalu berjoging tetapi diusia sekarang dia tukar kepada brisk walk.
Orangnya rendah diri, bila disoal tentang kesihatan, dia bersyukur sebab boleh memandu tanpa perlu memakai kaca mata, masih boleh hafal skrip dan boleh bekerja.
Pesannya, selain menjaga pemakanan dan senaman, kita kena berdoa supaya sihat, supaya Allah berkati usia dan mampu mengurus diri sendiri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak tahu kelebihan guna Vaselin, bukan dengan membaca sahaja, tetapi anda sendiri kena cuba sapu dan amalkan.
Antara yang selalu kita dengar tentang Vaseline atau petroleum jelly ini adalah mampu melembapkan kulit kering dan merawat masalah bibir kering.
Namun sebenarnya masih banyak kegunaan Vaseline dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Ini antaranya:
Kulit kering akan membuatkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Jadi kalau guna Vaseline, cara ini lebih berkesan dan kurang merengsakan daripada losyen. Malah boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata.
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Tetapi jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum semasa setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Walaupun jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, ini tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Sebab ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki tubuh badan yang gempal sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kita. Golongan inilah dikatakan lebih terdedah kepada masalah atau mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah lain.
Namun tiada masalah seseorang itu berusaha untuk kembali menjalani gaya hidup sihat dan mendapat berat normal.
Seperti perkongsian lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg dengan menggunakan caranya sendiri tanpa mengambil sebarang produk.
Berkongsi di laman sosial Facebook Malaysia Runner, Fuad Darjat menceritakan pengalamannya menurunkan berat badan daripada 190 kg kepada 90 kg.
Lelaki ini berkata dia mula melakukan pelbagai cara termasuklah mengamalkan diet yang seimbang, bersenam di gym dan banyak lagi.
Saja nak share pengalaman saya dalam ni. Saya nak bukan la runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.
Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan. Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.
Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yela dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178.
Datang 1 seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take seriously.
Dah pada Januari 2016 saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tengah hari, esoknya amik nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus. (Saya tak cakap nasi bersalah tapi tula cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah 2 pinggan).
Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet low carbs (as we know). Slow-slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.
Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dlm masa 2 bulan. Selepas itu berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan sy bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni saya tak bersenam apa pun.
Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemuk 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak. Dan berat semakin turun lagi. Selepas Raya 2016 baru la beranikan diri jogging di Mini Stadium Sepang.
Waktu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan takde orang. Jogging punya jogging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off. Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke. Saya cakap tak nak la malu la gym sume sado badan, saya badan sendu je.
Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017. Saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium. Sebab masa tu tak boleh joging di jalan tar sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!
Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.
Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal mungkin dan kekal aktif. Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking pulak. Alhamdulillah sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif, kalau takde aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.
Tapi apa yang saya boleh banggakan berjaya melakukan walaupun nampk mustahil pada mulanya. Insha-Allah saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggala sekarang. Semakin hari sehingga kini saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.
Apa cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. dan jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu jangan la cepat mengalah. Salah 1 punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall.
Kalau bila pegi shopping sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk saya mengamuk penat kat wife haha serta asyik nk cepat balik je sebab penat berdiri.
Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan, nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan. Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.
Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut, baju sukan. Sekian dari sy. Thank you kerana sudi membaca
21km. Next target 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk sy cuba.
Fuad Darjat -190kg-90kg. -Bekas perokok tegar sehari 20 batang -Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan
Kalau anda mampu bezakan hilang berat dan bakar lemak, mesti boleh kurus dengan mudah. Tak perlu makan produk yang habiskan duit, cukup faham konsep dua perkara ini, dapatlah hasilnya.
Menurut perkongsian Puan Raihana Arif, hilang berat dan bakar lemak adalah dua perkara yang berbeza. Jom hadam ilmu ini dulu.
Hilang berat adalah melibatkan hilang berat air, berat otot, berat tulang, lemak, dan lain-lain.
Bakar lemak pula adalah khusus pembakaran lemak dalam badan dan minima hilang saiz otot, kekuatan badan.
Hilang berat termasuk hilang air dan otot yang mana kurang bagus sebab sumber yang diperlukan badan.
Lagi banyak ada otot, lagi mudah lemak terbakar semasa rehat.
Manakala bakar lemak hanya melibatkan lemak sahaja. Dan juga yang bagusnya, automatik berat juga akan turun!
Dan boleh maintain muscle mass yang akan buatkan badan nampak lebih fit dan tak gelebeh (perlu senaman juga).
Jadi apa pilihan yang terbaik?
Terpulang!
Hilang berat dan bakar lemak memang akan kurangkan kilo berat badan, tapi dari segi kesihatan hilang lemak lebih baik.
Sebenarnya dalam tak sedar, tujuan kita nak turunkan kilo badan memang kita target nak buang lemak-lemak badan kan?
Hanya nak betulkan mindset balik. Berat turun banyak tapi tak senaman dan amal diet yang keras tak bagus juga kalau masih tinggi percentage body fat.
Itu kalau nak sihat lah, sebab lemak-lemak ini punca pelbagai penyakit. Sihat, dan tubuh badan pun jadi cantik.
Apabila kita fokus untuk turun lemak dan kekalkan jisim otot, tahap kecergasan akan meningkat, kekuatan dan tenaga badan bertambah, prestasi meningkat, penuaan menjadi lambat dan risiko penyakit pun kurang.
Tak ada lah dah kurus tapi nampak macam sakit pula.
Fokus pada kehilangan inci (inch loss) atau ukur lilit badan dan bukan nombor (weight loss) pada penimbang semata-mata.
Kalau kita ambil masa 6 bulan untuk gemuk, jangan sesekali letak harapan/ pressure diri untuk kurangkan berat badan berlebihan tu dalam masa sebulan.
Kita mungkin menjadi kurus tanpa dapat melihat perubahan pada berat badan.
Pelik, kan?
Keadaan ni jadi bila kita bakar lemak badan semasa hasilkan otot. Sekiranya berat tetap sama, walaupun ada inci loss daripada segi ukuran tubuh, itu tandanya kita berada di landasan yang betul.
Owh ya, nak cepat kurus, air pun kena cukup ya. Kalau rasa susah nak minum air putih, cuba biasakan tips ini dalam gaya hidup anda.
Berapa banyak yang kita kena minum air setiap hari?⠀
Dan bagaimana nak minum air secukupnya atau 3-4 liter?
1. Beli satu botol air dalam 1 atau 2 liter yang boleh jadi kawan baik kita. Pergi mana pun bawa.⠀
⠀
2. Botol air tu lebih baik ada straw untuk mudah kita nak minum.⠀
⠀
3. Buat reminder dekat phone kita setiap 2-3 jam boleh habiskn dalam 1 liter air.⠀
⠀
4. Letak hirisan lemon atau timun dan daun pudina utk kita rasa lebih fresh dan tak bosan sangat minum air kosong. Saya pilih untuk suka teamix + aloevera.⠀
⠀
5. Buat air suam atau sejuk ikut kesukaan kita. Minum perlahan-lahan dan yang paling penting kita enjoy journey ya.⠀
Saya bukan coach, cuma hasil dari bacaan-bacaan saja. Banyak lagi ilmu yang perlu digali.
Betulkan saya jika ada yang salah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!