Perlu diingat, jangan ada sikap berputus asa dalam mengamalkan diet jika mahu mendapat hasil yang lebih menggembirakan.

Untuk seseorang yang mengalami pertambahan berat badan dan mahu mendapat berat ideal, bukan dalam tempoh sebulan dua tetapi ada yang mengambil masa lebih 6 bulan.

Seperti perkongsian sahabat Grup Diet Suku-Suku Separuh,  Yunnii Adzhaa yang mengalami masalah berat badan sehingga mencecah 100KG dan mengamalkan diet untuk tempoh 8 bulan bagi mendapat berat terkini sekitar 69KG.

Mula diet hujung bulan tahun lepas dan dalam tempoh 8 bulan siapa sangka dia akhirnya berjaya mengurangkan sehingga 30 kg dan mendapat berat ideal tanpa menggunakan sebarang produk.

Artikel Lain: Gembira Dah Tak Alami Gastrik & Migrain. Hanya Guna Kaedah Defist Kalori, Rahsia Kurus Wanita Ini!

Dalam perkongsiannya itu, dia memberitahu 100 peratus diet dengan exercise saja dengan mengamalkan 3 kali seminggu senaman jogging.

IKLAN
100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!
Sebelum

Menurutnya diet inilah cara paling santai dan tidak perlu stress-stress. Dan paling penting tiada lansung pengambilan suplemen ubat kurus atau sebagainya.

“Semasa berat 80kg banyak benda yang telah mengajar Zai. Apa yang paling Zai tak suka adalah, Zai akan cepat mengah bila nak jalan, Zai juga akan rasa cepat penat sangat masa 80kg tu.

“Kalau rumah yang ada tangga tu Zai memang tak larat nak panjat. Oleh sebab ini jugak Zai nak berubah.

“Dulu Zai suka makan banyak, Zai nak pesan kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat semua, kalau nak kurus buatlah bersungguh-sungguh.

IKLAN
100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!
Selepas

Artikel Lain: “Bila Kurus, Bentuk Wajah Berubah & Hidung Lebih Mancung” – Wanita Ini Dedah Rahsia Transform Menakjubkan!

“Ini kerana rasa bersungguh-sungguh sahaja akan buat kita kurus sungguh-sungguh, Itulah yg zai Buat Selama ni,” tambahnya lagi yang mempunyai tinggi sekitar 143 cm.

Selain itu, dia turut memberitahu pengambilan pemakanan juga amat penting dalam memastikan diet berkesan.

IKLAN

“DSSS sangat berkesan kepada penurunan berat badan yang ideal dan selamat. Tak stop nasi pun boleh kurus tapi ambil suku saja, banjirkan dengan sayur.

“Sumber protein jangan tinggal. Kurangkan air manis atau kalau mampu berhenti sekejap untuk melihat hasilnya.

“Cukupkan minum air putih dan konstiten bersenam terutamanya senaman beban yang menaikkan otot. Alhamdulillah dah setahun lebih dengan Diet Suku Suku Separuh. BMI berat badan pun dah jadi ideal (23) daripada sebelum ini. (32),” jelasnya turut memberitahu apa yang penting semangat dan ada kemahuan untukk hidup sihat secara lebih sihat.

100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!

Artikel Lain: Ikut Formula Makan 500 Kalori Sehari Sama 5 Biji Telur Rebus. Shah Jaszle Berjaya Kurus Tak Sampai Sebulan!