Tiada alasan sebenarnya bagi mereka yang sedang melalui fasa pasca Covid-19 untuk tidak berpuasa, malah jika kesihatan mengizinkan, mereka sangat dituntut untuk melakukan kewajipan ini.

Perkara ini dijelaskan oleh Doktor Perubatan di Klinik Swasta, Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman.

Menuru Dr Arisman,tiada ada alasan kuat untuk pesakit PascaCovid-19 dengan gejala Long Covid-19 ringan untuk tidak boleh berpuasa, kecuali yang berada dalam kondisi teruk, memerlukan rawatan dan disarankan oleh doktor untuk jangan berpuasa sehinggalah sembuh sepenuhnya.

Artikel Lain: Jangan Guna Bekas Makanan Jenis Styrofoam Di Rumah. Doktor Ini Terang Kesan Bahayanya!

Begitu juga halnya dengan pesakit pascaCovid-19 yang memiliki penyakit kronik tertentu seperti kegagalan buah pinggang tahap teruk atau penyakit ulser dalam perut yang sedang aktif dalam rawatan.

IKLAN

Ini kerana mereka tidak boleh berpuasa kerana boleh meningkatkan keparahan penyakit dan boleh memudharatkan kesihatan.

Tiada Alasan Pesakit PascaCovid-19 Tak Boleh Puasa, Kecuali Kondisi Teruk. Ini Sebabnya!

Ketika ditanya pula sama ada kekebalan tubuh golongan itu dapat ditingkatkan dengan berpuasa, doktor perubatan tersebut berkata, ia tidak boleh dipastikan.

IKLAN

Namun demikian, banyak kajian di seluruh dunia menyokong bahawa dengan berpuasa, ia dapat memulihkan sistem (kekebalan) tubuh manusia.

Artikel Lain: Didiagnos Kanser Darah Tahap 4 Lepas Alami Sakit Perut. Doktor Kata Jangka Hayat 6 Bulan Je!

IKLAN

“Ada juga penyelidikan yang menyatakan bahawa perantara atau mediator keradangan seperti inflammatory cytokines, oxidative stress markers dan C-reactive protein mampu dikurangkan dalam tubuh orang yang berpuasa,“ ujarnya lagi kepada Sinar Plus.

Berdasarkan fakta juga, kata Dr Arisman, berpuasa selama tiga hari sudah mampu membuatkan badan seseorang menghasilkan sel darah putih baharu yang penting untuk melawan jangkitan kuman.

 

Artikel Lain: Muntah, Tak Boleh Bernafas & Mulut Berbuih. Lelaki Rebah Gara-Gara Guna Campuran Peluntur Cucian!

Selain itu:  Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu 'Boost' Tenaga Musim Panas
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI