Sebelum ini mereka sekeluarga telah disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah.

Namun Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun yang sedang mengandung 7 bulan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas.

Setelah beberapa hari dimasukkan ke unit Rawatan Rapi (ICU) hingga terpaksa ditidurkan, pagi ini akhirnya Siti Sarah telah dijemput Ilahi setelah 3 hari melahirkan anak keempatnya.

Berita ini disahkan sendiri oleh suami, Shuib di laman Instagram pagi tadi. Sarah dikhabarkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“5:13 minit pagi, 9 Ogos. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah,” 

Semalam, Shuib berkongsi keadaan isterinya yang kritikal apabila paras bacaan oksigen jatuh ke paras 40 peratus.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

Namun Tuhan lebih menyayangi penyanyi lagi Semakin ini apabila dijemput setelah selamat melahirkan anak keempatnya.

Sarah meninggalkan tiga lagi anak-anak yang masih kecil, Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Ternyata kehilangan Siti Sarah turut dirasai oleh semua rakan artis kerana sebelum itu ramai mendoakan kesembuhannya. Sebaik berita kehilangannya, ramai yang mengirimkan ucapan takziah pada Almarhum Siti Sarah.

IKLAN

Takziah buat keluarga Siti Sarah dan Suhib. Semoga arwah akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Giliran Family Siti Sarah & Shuib Pula Positif Covid-19 & Kuarantin Di Rumah. Mohon Doa Bayi Dalam Kandungan!

Rupanya Lepas Sembuh, Bekas Pesakit Covid-19 Perlu Tukar Berus Gigi. Doktor Pakar Ini Jelaskan Sebabnya!

Kena Berhati-Hati. Kerap Bersin Tanpa Sebab Lepas Vaksin Antara Gejala Diserang Covid-19!