Penularan virus Covid-19 kini ada di mana-mana. Kita tak akan nampak tak tahu di mana, tetapi bagi yang sudah dijangkiti pelbagai perasaan dialami.

Seperti yang berlaku oleh penyanyi Heliza Helmi telah berkongsi pengalamannya dijangkiti virus merbahaya ini.

Dia yang menerima rawatan bersama adiknya Hawani di sebuah pusat perubatan setelah disahkan positif November tahun lalu.

Heliza yang juga seorang sukarelwan menceritakan momen berkenaan menerusi posting video dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini.

QadarAllah. Alhamdulillah ala kulli hal Ketentuan Allah itu yang terbaik.

Sebenarnya taktau nak mula dari mana. Dalam kepala ni banyak sangat nak share , jika ada manfaat alhamdulillah

Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga november 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga…

Menurutnya pengalama ini tidak pernah dirasakan sebelum ini. Dia dan adiknya saling memberi motivasi satu sama lain.

Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan xm online .moga Allah merahmati beliau aamiin

IKLAN

Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat..

Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil..

Tambah Heliza lagi, sepanjang menerima rawatan, betapa dia melihat pengorbanan frontliner yang dianggap terlalu besar. Siang malam berjaga menempuh dugaan ini dan tidak terbalas jasa diberi.

Heliza juga memberitahu ketika positif Covid, untuk bersujud padaNya juga rasa seperti mahu melayang. Dan apabila sudah bebas, dia turut bersyukur kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah.

Di situlah lagi jelas nampak bagaimana PENGORBANAN FRONTLINERS TERLALU BESAR. Tulis ni pun sebak YA ALLAH…

IKLAN

Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami x mampu balas jasa baik kalian…

Dan benar, Covid 19 is real. Alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah syukur pada ALLAH

Perlu ke kakja dan Ika buat video di Youtube Channel The Helmis dan share apa kami lalui?

Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya 🙁 . Nak sujud pun rasa macam melayang dah..

Sebaik mengetahui cerita Heliza, rakan selebriti turut memberi respon dan memberi kata-kata semangat pada adik beradik ini.

IKLAN

arhatulfairuzah  taktau pun kak jaaaa @nurhelizahelmi , alhamdulillah semua baik2 saja

therealfafau IJAAAAAAAA!!!!! cepat sembuh and be strong for each other .. 

wanyhasrita Kak jaaa sayangggg. cepat sembuh kak jaaaaa. 

elfiraloy Ya Allah Kakja , taktahu pun . Semoga cepat sembuh . Syafakillah 

ardellaryana Alhamdulillah .. semua nya dah selamat , bermacam rasa Allah berikan kepada 2 insan hebat ini Allahu . Indah aturan Allah untuk kak ja dan wani semoga syurga buat 2 wanita ini Aamiin ya rab

Kredit Foto: Instagram Heliza Helmi

Artikel Berkaitan:

Lepas Setahun Covid-19, Dr. Izzar Dedah Ada Frontliner Jumpa ‘Psychiatrist’ Sebab Alami Stres Melampau

Lepas 30 Hari Bertarung Nyawa Jalani Rawatan, Akhirnya Lelaki Ini Sembuh Dari Covid-19 Stage 5