Setiap hari kita lihat korban akibat Covid-19 semakin meningkat. Dan semalam mencatat 82 kematian.
Malah setiap kematian mencatat pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat keluarga mangsa.
Seperti perkongsian di mana pesanan seorang ibu menyuruh lelaki ini supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Muhammad Haidir Rodzi tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat kata-kata itu dilafazkan.
Kedua ibu bapa, Rodzi (kiri) & Nazita Idris (gambar kanan tengah) yang menjadi meninggal dunia akibat Covid-10.
Sebelum itu ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, manakala ibunya, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya mewakili adik beradik lain.
Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Ads
Bercerita mengenai perkara itu, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.
Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.
Lima beradik yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan virus merbahaya ini.
“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.
“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
Ads
“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?”, katanya lagi.
Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.
Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk dan kini sudah sembuh daripada jangkitan itu.
Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.
Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan. Ini Yang Sheera Iskandar Amalkan! Sebelum hamil, pelakon ini disahkan mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS dan turut menjalani pembedahan membuang cyst di ovari.
Dalam temubual bersama Nona, pelakon cantik manis Sheera Iskandar memberitahu penyakit dialami ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic.
Ada PCOS Tapi Lega Hamil Tanpa Buat Rawatan Kesuburan
Menurutunya apabila sudah berumah tangga dia perlu jaga kesihatan agar tidak ada masalah lain berlaku.
“Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check uo memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
“Start dari situ saya mula jaga pemakanan dan elakkan mengambil makanan yang boleh aktifkan cyst itu balik.
“Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan. Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting.
“Sebelum kahwin lagi saya memang dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil. Saya dapat tahu saya hamil bulan September lepas,” ujarnya yang selamat melahirkan anak sulung, Puteri Long Harissa Mei lalu.
Walaupun sudah bergelar ibu, kecantikan Sheera tetap terserlah di sebaliknya kelembutan wajahnya.
Sebelum ini Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid cukup sinonim dan terkenal dalam drama kepolisan Gerak Khas.
Masih ramai yang terlepas pandang dan membuat kesilapan waktu cuci muka, dan ini yang membuatkan kulit wajah tiba-tiba bermasalah!
Ada kalanya kita tidak sedar ada melakukan beberapa perkara hingga boleh pertumbuhan jerawat.
Perkongsian Puan Farain Mohammad yang memberitahu 6 kesilapan yang dilakukan ketika mencuci wajah.
6 Kesilapan Jangan Buat Waktu Cuci Muka
Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No.6 tu ramai tak yang buat?
Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.
Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.
Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.
Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Kesilapan 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
Kesilapan 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka.
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan.
Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Kemenangan Marsha Milan dalam Anugerah Muzik-Muzik ke 36 baru-baru ini sangat mengejutkan ramai.
Ternyata 16 tahun berkecimpung dalam bidang seni, malam kelmarin antara pencapaian terbaik penyanyi yang dibesarkan di Sabah ini.
Melihat pada persembahan pada malam itu ternyata penampilan Marsha cukup bertenaga, fit dan memukau untuk membawakan lagu Cinta ciptaaan sepenuhnya oleh pasangan Stacy Anam dan Akim Ahmad.
Ditanya apa rahsia kecantikan pemilik nama Marsha Milan Londoh ini, mengakui
jarang mengalami masalah kulit breakout.
“Saya jarang mengalami kulit break-out. Sejak berusia 30an ini kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab iti jerawat susah nak tumbuh.
“Tapi bila kulit wajah saya terlalu kering, saya perlukan produk yang boleh membantu melembapkan kulit – Super extra moist,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 di Michigan, Amerika Syarikat.
Walaupun begitu sebagai seorang selebriti, Marsha akur perlu menjaga kecantikan diri seperti wanita lain.
“Menjadi rutin harian saya melakukan facial setiap bulan atau sekali dua bulan bagi memastikan kulit wajah sentiasa terjaga.
“Selain itu kita juga perlu kenal kulit untuk tahu produk mana yang sesuai digunakan.
“Jika berada di luar rumah pula Marsha akan pastikan wajib memakai pelindung tabir suria,” ujarnya yang turut mengambil suplemen bersesuaian.
Selain itu, pelakon drama Rindu Separuh Nyawa ini juga sangat menjaga kesihatannya.
Kurangkan Pengambilan Makanan Segera
Dia memberitahu kurang mengambil air minuman manis sebaliknnya memastikan minum 1 liter air putih setiap hari.
“Marsha juga akan melebihkan pengambilan sayuran dan makanan sihat lain serta mengurangkan makanan segera.
“Untuk kekal fit dan bertenaga, Marsha juga akan pastikan tidur cukup dan turut
meluang masa melakukan yoga minimum dua kali seminggu di rumah selama satu jam,” tambahnya yang ada sesekali berat badan naik kerana di rumah menyediakan makanan sedap.
Namun Marsha akan cuba kontrol pengambilan makanan bersesuaian agar tidak memberi masalah terutama pada saiz pakaian setiap kali mengadakan persembahan.
Selain itu, wanita yang berusia 36 tahun ini yang berketurunan Kadazan-Dusun juga berbakat dalam dunia pengacaraan dan sering menjadi pilihan produksi sebagai pengacara sesebuah program.
Antara program televisyen yang mendapatkan perkhidmatan Marsha sebagai pengacara adalah progam Pesona Pengantin dan Teroka Lokal.
Kini Marsha semakin bahagia bersama suaminya usahawan yang berasal dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2015.