Seperti yang kita tahu, hampir 2 juta penerima Sinovac masih belum menerima lagi dos penggalak.
Dan mereka ini diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap pada 1 April menurut kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Khairy jamaluddin Abu Bakar.
Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk untuk segera mendapatkan dos penggalak untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.
“Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak.
Ads
“Untuk tempoh seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika ditanya unjuran KKM mengenai jumlah penerima dua dos vaksin Sinovac yang bakal kehilangan status lengkap vaksinasi kerana enggan mendapatkan dos penggalak.
Ads
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan keperluan untuk penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos penggalak bukan sahaja untuk memudahkan urusan seharian di Malaysia, sebaliknya ia turut menjadi keperluan beberapa negara luar seperti Singapura.
“Saya ada bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, dan Singapura juga menetapkan status lengkap vaksinasi untuk penerima Sinovac adalah tiga dos,” katanya.
Ads
Pada 7 Februari lalu, Khairy dilaporkan berkata, semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.
Terkejut mendengar khabar berita Chef selebriti, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, 65, disahkan menghidap kanser limfoma.
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Chef Wan memaklumkan dirinya kini dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal.
Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital petang tadi.
“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.
“Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.
“Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.
“Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan organ itu.
“Saya juga akan menjalani kemoterapi dan memulakan rawatan serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan ramai lagi,” tulisnya.
Biarpun dalam situasi menggusarkan, Chef Wan dilihat kekal positif dan menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.
“Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini. Tetapi saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.
“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah, Allah akan jaga saya.
“Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,”tulisnya.
Menurut Hello Doktor, Limfoma adalah kanser yang bermula dalam sel-sel sistem imun, yang juga dipanggil limfosit.
Biasanya terdapat pada nodus limfa, limpa, timus, sumsum tulang, dan bahagian-bahagian badan yang lain.
Sistem limfa ini sepatutnya menjadi rangkaian melawan penyakit di dalam badan anda. Mempunyai limfoma bermakna limfosit berubah dan berkembang di luar kawalan.
Ada banyak jenis limfoma tetapi dua kategori utama apa itu limfoma ialah limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin.
Masalah kesihatan ini biasa berlaku terutamanya kepada orang tua dan lelaki. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya.
– Kelenjar bengkak di sepanjang leher, ketiak, atau pangkal paha
– Batuk, sesak nafas
– Demam, gatal-gatal
– Berpeluh malam
– Sakit perut, belakang atau sakit tulang
– Rasa penat, kurang tenaga
– Pengurangan berat badan
– Menggigil
– Hilang selera makan
– Limfedema
– Neuropati
– Darah dalam najis atau muntah
– Aliran kencing tersumbat
– Sakit kepala
– Sawan
Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Chef Wan moga kembali sembuh dan terus ceria seperti biasa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak mudah bagi seseorang itu untuk menurunkan berat padan. Perlukan keazaman, disiplin dan semangat yang tinggi bagi menghadapi dugaan terutama nafsu makan.
Ada yang hampir berputus asa apabila baru sekerat jalan sudah putus asa dek kerana angka berat badan tetap statik walaupun telah cuba pelbagai cara.
Perkongsian seorang gadis bernama Izzah di laman twitter sangat berinsprasi apabila dia berjaya hilangkan 44 kg dalam masa hanya 7 bulan saja.
Beratnya sebelum itu adalah sekitar 120 kg dan kini beratnya sekitar 76 kg saja. Menurutnya apa yang membuat dia terinsprasi untuk menurunkan berat badan adalah faktor dari diri sendiri dan bukan desakan orang lain.
Tiada sesiapa yang menyuruh untuk melakukannya (turunkan berat badan) tetapi memberitahu dietnya bermula awal tahun lalu hanya untuk suka-suka dan tidak menyangka impaknya hingga menyebabkan berat badannya turun.
Ternyata perkongsian video transformasi dibuat ini mendapat perhatian warganet apabila ramai yang likes dan retweet dilakukannya.
Actually i menyampah everytime baca tips diet yang start dengan niat, like kenapa begitu . Tapi i dah faham sekarang because bila niat you tu salah, you punya konsisten itu tak lama. Cari the reason korang nak diet, sebab siapa sebenarnya?
Benda ni susah sebenarnya, cara dia satu je . PAKSA tapi ada limit so lama lama you akan biasa dengan cara pemakanan baru lepastu you akan rasa lain if you tak jaga makan. You akan rasa takut dah nak sentuh makanan yang kurang healthy.
For beginner, just cut the sugar . Minum air kosong 25kg 1liter . So if you 50kg then minum 2liter . Biasakan minum banyak before makan so you akan rasa kenyang cepat. Cut sugar ini susah tapi nak tak nak you kena buat 😉
Okay i cerita part i dulu, for starting i amalkan eat clean which is no more minyak, kuah, just bakar/sup/kukus smtg like that. Korang kena eat clean , wajib ! Untuk start, korang kena biasakan tak mau minyak minyak.
Make sure sayur tu portion paling banyak dalam pinggan . Okay then masa puasa which is bulan 4 i stop makan nasi , just makan lauk and sayur . Tapi tipu lah tak makan langsung, dalam sebulan i akan makan jugak dalam 3-4 kali je .
So bila makan lauk ni, i akan makan bakar bakar mostly and sayur for sure plus buah . sebenarnya kenyang je tau korang, i tak tipu. So i tak makan nasi dalam 3-4 bulan, i can’t remember hehe. The reason i tukar jenis diet sebab boring so tak salah tukar 😉
So back to the topic, dalam pemakanan amalkan guna pinggan kecik so korang tak makan banyak. dalam pinggan tu kena suku nasi, suku lauk and lagi separuh sayur. Oh ye before i lupa, before start diet, korang check bmi calculator untuk tahu berat korang normal or not
And the second one is calorie calculator, which is berat korang tu berapa calories korang kena amik . Then korang kena makan makanan yang calorie tak lebih dari calories intake sekarang so you can turunkan berat badan .
Since i tukar tukar cara diet, i paling suka IF diet which is berpuasa 16jam, its hard . Siapa tak boleh jangan paksa sebab cara diet kena sesuai dengan diri . Untuk beginners better not try this. izzah try pun after few months.
Kalau IF diet, izzah tak makan pagi . terus lunch tepat 12jam pastu korang boleh makan anything sampai 8pm pastu start puasa. Tapi jangan la bantai pizza, cake semua. still jaga la maksudnya
So kesimpulan untuk pemakanan ini , pagi tu korang consume light breakfast je tau like sandwich and coffee without sugar . Lunch macam biasa tapi amalkan guna pinggan kecik macam i cakap tadi then snack petang before dinner makan la buah .
Then dinner tu boleh makan heavy jugak macam lunch but not too heavy la okay ? Makan nasi sekali sehari je okeh !
Izzah tk suka sangat workout or bersenam. iIzzah lagi suka join any sport’sgame. But so far dalam my diet journey, i tak bersenam sangat . ikut mood, kalau rasa nak bersenam i akan buat simple workout or walk 4-5 round tasik.
Tapi kalau bersenam lagi bagus, so at least korang berjalan pun dah okay . Like every petang tu jalan dekat taman, keluar peluh gitu 😉
That’s all from me, thank you for those yang mendoakan i untuk stay istiqomah aminn ya rabb. thank you untuk kata kata yang very positive from you guys, i really love it! gonna cry for sure
Untuk yang nak start diet , i know you guys can do this !
Kalau i boleh, yang lain mesti boleh. Even diet ni takes time, berbaloi untuk diri kita sebab yang nak sihat tu kita bukan orang lain . Peduli apa orang kata pasal diri you , just be yourself
Last, diet ni takes time. Bukan sebulan terus nampak, memang 3-4 bulan . Its okay, at least berat korang turun and paling penting korang sihat. Self love ini top la before nak diet. Banyakkan sabar , memang penat tapi worth it ! Goodluck and keep it up
Terpesona melihat penampilan labuh dan sopan Ruby Che Wan iaitu adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini. Sejuk mata memandang walau tidak bermekap tebal.
Ya, dia mungkin tidak sepopular Che Ta dan adiknya, Ayu Raudhah kerana tidak melibatkan diri dalam dunia seni namun auranya tetap memikat golongan wanita yang memandangnya.
Namun apabila Rubytah atau mesra disapa Ruby mengahwini pelawak terkenal, Lan Pet Pet pada 20 Ogos 2008 secara tidak langsung setiap gerak-geri dan kelibatnya menjadi perhatian khalayak ramai.
Bagaimana pun, pasangan ini cukup menjaga privasi diri, anak-anak dan keluarga. Berkongsi kisah penghijrahan, semuanya bermula ketika dia dan suami menerima panggilan menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan Tanah Suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di Tanah Suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Sejurus pulang dari mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tempat.”
Walau tidak aktif dalam dunia senia seperti adik beradiknya yang lain, namun Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i.
Suka Rapi katakan, penampilannya yang sopan itu lah menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.