Sebelum ini pelakon Eina Azman memberitahu dirinya baru saja menjalani prosedur pembedahan biopsi di leher.

Tetapi kali ini sekali lagi mereka sekeluarga diuji apabila Eina mengesahkan dirinya, suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan dua pembantu rumah, positif COVID-19.

Bagaimanapun, Eina bersyukur dua anak mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef serta kakaknya, Wenny Azman tidak dijangkiti virus berkenaan.

“Macam nak gugur jantung apabila dapat keputusan… Ini kerana saya selalu buat ujian saringan COVID-19.

“Malah, minggu lalu saya dan suami buat ujian calitan sebelum pembedahan. Ketika itu, keputusannya negatif. Saya tak tahu macam mana dalam tempoh seminggu, saya boleh terkena (jangkitan),” katanya yang bersyukur Aubrey dan Karl serta kakaknya, Wenny, disahkan bebas daripada COVID-19.

Eina memberitahu, dia mengalami gejala demam dan batuk manakala suami demam panas dengan paras oksigen kurang baik.

“Sekarang, saya sudah mula demam panas dan batuk. Keadaan suami kurang baik sebab demam terlalu panas dan tahap oksigen turun naik.

IKLAN

“Jadi, setiap dua hari, kami kena pergi hospital bagi menjalankan pemeriksaan dan melakukan x-ray,” katanya.

Lebih menyedihkan Eina memberitahu, dia dan suami meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan semalam.

“Ya Allah, memang hilang kata-kata. Namun, saya percaya ini semua ketentuan Allah. Kami terima dengan hati yang terbuka,” katanya yang berkahwin pada 31 Ogos 2014. Eina juga memohon orang ramai mendoakan agar dia dan keluarga segera sembuh.

Sehari sebelum itu, penyanyi lagi Janji Manismu, Aishah juga turut disahkan positif.

IKLAN
Selain itu:  Bahaya Sakit Kepala Menyerang Sebelah Kiri Berterusan, Ini Petanda Migrain

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, keputusan diperoleh selepas menjalani ujian COVID-19 di sebuah hospital swasta.

“Doktor menyarankan saya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus, petang ini,” katanya kepada BH Online.

Walau bagaimanapun kedaaan penyanyi Bahtera Merdeka ini juga sudah semakin stabil selepas menerima rawatan kecemasan.

IKLAN

“Alhamdulillah, semalam selepas sampai sini (Hospital Ampang), saya terus diberi oksigen. Tadi, selepas pihak hospital mengambil bacaan oksigen, kadarnya meningkat kepada 96 peratus.

“Ini berkat doa kawan-kawan, peminat dan pengikut saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih baik sekarang. Saya boleh ketawa seperti saya ketawa mengenai ambulans yang ‘terbang’ semalam,” katanya di laman Instagram.

Artikel Berkaitan:

Doktor Jelaskan Keperluan Simpan Tangki Oksigen & Ingatkan 3 Benda Wajib Ada Di Rumah

Lepas 23 hari Ditidurkan Sebab Jangkitan Varian Delta, Isteri Pelakon Badrol Shah Akhirnya Meninggal Dunia

“Perlindungan Sehingga 96 Peratus Dijangkiti Varian Delta” – Ini Sebab KP Kesihatan Saran Pakai Face Shield

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI