Sebelum ini viral dikatakan isteri kepada pelakon kerdil, Badrol Shah, iaitu Farah Sheila Mazlan telah meninggal dunia tetapi rupanya berita itu tidak benar.
Namun pagi ini selepas 45 hari bertarung termasuk 23 hari ditidurkan akibat positif Covid-19, isterinya telah disahkan meninggal dunia.
Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur mengembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti varian Delta awal Julai lalu.
Dalam laporan Mstar Badrol berkata dia sempat membacakan dua kali shahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat penggilan video sekitar jam 8 lagi.
Pernah alami trauma dengan berita kehilangan isteri sebelum itu, dia berkata kali ini reda dengan pemergían Allahyarham. Sekarang ini (ketika artikel ditulis) pihak hospital akan menguruskan jenazah dan selewatnya dikebumikan selepas solat Zohor.
Ads
Menurutnya ketika pertama kali pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isterinya sudah meninggal dunia memang dia tidak dapat menerima kenyataan itu.
Tetapi kali ini dia serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergian Allahyarham.
Ads
Dia yang juga pelakon filem Busut Bonang barkongsi berita sedih dengan pemergian isterinya yang juga neorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat Kuala Lumpur di laman Instagramnya.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Badrol, semoga tabah menerima berita kehilangan akibat virus Covid-19.
Siapa yang tidak mengenali figura bernama Rozita Che Wan. Melihat penampilan yang kekal cantik dan langsing tidak menyangka sudah mempunyai tiga orang anak.
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelakon Kiah Pekasam ini kekal kurus dengan berat badan ideal walaupun usia melewati 40-an.
Pernah muat naik perkongsian di laman Instagramnya rahsia dia menjaga badannya dengan berat ideal.
Dia yang dikenali dengan sebagai Che Ta rupanya rajin mengamalkan minum jus buahan yang dibuat sendiri. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Ini Antara bahan yang digunakan oleh Che dalam penyediakan jus berkenaan.
– Epal hijau
– Beri hitam
– Kurma
– Delima
– Asam keping
– Sedikit air
Cara membuat:
1. Asam keping direbus bersama sedikit air
2. Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air.
3. Masukkan air rebus asam keping
4. Sambung kisar sebuah bahan hingga halus dan sedia untuk diminum.
Menurut Che Ta dalam video berkenaan, khasiat kurma memberikan tenaga manakala asam keping pula untuk membuang lemak.
Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Tambahnya lagi jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Dalam perkembangan terbaru baru baru ini,Che Ta mengakui sudah muncul dengan sebuah lagu‘jingle’ untuk sebuah produk kecantikan diwakilinya iaitu Mylea.
“Tapi janganlah salah sangka. Bukan maksud saya nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Ia bukan pun lagu komersial.
“Lagu ciptaan DJ Fuzz itu hanya untuk promosi produk berkenaan dan berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut. Malah sudah dimainkan di corong radio,” katanya yang merakamkan lagu itu sekitar sejam lebih pada 14 April lalu.
Tegas isteri kepada Zain Saidin itu lagi, dia tidak yakin dan tidak sanggup menyanyi pada mulanya.
“Saya pun tak rasa ada vokal yang meletop macam penyanyi lain. Tapi disebabkan pengasas produk itu mahu saya menyanyi. Saya cabar diri.
“Saya tak anggap ia satu projek serius. Jauh sekali nak berentap di Anugerah Juara Lagu. Walau ada yang memuji kata saya bukan tak boleh menyanyi, saya tak rasa boleh serius menyanyi pun.
“Bahkan saya cakap mesti yang puji saya boleh menyanyi itu sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong ‘sunat’,” selorohnya.
Sudah terbiasa dengan kecaman selama ini, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu tak mahu memikirkan apa kata orang apabila menjayakan projek nyanyian itu.
“Saya sudah biasa dengan segala yang negatif. Tapi itu tak pernah jadi kudis,” katanya yang baru baru ini dilantik sebagai duta platform E-Dagang, Warongku di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.
Dalam perkembangan lain, Che Ta juga teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Production.
“Sudah 11 tahun usia naskhah Kiah Pekasam yang melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.
“Insya-Allah 8 Mei ini saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran. Memang produksi nak kejar momen musim mangga harum manis di sana.
“Penggambaran filem itu akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan lebaran dijangka 13 Mei nanti. Pelakon asal juga akan berlakon termasuk suami saya,” katanya lagi.
Ditanya mengenai sambutan Ramadan, Che Ta seronok mengunjungi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa
“Macam saat melunaskan penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor, saya bersama Feroz Loy (pengarah) dan kru sempat singgah ke bazar.
“Malah saya beruntung, ada peniaga di bazar memberikan juadah mereka secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.
“Tapi kalau buka puasa, wajib makan nasi. Tekak memang nak makan nasi,” katanya lagi.
Bendi penuh khasiat dan tinggi serat. Sebab itulah ia jadi sayur pilihan mereka yang mengamalkan pemakanan sihat. Tetapi tidak dinafikan ramai yang kurang menggemarinya.
Antara sebabnya adalah kerana ada sebilangan besar yang tidak menyukai cara memasaknya kerana teksturnya yang melekit. Walaupun begitu, bendi adalah sayuran yang sedap dimakan setelah dimasak dengan sempurna.
Menurut artikel yang diterbitkan dalam netmeds dikatakan bendi penuh dengan nilai pemakanan terbaik termasuklah vitamin B, C, asid folik, kalium dan kalsium.
Disebabkan bendi rendah kalori dan tinggi serat larut dan tidak larut, sayur ini mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan.
Kehadiran kandungan serat larut dan tidak larut yang tinggi dan indeks glisemik rendah 20, menjadikan bendi sebagai pilihan sayuran yang sesuai untuk mengawal lonjakan gula darah.
Serat dalam bendi membantu menstabilkan gula darah dengan melambatkan pengosongan gula dari gastrik. Ini telah dibuktikan oleh kajian yang dilakukan selama bertahun-tahun, in vitro dan in vivo, mengesahkan bendi berpotensi menurunkan gula darah.
Bendi ternyata menjadi sayur terbaik yang dapat mencegah migrain. Nutrien utama untuk mengatasi migrain adalah untuk meningkatkan pengambilan magnesium, yang mana banyak orang menganggapnya sebagai tugas yang sukar.
Hidangan bendi sebanyak 100 gram menyediakan kira-kira 9 peratus pengambilan magnesium yang disyorkan setiap hari, menjadikannya matlamat yang lebih mudah untuk dipenuhi.
Penghidratan yang mencukupi adalah faktor lain yang membantu mencegah migrain yang mana bendi dapat membantu juga, kerana serat pembentuk lendir menahan air dan membuat anda sentiasa terhidrasi sepanjang hari.
Kekayaan serat dalam bendi faktor sangat dihargai yang meningkatkan kesihatan usus. Serat menambah sebahagian besar makanan dan membantunya bergerak lancar melalui usus. Ini meningkatkan keteraturan usus dan mengurangkan masalah gastrointestinal seperti -kembung, kekejangan, sembelit dan perut kembung
Bendi pembangkit tenaga Vitamin A dan antioksidan seperti beta karotena, xanthein, dan lutein adalah sebatian kuat yang memusnahkan radikal bebas yang bertanggungjawab terhadap penurunan dan penglihatan sel.
Pengambilan bendi secara berkala dalam diet anda dapat melindungi mata anda dari degenerasi makula dan katarak.
Menurutnya masalah ini berpunca kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa.
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalahdoktor untum pemeriksaan.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.