Ramai yang cukup terkesan dengan jumlah peningkatan kes terbaru jangkitan Covid-19.
Sehingga semalam juga menyaksikan kes lebih 7 ribu dengan 63 kematian di seluruh negara.
Melihat keadaan ini, ramai yang mula bimbang dan dalam masa sama simpati dengan frontliner yang tidak putus-putus berusaha menjaga kita bekerja tanpa henti bagi mengekang pandemik ini.
Namun ada juga antara kita yang masih tidak ada kesedaran dengan melanggar SOP telah ditetapkan seperti balik kampung menyambut raya senyap-senyap dan tidak memakai topeng muka serta melakukan penjarakan fizikal kala berada di tempat awam.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sepucuk surat dari doktor barisan hadapan yang ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Surat dikongsi ini amat menyentuh hati kerana mengingatkan orang ramai betapa pengorbanan yang dihadapi sebagai frontliner dalam melawak wabak ini.
Jadi beliau meminta kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama membina pertahanan demi kebaikan semua orang.
Malah menjadi tanggungjawab kita rakyat Malaysia untuk mencegah dan mengendalikan wabak ini bersama-sama.
Dan pesannya yang perlu kita ingat, jangan keluar rumah sesuka hati tanpa ada urusan.
Katanya lagi itu adalah pengorbanan yang tidak seberapa tetapi sangat bermakna untuk mereka frontliner semua.
Kredit Foto: FB KKM
24/5/2021– Surat dari Doktor Barisan Depan yang Ditujukan Kepada Seluruh Masyarakat Malaysia —Jangan Keluar Rumah
“Saya adalah seorang doktorbarisan depan melawan wabak Corona. Sejak timbulnya wabak, kami semua tenaga perubatan menghadapinya ibarat peperangan tanpa asap senapang, dan tanpa ragu kami bekerjasama ke dalam medan perang pertahanan melawan wabak.
Kami menganggap diri kami adalah parajurit, yang berkewajiban maju ke depan, dengan darah dan daging melawan wabak penyakit, merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.
Namun sebenarnya kami juga hanyalah manusia dan bukan malaikat.
Ads
Di kawasan quarantin penyakit yang paling berbahaya, pakaian pelindung yang kami pakai harus betul-betul sangat tebal dan ketat, dengan demikian baru dapat menjamin keselamatan hidup kami:
– Mask harus pakai 2 lapis,
– Pembungkus kasut (shoe cover) pakai 2 lapis,
– Sarung tangan pakai 5 lapis,
– Di bahagian luar kaca mata pelindung masih harus pasang mask pelindung.
– Setiap 5 jam sebagai 1 shift. Setelah memakai pakaian pelindung, kami tidak blh makan, minum atau ke toilet.
Dengan mengenakan pakaian pelindung yang rapat tidak tembus udara dan kaca mata pelindung, seluruh pasukan bekerja keras dalam perjuangan, semua orang merasakan gerakan fizikal yang amat terbatas.
Ketika kami melepaskan pakaian pelindung, pakaian di dalam kami basah kuyub seluruhnya. Pada muka kami juga timbul garis-garis cengkaman bekas kaca mata pelindung.
Ada doktor yang sudah teramat lemah, badannya sudah hampir tenat, setelah masuk bilik istirehat dan minum seteguk air, kena kembali masuk ke kawasan quarantin untuk terus bekerja.
Ada juga doktor yang jari tangannya terluka, setelah dibungkus rapat dengan pelindung plastik kembali ke tempat berjuang di barisan depan.
Ads
Kami juga punya orang tua, kami juga punya anak dan keluarga.
Kami tidak memikirkan keselamatan diri kami, tidak memikirkan apakah diri sendiri hidup atau mati, demi merebut nyawa manusia dari malaikat maut, semuanya adalah agar dapat memenangkan peperangan Corona ini.
Supaya keluarga kita, dan saudara semua dapat melepaskan mask dan menikmati udara segar!
Kawan kawan semua, mohon kalian bekerja sama dengan negara, bekerjasama dengan kami, dengan ada kesedaran sendiri untuk terus mengasingkan diri, jangan keluar rumah dan lakukanlah pembatasan diri… yang tentu tidak menyenangkan, bolehkah?
Sehingga kita dapat seiras terhadap pengorbanan para tenaga perubatan.
Jangan sia-siakan air mata kami.
Kredit Foto: FB KKM
Kamu fikir keluar rumah sebentar tidak masalah, dia juga fikir keluar rumah sebentar tidak masalah. Esok semua orang akan keluar rumah semua, maka peperangan Corona ini akan mengalami kemunduran ke belakang lagi.
Bila satu orang, dua orang, tiga orang hanya memikirkan dan mementingkan kesenangan diri sendiri, maka semua perjuangan sebelumnya dalam peperangan Corona ini akan menjadi sia-sia.
Oleh sebab itu, maka kami mohon semuanya agar blh bekerja sama, untuk tidak keluar rumah!
Ads
Jagalah fikiran dan perasaan dengan baik.
Rumah yang menurut kalian adalah tempat yang membosankan, bagi kami para tenaga perubatan dan petugas yang berjuang di barisan depan melawan wabak, adalah tempat yang kami ingin balik pun tidak blh balik
Masa yang mencabar ini apakah dapat segera bertindak, tidak hanya tergantung pada para tenaga perubatan melainkan juga MELIBATKAN KERJASAMA kita setiap orang.
Asalkan kita semua tidak keluar rumah, maka kita blh memusnahkan wabak ini!
Mencegah dan mengendalikan wabak adalah tanggung jawab setiap orang! Tolong gunakan waktu sekejap untuk viral ke semua grup anda.
Saat ini virus sedang mengamuk, semua petugas perubatan di barisan depan berusaha mencegah dan have had mengendalikan wabak, dengan mendahulukan keselamatan orang banyak di atas keselamatan mereka sendiri, maju terus di tengah kesulitan dalam melawan virus.
Terima kasih mereka telah membina pertahanan untuk kebaikan semua orang. Kenapa tidak kita lakukan sesuatu untuk menurunkan beban mereka di hospital? PLEASE… SEBARKAN KEPRIHATINAN ANDA DAN MINTA KAWAN SEMUA JANGAN KELUAR RUMAH SESUKA HATI. Itu pengorbanan yg tidak seberapa tapi sangat bermakna untuk kami.
Anda ada beberapa grup, bagikanlah ke semua grup tersebut. Supaya semua rakan tahu, hati semua orang bersama mereka, bersama-sama mendukung perjuangan mereka.
Selain batuk, demam, ada kalanya seseorang itu kerap diserang sakit tekak. Jika mengalami masalah ini pasti akan menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian berkenaan.
Apa penyebab sebenar mengalami sakit tekak dan cara terbaik bagi mengelak masalah menjadi lebih serius.
Menurutnya juga kebanyakan sakit tekak ini bukan saja berpunca daripada jangkitan virus tetapi juga disebabkan oleh bakteria.
1. Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit, dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh mengganggu keselesaan.
2. Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.
3. Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.
4. Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas(analgesia), ada yang berangin(menthol), dan sebagainya.
5. Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.
6. Boleh makan ubat demam (paracetamol/panadol) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika sakit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.
7. Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpunca dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bakteria. Jika doktor dapati ia disebabkan bakteria, doktor akan beri antibiotik.
Tidak dinafikan rambut merupakan mahkota kecantikan seorang wanita. Jadi perlulah dijaga sebaiknya tidak kiralah sama seseorang itu berhijab atau tidak.
Rupanya bukan saja wajah yang perlukan penjagaan double cleansing, tetapi juga rambut.
Ada cara tertentu untuk melakukannya dan sangat bagus dibuat untuk mereka yang ada masalah rambut gugur, kulit kepala berminyak ataupun rambut kering.
Setiap satu daripadanya berbeza-beza teknik dan cara digunakan. Perkongsian gadis di twitter menggunakan nama akaun @amaninanisa memberitahu cara terbaik untuk melakukan teknik double cleansing pada rambut mengikut jenisnya.
Bukan semua syampu sesuai untuk teknik double cleansing ini, kena ikut jenis & masalah rambut
Tujuan double cleansing ntuk bersihkan rambut dari minyak dan kekotoran minyak, habuk
Jangan risau tak banyak guna syampu
Untuk rambut normal, boleh pakai syampu sama & ini stepnya
Untuk kulit kepala berminyak pula ini caranya
Teknik sama macam normal hair dan hanya fokus pada kulit kepala
Dedah rahsia awet muda lewat 30an, Anne Ngasri rajin makan buahan untuk sumber Vitamin C. Walau sudah berusia lewat 30an, namun wajah selebriti ini kelihatan seperti gadis remaja.
Dengan senyuman manis terukir menggambarkan kehidupannya kini begitu gembira dan ceria disamping keluarga tersayang.
Ditambah dengan raut wajah Baby Face, ramai tidak percaya rupanya Anne Ngasri sudah memiliki 6 orang anak.
“Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.
“Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.
“Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” ujarnya yang mengakui menjaga 6 orang anak tanpa kehadiran pembantu rumah.
Menurutnya biarpun penat tetapi dia enjoy menguruskan keluarga kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak.
“Ramadan baru-baru ini mencabarlah juga kerana saya perlu memasak mengikut selera anak-anak sahaja.
“Namun alhamdulillah suami dan anak-anak yang sudah besar banyak membantu saya di rumah. Terawih tahun ini pun meriah sebab semua dapat solat berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.
“Saya juga kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen. Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan,” katanya yang turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu ‘AnneNgasri Exclusive’. Dia juga turut berkongsi petua sentiasa kekal fit walaupun menjaga anak ramai.
“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian.
“Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres. Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.
“Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti.
Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik,” tambahnya lagi.