Seperti kita tahu selebriti yang juga pernah dinobatkan Miss Word Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci kini berada di Sepanyol bagi menghabiskan pengajian PhD keduanya dalam bidang Artistik Produksi di University of Polytechnic di sana.
Berada di negara berkenaan dalam situasi pandemia Covid-19 ini turut memberi cabaran hebat buat beliau dalam meneruskan pengajianya.
Menurut Dr. Soo Wincci ketika dihubungi oleh Nona, Sepanyol sedang menjalani lockdown dan kes jangkitan COVID-19 di sana cecah 10 ribu kes setiap hari.
“Di bumi Sepenyol ini masih lockdown. Situasi di sini agak buruk dengan kes harian yang mencapai lima angka.
“Bila tak boleh keluar rumah, aktiviti saya di sini terbatas dan apa yang boleh saya buat adalah masak, menulis, belajar dan tulis lagu.
Ads
“Sebagai seorang yang sedang menyiapkan PhD, saya menghadapi cabaran apabila terpaksa menjalani online class. Belajar secara atas talian ini membuat kerja menjadi dua kali ganda.
“Bayangkan ketika membuat PhD pertama dulu pun memang susah, ini pula dengan cabaran situasi yang tak dijangka ini. Menyiapkan projek PhD dalam bidang muzik dan artistik bukan mudah. Perlu banyak berbincang dengan guru.
“Tambahan pula semuanya dalam bahasa Sepanyol. Namun, semua cabaran ini saya anggap hanya ujian untuk mengejar impian saya,” tutur Dr. Soo Wincci tentang cabaran PhD keduanya.
Tambah Dr. Soo Wincci, melalui situasi begini sendirian di Sepanyol kadang-kala membuatkan semangatnya ‘tergelincir’.
“Banyak kali juga saya putus asa dan balik Malaysia. Tapi saya faham setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya perlu pulihkan semangat kembali untuk habiskan pengajian ini.
“Saya terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk belajar di Berklee College of Music di Valencia kampus Sepanyol ini.
Ads
“Kolej ini merupakan impian semua ahli muzik untuk masuk belajar, tak kan saya nak berhenti separuh jalan,” ucap Dr. Soo Wincci yang dijadualkan pulang ke Malaysia bulan April nanti.
Walaupun sedang hamil tidak menghalang seseorang bakal ibu itu untuk kelihatan cantik dengan turut menjaga kecantikan wajah.
Pelbagai lambakan produk yang dijual di pasaran secara offline dan online ini menyebabkan kita boleh rambang mata dengan menawarkan pelbagai harga menarik.
Namun begitu, perlu diingatkan agar wanita yang hamil untuk jangan lupa periksa label kandungan produk digunakan.
Ini kerana dikhuatiri mengandungi bahaya dan boleh menjejaskan janin dala kandungan.
Ikuti perkongsian oleh Pakar Obsterik dan Ginekologi, Dr Muhammad Izzat yang mengingatkan ibu hamil perkara ini.
Menurutnya walaupun produk berkenaan sudah dipakai bertahun-tahun tetapi perlu periksa kandungan di dalamnya.
Wanita yang sedang hamil, jangan lupa untuk check your skincare products ingredients.
Walaupun sudah guna bertahun-tahun lamanya, ada bahan yan terkandung dalam produk, yang mungkin not safe in pregnancy.
Ada 2 bahan yang perlu AVOID penggunaannya ketika hamil.
Retinoid and its derivatives
( adik beradik dan sedara mara retinoid )
Bahan ni berasal daripada vitamin A.Produk yang ada isotretinoin ( selalu digunakan untuk rawat jerawat ) boleh sebabkan kecacatan janin.
Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sikit sahaja melalui kulit berbanding dgn produk yang dimakan —> Elakkan kedua-duanya i.e makan ataupun sapu. Ini lebih baik.
Don’t take the risk, please mothers
Prescription Retinoids ( memerlukan preskripsi Dr ) : adapalene & tretinoin – biasa guna dalam rawatan jerawat.
Non-Prescription retinoids ( tak perlu preskripsi Dr): retinol, retinaldehyde, retinyl palmitate-banyak terkandung dalam krim antipenuaan, krim cegah kedut atau krim malam.
Salicylic acid
Bahan yang mampu tembus liang-liang pori banyak terdapat dalam pencuci muka, serum, pelembab, sunscreen. Penggunaan terlampau banyak untuk tempoh jangka masa yang lama boleh sebabkan keracunan salicylate.
Tak ada kajian mengenai penggunaan salicylic in pregnancy ( so far ). Risk adalah rendah jika strength yang digunakan adalah rendah, ataupun exposure tak lama.
Bottom line : AVOID penggunaannya, unless produk itu dah tulis siap-siap, penggunaanya selamat untuk orang mengandung.
Produk yang bila pakai, nyamuk pun boleh tergelincir kalau singgah tu, elok tengok semula kandungannya.
Pernah atau tidak anda berhadapa situasi tangan sering berpeluh. Apa punca sebenar masalah ini dan bahayanya jika tidak diatasi segera.
Ikuti penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan masalah tangan berpeluh atau dikenali dengan Hyperhidrosis ini.
Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai Hyperhidrosis.
Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.
Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.
Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.
Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.
Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti:
1. Demam 2. Kanser 3. Lemah jantung 4. Masalah kerisauan (Anxiety problem) 5. Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout 6. Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi 7. Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik
Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan tapak kaki pula boleh berpunca daripada faktor keturunan.
Mereka yang mempunyai masalah berpeluh ini selalunya mengalami simptom ini bermula pada peringkat usia kanak-kanak atau remaja.
Namun, jika simptom ini berlaku pada peringkat usia dewasa atau warga emas, pemeriksaan lanjut hendaklah perlu dilakukan untuk mengenalpasti penyakit lain yang mungkin boleh membawa kepada masalah berpeluh tersebut.
Saraf sympathetic merupakan saraf yang berperanan menyediakan badan seseorang supaya berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berlawan atau berlari.
Ketika berada dalam keadaan seperti tersebut, denyutan nadi akan semakin bertambah, gula dalam darah juga bertambah dan mental akan menjadi lebih fokus. Namun, pada ketika ini juga, secara tidak langsung ia akan meransang kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh.
Oleh sebab itu, keadaan seseorang yang mengalami masalah berpeluh berlebihan akan menjadi semakin teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun ketika hendak berlawan.
Adalah amat sukar untuk merawat Hyperhidrosis secara efektif. Namun, masalah ini tidaklah sampai membawa kepada kematian. Bagi peringkat yang lebih teruk, mereka yang mengalami masalah ini akan merasa kehidupan mereka menjadi terganggu.
Berpeluh adalah sesuatu keadaan yang memalukan, boleh mengotorkan pakaian, mengganggu hubungan sosial serta menjadikan komunikasi menjadi lebih sukar.
Bagi kes yang teruk, ia mungkin akan membawa kepada masalah untuk menulis, memegang stering kereta atau berjabat tangan dengan orang lain.
Dengan kewujudan cara rawatan yang terbaru dan pelbagai jenis, pesakit berpeluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
1. Ubat sapuan
Ubat sapuan yang selalu digunakan untuk merawat masalah ini adalah ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate. Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang mempunyai masalah tersebut ketika sebelum tidur.
Sapuan tersebut hendaklah dibilas setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan berlaku iritasi (kerengsaan).
2. Iontophoresis
Rawatan ini menggunakan air yang mempunyai arus elektrik yang rendah. Ia diberikan pada keseluruhan kulit yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Rawatan ini memerlukan masa selama 30 minit pada setiap hari.
Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit tidak akan memilih rawatan seperti ini kerana ia akan mengambil masa yang lama.
3. Suntikan botox
Suntikan botox mengandungi bahan yang dinamakan sebagai toksin botulinum. Bahan ini berfungsi sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam menghasilkan peluh. Rawatan ini terbukti dalam mengurangkan masalah peluh berlebihan.
4. Pembedahan
Oleh kerana masalah berpeluh ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi saraf sympathetic, pesakit boleh mendapatkan rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut. Rawatan ini dikenali sebagai sympathectomy.
Seperti perkongsian Dr Arisman yang bercerita bagaimana seorang wanita yang mengambil suplemen ketika masih di tingkatan lima dan kemudian setelah bekerja dia meneruskan pemakanan ubatan dari jenis pil ke minuman.
Untuk dijadikan cerita, dia mengalami sakit perut hingga berguling-giling dan apabila berjumpa doktor diberathu ada dermoid cyst ovari hingga terpaksa menjalani pembedahan buang ketumbuhan berkenaan.
Usianya baru masuk 22 tahun tetapi sudah berdepan dengan ujian maha hebat akibat terlalu percara produk overclaim ini.
Justeru Dr Arisman memberi ingatan agar tidak mengambil sebarang produk overclaim kesihatan ini kerana memberi banyak kesan sampingan buruk.
Produk yang overclaim kesihatan atau saya gelar produk Sampah terlalu banyak kesan sampingan buruk.
Dan kebanyakannya jika terus menerus mengambilnya akan berakhir dengan surgeri (seperti dalam kes di bawah, memicu penghasilan cyst, tumor,) dan dialisis (kegagalan buah pinggang).
Banyak pil kurus mengandungi bahan terlarang iaitu SIBUTRAMINE. Ubat ni memang anti-obesity kerana ada appetite-suppresing effect. Ubat ini boleh memicu serangan jantung, hipertensi, strok dan aritmia.
Ada juga ubat lain yang diambil tanpa prescription drpd doktor dan ramai yang beli OTC (over the counter) ataupun penjual ubat kesuburan, iaitu ubat Clomid (clomophine citrate). Ubat ini untuk merawat kesuburan pada wanita. Tetapi ubat ini menjadi punca kenapa cyst boleh berlaku jika dos ubat berlebih.
Hati2. Ikut arahan doktor. Bukan ikut arahan penjual scammer! Badan anda tu.. bukan badan doktor. Doktor cuma mahu membantu. .
Dr. Arisman, MD. (Gambar SS dari page saya) #repost