Selain jerawat, antara masalah yang sering membelengu kaum wanita adalah dagu berlapis.

Salah satu faktor berlakunya masalah lemak bawah dagu ini apabila seseorang itu mengalami kenaikan berat badan agak berlebihan.

Namun jangan risau, ada senaman tertentu boleh dilakukan untuk menghilangkan double chin atau dagu berlipat yang boleh menganggu penampilan.

Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu atau‘chin exercise’ adalah cara yang terbaik untuk mengatasinya.

IKLAN

Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan boleh dilakukan hanya di rumah saja. Tetapi memberikan hasil yang sangat berkesan.

Senaman Mudah Hilangkan Masalah Dagu Berlapis

1. The Kiss

  1. Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling
  2. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
  3. Relaks dan tegakkan semula kepala
  4. Buat sekali lagi sehingga 15 kali

IKLAN

2. Stick It Out

  1. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
  2. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
  3. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
  4. Ulang sehingga 10 kali

3. Jaw Jut

  1. Dongakkan kepala sehingga memandang siling
  2. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
  3. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
  4. Ulang 10 kali

4. Neck Roll

  1. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
  2. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
  3. Kembalikan kepala ke sisi asal
  4. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
  5. Ulang semula dalam masa 30 saat

5. Tongue On Teeth

  1. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
  2. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
  3. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
  4. Lakukan selama satu minit
  5. Relaks dan ulang sekali lagi

6. Chin Slap

  1. Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
  2. Lakukan sehingga 30 saat

7. In And Out

  1. Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang
  2. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
  3. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
  4. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
  5. Relaks dan ulang sehingga tiga kali

8. Laying Lifts

  1. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
  2. Biarkan selama 10 saat
  3. Kembalikan kepala pada sisi asal
  4. Ulang dua kali

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Kerap Ambil 5 Sayuran Ini Untuk Elak Penyakit Darah Tinggi. Mengandungi Pelbagai Khasiat Vitamin!

Kekacang & Lobak Merah, Antara 7 Makanan Boleh Diambil Kaum Ibu Untuk Tambahkan Susu Badan

Dah Hampir 2 Tahun Hidup Dalam Pandemik, Doktor Kongsi 7 Mitos Popular Vaksin Covid-19