Kita disarankan untuk bangun lebih awal dan mulakan aktiviti dengan melakukan senaman ringan.

Hanya lakukan selama 20-30 minit ia sebenarnya dapat mencergaskan badan dan minda sebelum lakukan rutin harian lain.

Mempunyai rutin senaman yang baik terutamanya di waktu pagi mampu memberikan banyak kelebihan sama ada dari segi fizikal dan mental.

Regangan otot yang anda lakukan membuatkan tubuh lebih segar dan bersedia untuk mengharungi hari yang panjang.

Malah ia juga mampu membantu selera makan menjadi lebih baik. Berikut beberapa rutin senaman boleh anda lakukan selama 20 minit setiap pagi sama ada di rumah, gym atau pun pejabat.

JUMPING JACKS

-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.

-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.

-Ulang semula sebanyak 20 kali.

WALL SIT

-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding

IKLAN

-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.

-Ulang semula sebanyak 20 kali

ABDOMINAL CRUNCH

-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.

-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.

-Ulang semula sebanyak 15 kali

IKLAN

SQUAT

-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.

-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)

-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.

-Ulang semula sebanyak 10 kali.

HIGH KNEES RUNNING IN PLACE

-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.

IKLAN

-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.

PUSH-UP ROTATION

-Meniarap dalam posisi tekan tubi.

-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas

-Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali. 

Artikel Berkaitan:

Gemar Makan Makanan Segera & Minum Air Bergas Punca Senaman Tak Berhasil. Semak Faktor Lain!

Tak Perlu Modal Besar. Kelebihan Senaman Brisk Walk Elok Diamalkan & Baik Untuk Jantung!

Sebelum Pilih Aktiviti ‘Jump Rope’, Kenal Pasti Jenis Tali Untuk Hasil Senaman Berbeza