Kebiasaannya ramai orang yang melakukan aktiviti larian bukanlah perkara sukar. Tapi pernahkah anda sendiri berasa tercungap-cungap ketika melakukannya.

Dan pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan aktviti larian dilakukan secara rutin?

Sebenarnya antara salah satu faktor penting mendapatkan larian yang selesa, berkualiti dan lebih jauh serta pantas adalah dengan menggunakan teknik pernafasan yang betul.

Perlu ingat juga melakukan larian tidak seharusnya memberi terlalu banyak tekanan kepada kadar denyutan jantung. Anda sebenarnya disaran melakukan larian menggunakan latihan MAF.

Ikut Teknik Bernafas Dengan Betul, Baru Aktiviti Larian Lebih Seronok & Jadi Lambat ‘Pancit’      

Bernafas dengan betul ketika melakukan larian memainkan peranan penting untuk elak anda daripada sesak nafas atau terasa mengah.

Usah risau, ikuti teknik bernafas ketika melakukan larian di bawah. Ada 7 perkara paling penting yang harus anda lakukan.

IKLAN

TEKNIK BERNAFAS DENGAN BETUL

1. Gunakan teknik bernafas dengan menarik udara secara dalam, bukannya dengan nafas pendek.

2. Bernafas sampai ke perut, bukan setakat dada. Bila bernafas sampai ke perut itu maksudnya lebih banyak udara ada di dada.

3. Postur badan jangan bongkok. Ini kerana jika anda membongkok dada akan menjadi kecil. Jadi semasa berlari badan kena tegak dan sentiasa buka dada.

Ikut Teknik Bernafas Dengan Betul, Baru Aktiviti Larian Lebih Seronok & Jadi Lambat ‘Pancit’      

IKLAN

4. Bernafas dengan relaks, bukan laju-laju.

5. Bernafas sedut ikut hidung dan hembus ikut mulut.

6. Setiap 3 tapak diam bila sedut nafas, 2 tapak hembus nafas.

IKLAN

7. Kalau dah tercungap-cungap tak cukup nafas, slowkan pace dan cuba ambil nafas dengan tenang.

Ikut Teknik Bernafas Dengan Betul, Baru Aktiviti Larian Lebih Seronok & Jadi Lambat ‘Pancit’      

Artikel Berkaitan:

Betul Ke Masak Guna Air Fryer Hasilkan Bahan Kimia Punca Kanser? Dengarkan Penjelasan Pakar Kimia Ini!

“Dulu Saiz Baju XXL Kini Jadi M” – Melly Goeslaw Dedah Rahsia Jadi Kurus Tanpa Guna Produk

Selain itu:  Doktor Kongsi Tip Mudah Untuk Dapat Badan Lentik Tak Menggeleber, Otak Cerdik

“Cantik Macam Puteri Raja” – Erra Fazira Dedah Rahsia Kecantikan Engku Aleesya Hingga Dipuji Netizen

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI