Selain zumba, antara senaman lain paling popular di kalangan wanita adalah pilates. Pilates merupakan yoga versi moden yang diluaskan rutin senamannya oleh atlet bernama Joseph Pilates.
Fungsi utama senaman pilates ini adalah memfokuskan kepada proses rehabilitasi dan penguatan tubuh.
Pilates terdiri daripada pelbagai gerakan yang tertumpu pada bahagian perut, pinggul, pinggang dan peha. Kebanyakan rutin senaman pilates melibatkan gerakan ketahanan dan kekuatan otot serta fleksibiliti.
Selain bagus untuk regangan badan, pilates juga sangat membantu dari segi teknik pernafasan yang betul dan meningkatan ketajaman fikiran. Pilates juga melatih otot dari pinggang ke bawah untuk menstabilkan tubuh di samping mengurangkan sakit tulang belakang.
Tidak kira anda yang berusia 30 atau 50 tahun sekalipun, anda mampu melakukan rutin senaman pilates di gimnasium mahupun hanya dari rumah.
Ads
Bagaimana pun perlu mempelajari beberapa teknik pilates yang betul sebelum melakukan senaman berimpak rendah ini.
Terutamanya bagi mereka yang sudah berusia dan mempunyai sejarah berkaitan sakit belakang yang kronik.
4 Kelebihan Pilates Untuk Kesihatan Wanita
Melegakan Sakit Belakang
Dengan melakukan regangan otot teras, pilates dapat mengurangkan sakit di bahagian belakang badan. Selain itu, ia juga membuatkan otot menjadi lebih fleksibel dan kuat yang mampu mengawal stres dan memudahkan pergerakan tubuh badan.
Fokus & Minda Cerdas
Sama seperti yoga, pilates juga merangsang daya tahan yang baik untuk minda, tubuh badan dan pernafasan. Dikatakan rutin senaman ini banyak berkaitan pergerakan dan pernafasan yang dipercayai sangat berguna untuk meningkatkan ketajaman minda.
Ads
Turun Berat Badan
Percaya atau tidak, wanita yang mempunyai berat badan sekitar 68 kg dan baru melakukan pilates mampu membakar sehingga 251 kalori jika ia dilakukan selama sejam. Sementara bagi yang sudah berpengalaman pula berupaya membakar kalori sehingga 432. Senaman pilates boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan senam seperti tikar yoga, bola dan gelung senaman.
Perbaiki Postur Badan
Teknik pilates yang betul dapat memperbaiki postur dan keseimbangan badan. Dengan melakukan rutin senaman pilates secara berkala, ia meregang bahagian bahu seterusnya memberikan postur badan yang baik.
Walau pilates dikategorikan sebagai senaman impak rendah, setiap satu sesi mampu membuatkan anda berpeluh.
Ads
Anggaran kalori yang dibakar dalam tempoh satu jam untuk sesi pilates adalah sekitar 250 kalori. Nilai pembakaran kalori ini juga seumpama anda bermain bola tampar, berjalan atau berkebun selama satu jam.
Masih ramai yang keliru nak pakai sunscreen dulu atau terus sapu pelembab. Haa… jangan pandang remeh ya, sebab kalau silap gaya, nanti tiada kesannya dan membazir.
Sebenarnya masih ramai lagi yang khuatir step mana yang paling tepat. Sunscreen sangat bagus untuk melindungi kulit dari sinaran merbahaya matahari. Malah memberi banyak kelebihan anti-penuaan pada kulit.
Jadi rahsia untuk kulit tampak awet muda dengan mengamalkan pemakain sunscreen setiap hari.
Kenali Jenis Sunscreen
Namun timbul masalah bila ada yang tak tahu cara tepat langkah memakai sunscreen.
Pakai sunscreen kimia atau fizikal?
Kenali dahulu jenis sunscreen yang anda guna, samada ia sunscreen jenis kimia atau fizikal. Sunscreen jenis kimia menyerap kedalam kulit dan bertindak menukar UV matahari kepada heat. Sunscreen kimia juga lebih sesuai untuk semua jenis kulit dan dipakai setiap hari.
Manakala sunscreen jenis fizikal melindungi kulit dengan memantulkan sinaran UV. Ia juga kadangkala lebih dikenali sebagai sunblock berbanding sunscreen. Sunblock tidak sesuai dipakai setiap hari kerana ia mengandungi titanium oksida yang boleh memberi ketidakselesaan pada kulit. Selain itu, sunblock juga boleh meninggalkan kesan whitecast.
Pelembap Atau Sunscreen Dulu
Jadi pakai sunscreen akhir sekali?
Jawapannya bergantung pada jenis sunscreen anda. Jika anda memakai sunscreen jenis kimia, biasanya ia dipakai sebelum pelembab. Ini kerana sunscreen kimia bertindak menyerap ke dalam kulit. Manakala sunblock (suncreen fizikal) disapu pada akhir sekali kerana ia bersifat memantulkan sinaran UV.
Anda boleh menyapu sunscreen kimia atau sunblock selepas pelembab. Syaratnya, anda wajib tunggu pelembab diserap baik kedalam kulit. Ini supaya tidak berlaku campur-aduk produk membuatkan kulit rasa beban dan sensitif.
Lakukan langkah skincare anda seperti biasa, ingat akhir sekali baru sunscreen. Barulah berbaloi pakai set penjagaan wajah yang harga mahal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk yang mahu diet cara sihat, mereka ini lebih gemar mengambil buahan sebagai snek ringan.
Ini kerana buahan antara sajian yang bagus dan mempunyai baanvak khasiat serta vitamin.
Namun adakah anda tahu, buah yang dibeli itu mempunyai racun serangga atau bahan yang tetap boleh membahayakan kesihatan jika tak dicuci dengan bersih. Biasanya buah yang diimport mempunyai sisa racun serangga.
Perlu lebih berhati-hati apabila kita bersihkan buah yang datang dari luar negara. Proses import eksport bukan ambil masa yang sekejap, banyak bahan yang digunakan untuk beri ketahanan pada buah untuk berada dalam keadaan elok dengan lebih lama.
Perkongsian dari laman sosial Facebook, Dr Mazliana Mazlan memberitahu cara terbaik untuk kikis wax pada buahan bagi elak batuk atau sakit tekak.
Tip Mudah Buang Wax Pada Buahan
Renyah nak basuh apabila ada blueberry kat rumah. Nak buang sisa racun serangga satu hal.
Nak kikis wax di sekeliling buah satu hal lagi. Kalau main basuh dengan lalukan air paip je, batuk terus Zaid lepas makan. Pengajaran buat saya, untuk basuh betul-betul lepas itu.
Cara saya bersihkan blueberry atau jenis-jenis buah lain yang disaluti dengan wax. Contohnya, epal, lemon, anggur, oren dan sebagainya:
1. Rendam buah dalam larutan air garam, cuka atau baking soda. Rendam antara 10 – 15 minit, bergantung pada jenis buah.
2. Lalukan pada air paip yang bersih.
3. Gosok pada permukaan buah, dengan kain ataupun berus lembut.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Jika meninjau instagram milik Azah Aziz, pasti anda terkejut melihat penampilan pelakon ini yang semakin slim walau pun sudah memiliki tiga anak lelaki yang meningkat dewasa.
Langsung tak nampak seperti wanita berusia 51 tahun, Azah nampak awet muda dan ‘bergetah’ seperti wanita dalam lingkungan 30-an.
Mana taknya, dengan rutin dan diet dilakukannya, Azah dikatakan berjaya menurunkan berat sebanyak 15kg dalam masa lima bulan.
Banyak kan, nak tahu tak apa rutin dan dietnya yang berkesan hilangkan 15kg?
Kongsi Azah di Instagram, kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa lima bulan itu adalah disebabkan oleh displinnya dalam melakukan diet dan rutin harian yang sihat.
Untuk diet, Azah hanya menitikberatkan pemakanan sihat seperti pengambilan teh hijau setiap kali bersarapan. Manakala tengah hari pula Azah akan makan dalam kuantiti yang sedikit, melebihkan protein dan sayur serta mengurangkan karbo seperti nasi.
Makan Nasi Dua Sudu Sahaja
Sekadar pengetahuan kamu, untuk nasi, Azah hanya akan makan sebanyak dua sudu sahaja bagi melapik perutnya.
“Saya masih makan nasi tetapi hanya dua sudu sahaja. Orang Melayu kalau tak dapat nasi kan. Minum air banyak, tiada pencuci mulut dan air gula. Tiada pil diet dan suplemen.”
Rutin hariannya pula, Azah akan bersenam. Antara senaman yang dilakukan olehnya adalah berlari, mendaki hingga berjalan kaki untuk mendapatkan 10 ribu langkah setiap hari.
Sebelum melakukan diet dan rutin harian yang sihat, Azah memiliki berat 63kg dan berjaya mencapai sasarannya iaitu 43kg dalam masa lima bulan sahaja.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!