Tidak dinafikan ketika melakukan aktiviti senaman, pemilihan pakaian lebih penting bagi memastikan keselesaan ketika melakukan aktiviti riadah.
Sama ada lakukan senaman di luar atau berada di gym antara perkara yang penting ialah memilih pakaian yang sesuai.
Setiap orang pastinya mempunyai kecenderungan tersendiri untuk memilih pakaian yang lebih ketat atau longgar ketika melakukan senaman.
Salah satu perkara yang sering diambil ringan oleh ramai orang ialah memilih pakaian yang selesa, breathable dan memberikan sokongan yang baik. Jadi adakah pakaian lebih ketat atau longgar lebih baik untuk melakukan senaman?
Keselesaan & Elak Kecederaan
Melakukan senaman menggunakan pakaian lebih ketat memberikan sensasi tubuh badan menjadi lebih kompak dan secara tidak langsung memberikan visual bahawa anda lebih kurus. Namun jika melakukan senaman menggunakan pakaian terlalu ketat ia akan menyebabkan aktiviti senaman jadu kurang selesa.
Ads
Malah jika ia berlarutan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Perkara paling penting dalam memilih pakaian senaman yang sesuai ialah memberikan penekanan di bahagian pinggang, perut dan juga punggung.
Tidak dinadikan pakaian lebih ketat sering menjadi pilihan ramai untuk bersenam kerana ia membuatkan badan anda lebih kompak. Akan tetapi apabila ia terlalu ketat bahagian sekeliling pinggang dan punggung boleh terasa sakit dan berlakunya kecederaan serius. Ia juga boleh menjejaskan aliran darah terganggu di bahagian tersebut.
Untuk atasu masalah ini anda harus pastikan untuk memilih pakaian yang membenarkan anda melakukan pelbagai gerakan dengan selesa. Pakaian yang longgar pula memberikan keselesaan untuk bersenam. Cuma masalahnya ia tidak melekat pada badan lalu membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa.
Apa yang paling penting ilah tidak memilih pakaian terutamanya baju yang terlalu menggelebeh. Apatah lagi memakai baju yang saiz lebih besar dari saiz normal anda. Pakain extra loose dan baggy adalah BIG NO!
Ads
Pakaian Mengikut Aktiviti Senaman
Melakukan senaman berbeza dalam persekitaran yang juga berlainan menuntut anda untuk memilih pakaian sesuai. Sebagai contoh untuk melakukan larian di kawasan terbuka anda perlu elak memakai seluar yang terlalu ketat dan membataskan pergerakan.
Begitu juga untuk aktiviti yoga di mana ia merupakan senaman berimpak rendah dan lebih relaks. Jadi untuk senaman ini anda bolehlah pilih pakaian yang lebih longgar.
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau kecergasan, usah terlalu terburu-buru. Pilihlah pekaian yang sesuai kerana bukan sahaja ia memberikan keselesaan tetapi memberikan kualiti senaman yang jauh lebih baik!
Pernah mengalami kenaikan berat badan berlebihan yang tidak sesuai dengan saiz ketinggian menyebabkan wanita ini tekad untuk diet.
Memilih diet yang lebih sihat iaitu suku-suku separuh dan masih mengutamakan pengambilan nasi dalm setiap hidangan.
Bagi wanita ini Ika yang pernah mengalami berat sehingga mencecah 68.9 kg tidak putus berusaha untuk mencapai berat idaman.
Melihat pada perkongsian menu yang diambil semuanya memikat selera. Siapa kata diet tak boleh makan sedap, apa yang penting portion yang diambil.
Hampir 9 bulan mengamalkan diet, akhirnya dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 13 kg.
Tak ada apa yang senang, Kalau banyak sangat alasan bagi sampai bila-bila tak jalan
Ni pun down hari tu sebab atan bawa makan malam, mana lah kita tak terliur Support orang sekeliling penting
Banyak bagi alasan tak boleh nak diet betul-betul sebab member ajak lepak makan sedap-sedap. Senang je, pengganti gula dah ada (sweetener/stevia)
Tapi ika tak amik pun, ika terus order kak fresh oren takda gula ya
Kalau kawan makan sedap sekali sekala cheat apa salah nya. Takkan lepak hari-hari kan
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hari-hari bsing orang cakap gemuk lah apa lah tapi diri sendiri bagi alasan
Ika diet pun makan benda sedap, subway boleh, tanpa sos, cuma olive oil. Ayam masak lemak aku makan, salai lemak aku makan, sardin ika makan,
Aih semua sedap-sedap. Portion jaga ! Slow-slow. Naik turun tu benda biasa
Semoga berjaya kawan-kawan.
Ini Menu Sihat & Sedap Diambil:
#dsss disebabkan berat ika naik mendadak waktu pregnant ni ika kena buat diet suku separuh. InshaAllah boleh untuk ibu2 mengandung and baby pun dapat cukup nutrisi
3 kali makan mcm ni Malam dinner buah. Nasi nmpk mcm banyak tapi sikit je tu sbb ika lenyekkan
Jangan jeles tengok sayur kita
Tekak memang x boleh terima kimchi tapi kimchi ni tak ada gula cuma ada gram, ambil berpada2 lah kan. Yang ni sedap ika 1st time suka kimchi
Rupanya gigi taring jadi trend di Jepun, kalau di Malaysia berbeza ya. Ramai perempuan sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang tersusun dan cantik.
Kalau nak tahu, perempuan di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring.
Gigi Taring Jadi Trend, Gadis Jepun Sanggup Berhabis Duit Untuk Pasang
Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal. Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).
Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.
Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.
Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya tanpa kita sedar negara sekarang ini sedang dilanda gelombang ketiga penularan virus Covid-19.
Semakin hari kes baru meningkat dan angkanya masih empat angka. Malah setiap hari juga ada kematian baru dicatatkan.
Bagi yang disahpan positif akan segera mendapat rawatan di pusat kuarantin. Walaupun ada yang dijangkiti tidak mendapat apa-apa tanda sebelum itu.
Bagi seorang penguna laman sosial Facebook, Apit dia juga tidak menjangka dirinya adalah salah seorang pesakit yang dijangkiti virus merbahaya ini. Dia telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Maeps Serdang.
REMEDI.SEBENTAR
Cerita positif dari manusia positif
Assalamualaikum semua,
Aku tergerak hati nak cerita pasal pengalaman aku jadi pesakit Covid-19. Dari awal aku kena sampailah aku dikuarantin di Pusat Kuarantin Maeps Serdang. Sebelum aku teruskan pengalaman aku kena kuarantin itu, ini aku punya kronologi macam mana aku boleh kena Covid ini.
Kronologi kes :
Rabu 6/1/2021 – Rakan datang ke rumah ambil barang. Rakan tiada simptom
Khamis 7/1/2021 – Rakan hubungi melalui telefon menyatakan pekerja di kilang tempat dia bekerja ramai yang positif covid. Dia terus buat swab test
Jumaat 8/1/2021 – Keputusan ujian swabtest rakan menyatakan dia positive covid. Aku terus buat swabtest pada hari yang sama.
Sabtu 9/1/2021 – Aku dapat simptom sakit tekak, batuk dan panas badan. Demam di lain macam. Panas boleh cecah 39-40. Tapi simptom orang lain-lain.
Ahad 10/1/2021 – Aku contact klinik semula dan diorang inform yang hasil ujian swabtest aku positif.
Mereka minta aku untuk tunggu panggilan dari KKM untuk tindakan lanjut. Sementara menunggu, pihak KKM suruh aku kuarantin kat rumah dengan wife aku. Dalam tempoh kuarantin aku hanya perlu mengambil ubat deman, batuk dan sakit tekak.
Wife aku plak buat swabtest kat PKD area Meru ni. Utk pengetahuan semua, buat kat PKD ni free je. Cuma nak kena buat appointment la. result dlm 2-3 hari.
Dalam tempoh kuarantin kat rumah tu, aku banyak kali cuba call KKM dan PKD nak tau prosedur dan status. Tapi memang berangkat lah. Tak salahkah diorang gak sebab kes makin banyak. Dah tentu busy.
So, hari ke-4 aku kuarantin kat rumah, dapat call dari PKD Klang yang diorang suruh aku siap sedia untuk dikuarantin kat MAEPS. Allahu, tak sangka kena pegi jugak ke sana. Bayangkan nk kena tinggalkan wife yg kita tak tau status covid dia mcm mana. Aku risau sebab wife ada kanser. So takut effect lagi teruk kat dia. Allah saja yang tahu.
PKD Klang cakap dalam pukul 3 petang ambulans datang amik. Diorang just cakap nak amik je tanpa bagitau nak kena bawak apa. Adoi. Jadi aku main hentam je la bawak apa yang perlu.
Pukul 3.45 macam tu ambulans sampai. Time ni aku tak sanggup tengok muka wife sebab aku tau dia sedih. Rupanya dalam tu ada 4 orang pesakit lain jugak. So, kitorang dibawa la ke Pusat Kesihatan Bandar Botanik, Klang. Kat sini la aku rasa macam penat gila.
Kami sampai lebih kurang pukul 4.30. Kami semua tunggu proses sebelum dihantar ke MAEPS. Ada pesakit yang dihantar ke Sg. Buloh. Jadi, aku memang dihantar ke MAEPS. Bayangkan kitorang ada kat situ dari pukul 4.30 sampai pukul 9.30 malam baru bas gerak ke MAEPS. Dengan penat dan lapar lagi. Allahu.
Rasanya malam tu Klang antara paling ramai sebab ada 3 biji bas. Macam pergi rombongan Cik Kiah.
Sampai di MAEPS, aku rasa macam kat kawasan warzone. Dengan askar semua bagai. Dengan frontliner full set PPE. Macam kat dunia lain. Kita orang diasingkan. Pesakit wanita di Dewan B dan pesakit lelaki di Dewan C. Untuk warga asing ada dewan lain.
So, lebih kurang pukul 10.50 malam kita orang daftar masuk.
MACAM MANA SUASANA DALAM PUSAT KUARANTIN TU?
Okay dah daftar, tiba-tiba datang pesakit yang dah lama kuarantin jadi volunteer bantu frontliner tunjukkan katil untuk pesakit baru. Dari situ aku dah agak macam mana kuat semangat brotherhood tu.
So, aku dapat katil F45. Tingkat atas la. Katil double decker. Bawah aku pakcik yang satu bas dengan aku gak. Sebelum aku pegi lebih jauh. Aku nk share kisah hidup pakcik ni ( Ada dalam gambar).
Dia baru kehilangan isteri dia akibat covid 19 ni. Sayu cerita dia. Waktu sama2 kena kuarantin, isterinya dikebumikan. Tak dapat nak lihat jenazah isteri dia. Tapi pakcik ini kuat dan tabah. Tapi dalam hati kita tak tau. Dari haritu, aku jadi lebih positif.
Dia selalu senyum, gembirakan orang lain, tolong orang dalam pusat kuarantin ni. Walhal baru saja kehilangan isteri tercinta. Aku banyak kongsi cerita dengan pakcik ni. Semoga pakcik Jamalulail sentiada dirahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik.
Okay kita teruskan cerita. Dalam Hall C ni boleh muat dalm 1200 orang pesakit dalam satu masa. Ada lebih kurang 6 toilet. Dalam 1 toilet tu ada lagi 3-5 bilik mandi. So, bertapa la aku dalam tu selama 4 hari.
Sebab apa 4 hari. Bukan 10 hari? Sebabnya dia akan kira dari hari kita buat swabtest. Aku dah kat rumah 6h hari. Campur 4 hari kat MAEPS ni jadilah 10 hari. Makan kat sini 3 kali sehari. Kalau lapar tengah malam pandai la cari makan sendiri. Kalau stay sini kena rajin berjalan dan berkawan. Kalau tak memang icang la dalam tu. Bila bersembang, boleh tukar-tukar pengalaman dan kisah hidup.
Setiap orang ada kisah hidup dia. Yang viral kat socmed pasal tiktok kat dalam tempat ni. Aku tengok dari sisi positif. Kat sini tak ada sikap kau kau, aku aku. Semua saling tolong menolong. Waktu makan, pesakit akan bantu frontliner agihkan makanan.
Charge telefon kongsi-kongsi. Tolong bersihkan kawasan tempat tidur walaupun bukan tempat tidur sendiri. Berkongsi makanan minuman. Frontliners pun layan baik. Sangat membantu.
Satu suasana baru. Bila ada pesakit baru masuk pintu akan buka n semua akan sorak. Itu memang rutin kat situ. Paling best dapat solat Jumaat sama-sama dalam tempat kuarantin tu. Solat jemaah, baca Yasin dan lain lain. Main games. Macam-macam aktviti.
Korang kalau masuk sini duduk saja memang penat la. Aku habiskan masa dengan shoot moment2 dalam tu. Tapi guna phone je la. Kat dalam ini memang nak kita rest je. Sapa minta ubat kena extend lagi 2-3 hari
Sapa yang discharge nurse akan pasang lagu yang menggembirakan macam lagi Didi n friends , Balik Kampung. Sapa yang kena kuarantin lagi nurse akan pasang lagu tak dapat balik raya. Haha. Layan.
So keperluan yang korang kena bawa bila kuarantin sini
1. Pakaian ( jangan banyak sebab korang boleh pakai baju hospital orang bersalin tu ) x nak pakai pun xpe.
2. Kelengkapan diri ( toiletteries ) towel
3. Bantal extra sebab bantal dia tak selesa sangat.
4. Selimut ( Baju sejuk ) Penting wey. Sejuk dia bukan buat main. Tambah2 dok katil atas. Jangan lupa stokin gak
5. Makanan/Minuman ( megi, gula2, 3 in 1). Malam lapar. Jangan mimpi nak order food panda ke grab ke.
6. Ubat-ubatan ( Panadol, Ubat demam, batuk, sakit tekak, cirit birit, minyak angin )
7. Vitamin C ( Kalau bleh yang 1000mg tu)
Kat MAEPS ni ada 3 negeri KL, Selangor dan Melaka berkumpul kat sini. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk aku kenang. Banyak perkara yang akan aku rindu bila kat sini. Kita ambil yang positif. Okay ada info yang aku nak share. Ni aku dengar doktor explain la waktu aku dalam tempat kuarantin tu.
1. Sekiranya pesakit positif covid dah selesai menjalankan kuarantin selama 10 hari, maka dia tidak akan menjangkiti orang lain apabila dia dah discharge. Sebabnya virus tersebut sudah tidak aktif dan terperangkap dalam badan si pesakit untuk tempoh beberapa bulan. Bergantung.
2. Tetapi, pesakit masih boleh dijangkiti oleh orang lain juga yang masih aktif positif covid.
3. Jadi, ikutlah SOP, kita jaga kita. Covid batch ni lain macam sikit sebab ada yang tak menunjukkan simptom tapi positif.
4. Amalkan cara hidup sihat, makan makanan yang seimbang. Banyak makan buah dan sayur-sayuran.
5. Sentiasa amik Vitamin C. Habbatus Sauda pun elok juga ambik. Air suam kena rajin minum.
6. Aku cadangkan korang pegi la buat swabtest. Kalau swasta mahal buatlah kat gomen. FREE.
Alhamdulillah 18/1/2021 aku dah discharge. Pengalaman buat aku. Sekarang ni bukan masa untuk salahkan sesiapa. Diorang pun tak mintak dijangkiti dan menjangkiti. Stay safe korang. Doa banyak2.
Terima kasih Allah SWT untuk peluang nikmat sihat.
Terima kasih isteri, terima kasih keluarga, terima sahabat-sahabat, terima kasih semua yang mendoakan. Semoga Allah juga melimpahkan rahmat dan kesihatan yang baik ke atas kalian semua.