Apabila usia sudah mencecah angka 40-an, kita memang sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan.

Kalau boleh berat badan janganlah terlalu berlebihan dan caranya adalah dengan menjaga pemakanan yang betul.

Tiada masalah sebenarnya untuk menurunkan berat badan berlebihan, jika seseorang itu berdisiplin mengamalkan diet yang betul.

Artikel Lain: Jurulatih Kecergasan Dedah Punca Berat Badan Naik Ketika Ramadan, Terutama Waku Berbuka & Sahur

Bagi Azura Hamid, dia memulakan perjalanan dietnya ketika PKP 1.0 setahun lalu. Menurutnya genap 6 bulan latihan bersama Coach, dia berjaya menurunkan berat 20 KG.

Dan selepas itu dia mencuba diet sendiri tanpa pemantauan dan hasilnya berat badan masih lagi maintain.

Berkongsi laman sosial melalui grup Diet Suku-Suku Separuh (DSSS), Azura memberitahu caranya untuk kekal dengan berat badan sebelumnya.

Wanita Ini Kongsi Tip Diet Kembali Langsing, Lepas Setahun Sering Alami Masalah Kesihatan

IKLAN

Cara Nak Maintain Berat Badan Sebelumnya

Semalam (12.3.2021) genap setahun mengamalkan diet cara sihat..alhamdulillah

Masih lagi di fasa maintain.. dalam setahun ni kadang berat naik dan turun.. area 57 kg – 60 kg.. kalau naik sampai 60 kg, cepat-cepat on track balik sebelum terus masuk ke lautan dalam..kalau nanti²..cepat je kot dia cecah 70kg…sebab tu fasa maintain ni lagi mencabar dari fasa nak turunkan.

Pernah orang tanya kenapa beria-ria nak turunkan berat badan..??? makan kena ikut portion.. kena dsss.. itu tak boleh makan ..ini tak nak makan.. aishh.. ruginye…..makan la selagi boleh makan.. dah sakit nanti dah tak dapat makan..sayangnya kat lemak² yang terkumpul… 

Wanita Ini Kongsi Tip Diet Kembali Langsing, Lepas Setahun Sering Alami Masalah Kesihatan

IKLAN

Ikut la pendapat dan cara pemakanan masing-masing… Sedaya upaya kita tak mau lagi berat macam zaman lampau.. sebab dulu selalu sakit kaki.. cepat penat.. cepat mengantuk.. sakit kepala.. tak best rasanye macam tu.. badan rasa tak cergas

Okey gais…sebelum ni kita pernah share kat group ni fasa kita turun kan berat badan.. sekarang kita nak share pulak macam mana kita buat untuk fasa maintain

– Setiap hari mulakan sarapan pagi dengan kalori rendah..contoh ambil rotiwm/telur/susu/buah/oat 
– Lunch Cara dsss.. tetap makan nasi
– Dinner sebelum maghrib. kalau time lunch dah amik nasi..time dinner skip nasi.. ganti dengan makanan lain..contoh.. sup sayur.. ratah lauk² je/makan ikan/ayam grill je + sayur/salad
– Snacking.. amik sebiji buah epal ke atau biskut hi fiber 2 keping..cukup dah
– Minum air kosong 8 gelas sehari
– Workout seminggu kita buat 3 kali je..ride/joging/aerobik/tabata/skipping
– Sabtu ngan ahad kita cheatday…

Artikel Lain: Berjaya Langsing Lepas 6 Bulan. Wanita Ini Dedah Rahsianya ‘Cut Sugar’ & Konsisten Berlari!

IKLAN
Selain itu:  Bertahun Cuba Rawatan IUI & IVF Untuk Dapat Zuriat. Akhirnya Mizz Nina & Noh Ambil Anak Angkat!

Wanita Ini Kongsi Tip Diet Kembali Langsing, Lepas Setahun Sering Alami Masalah Kesihatan

Itulah cara kita sekarang untuk kekal maintain…kalau korang ada cara lain silalah guna.. kita just share je tau…

Doakan kita terus istiqomah ye.. kita doakan pada yang nak turunkan berat badan teruskan dan jangan putus asa…

U can do it
​​​​​​​#anniversary1st
#hikmah_pkp_vol1 #tanpaubatkurus #dikala_41

Wanita Ini Kongsi Tip Diet Kembali Langsing, Lepas Setahun Sering Alami Masalah Kesihatan

Artikel Berkaitan: Konsisten Buat Diet ‘Eat Clean’ & Suku-Suku Separuh, Hasilnya Gadis Ini Dapat Berat Idaman

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI