Setelah selesai fasa pertama tempahan vaksin AstraZeneca bulan lalu dan ternyata mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Esok sekali lagi tempahan vaksin AstraZeneca dibuka bagi individu berumur 60 tahun ke bawah bermula jam 12 tengah hari.

Perkara ini dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui  Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

“Untuk kemudahan AZ pusingan kedua di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri, Sarawak akan dibuka kepada orang ramai di bawah usia 60 tahun pada jam 12 tengah hari, Rabu, 26 Mei,” ujar Khairy Jamaluddin dalam ciapan di twitter JKJAV.

‘Walk-In’ Tak Dibenarkan. Esok  Slot Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka Untuk Usia 60 Tahun Ke Bawah!

IKLAN

Berdasarkan data di laman JKJAV, seramai 10,850,160 individu sudah mendaftar manakala 1,662,273 sudah divaksinasi setakat ini.

Permohonan untuk slot ini boleh dibuat di laman rasmi JKJAV di sini.

Jadi kepada orang ramai, rebut sègera peluang keemasan ini untuk mengisi slot yang ditawarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus Covid-19 ini.

IKLAN

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya sudah dapat tempahan dan slot temujanji nanti.

‘Walk-In’ Tak Dibenarkan. Esok  Slot Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka Untuk Usia 60 Tahun Ke Bawah!

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Rupanya Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka Yang Tular Palsu & Ini Perlu Dibuat Jika Berjanji Temu

Pemberian Vaksin AstraZeneca Bermula Hari Ini, KKM Ingatkan Penerima Jangan Lupa Bawa Mykad

Dalam Tempoh 3 Jam Je, Vaksin Slot AstraZeneca Habis Ditempah Warga Lembah Klang

Selain itu:  Penggemar Kopi Elak Minum Jenis Ini. Boleh Sebabkan Jantung Berhenti & Komplikasi Lain!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI