Ramai yang telah kehilangan orang tersayang akibat virus Covid-19 ini. Malah setiap hari kes kematian juga semakin bertambah bilangannya.

Ternyata virus ini tidak mengira siapa mangsanya, mungkin insan yang paling rapat dan kita sayang.

Seperti perkongsian video seorang doktor, Dr Sakinah Kamarul Bahrin yang mana telah kehilangan ayah tersayang disebabkan virus Covid-19.

Melalui video berkenaan, melihat Dr Sakinah yang lengkap berpakaian sut PPE sempât  mewudukkan ayahnya, IR Kamarul Baharin Mohamad yang juga Pengarah Unit Mekanikal & Elektrik di Jurutera Perunding Zaaba Sdn Bhd sebelum ditolak masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Siapa sangka itulah permintaan terakhir si ayah (untuk berwuduk) apabila diberitakan pesakit telah meninggal dunia selepas berjuang melawan wabak ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Wudu’ before he went to ICU.

Minutes before he was pushed down to ICU.

He asked me to help him with his Wudu’.

At the end of the video he said.

Please make Doa for Abah/ Atok ya.

I have been called to sign all the necessary consents.

IKLAN

Dalam video berkenaan, menunjukkan permintaan ayahnya beberapa minit sebelum ditempatkan ke ICU yang dilihat agak lemah kerana kesukaran bernafas.

Ternyata perkongsian video yang ditonton sejuta ini menyentuh hati ramai orang dan masing-masing tidak putus memberi kata-kata semangat untuk mereka sekeluarga kembali sembuh selepas ibunya serta enam lagi adik beradik lain turut diuji positif Covid-19.

Menerusi posting itu juga, Dr Sakinah memberitahu penderitaan abahnya berakhir dengan baik.

Malah Dr Sakinah memaklumkan bahawa arwah sempat berpuasa penuh di bulan Ramadan dan masalah kesihatan hanya dikesan pada penghujung Ramadan lalu.

Selain itu:  Pakar Jelaskan Ibu Dijangkiti Virus Covid-19 Tak Vaksin, Berisiko Lahirkan Baby Bermasalah

Flooded with wassap, DMS, phone calls, ig mentions.

Allah, ramainya sayang abah.

Alhamdulillah , thank you Allah.

IKLAN

Thank you semua yang take the time n effort to reach out to me.

Im ok insyaaAllah.

I know he balik dengan ringan.
Abah sempat full ramadhan, hujung2 ramadhan abah dah start sakit, jadi doa abah mesti sampai.

Abah isolated since then jd insyaaAllah x ada dosa baru dengan siapa2 pun.

Sempat cakap dengan abah, abah, semua urusan abah kat dunia ni, abah jgn risau, nor take over, kami semua uruskan.

Mak, adik, aizat, jgn risau, nor jagakan, kami take over kan.

Abah, thank you sebab redha dengan nor.
Nor sorry i diagnosed u with Covid19, im sorry i sent you to the ward, im sorry i sent u to the ICU, im sorry i consent u for the chest tube, im sorry i consent u for intubation. Im sorry im the only one there.

IKLAN

Im most sorry that i was not Stern enough in reminding u about social distancing, so that u dont contracted covid from others.

Still think covid19 is not real? Tell that to the next uncle who fights so hard just so that he can BREATH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Beliau juga sempat bercakap dengan abahnya agar tidak perlu risau dengan apa yang berlaku dan segala urusan keluarga akan diambil sepenuh olehnya.

Dr Sakinah turut menambah beliau juga sempat memohon maaf kepada abahnya kerana membuat keputusan menghantar insan tersayang ini ke ICU.

Sebelum mengakhiri postingnya, Dr Sakinah turut berpesan agar masyarakat terus mempercayai Covid-19 itu benar-benar berlaku dan mahu orang ramai terus melakukan penjarakkan fizikal supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti virus membunuh ini.

Selain itu:  Minum Campuran Bendi & Bawang Putih, Petua Mudah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Sempat Berwuduk Sebelum Masuk ICU, Rupanya Permintaan Terakhir ‘Abah’ Sebelum Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan:

“Yang Senyap-Senyap Sebabkan Angka Naik” – Frontliner Kecewa Sikap Masyarakat & Ini Pesanannya Perlu Hadam

Positif Covid-19, Nabila Huda Kongsi Vitamin & Suplemen Diambil Sepanjang 10 Hari ‘Self Quarantine’

Amal Diet Pisang, Cara Wanita Ini Turunkan Berat 42KG Hanya Dalam Tempoh 8 Bulan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI