Apakah ada bahaya jika kita menggoreng ayam goreng tetapi membalutnya dengan menggunakan kertas minyak.

Sejauh mana tahap selamat memandangkan akan ada rempah yang terlekat pada kertas minyak ini nanti selepas proses memasak.

Bagaimana pula dengan penggunaan minyak digoreng yang telah bertukar warna menjadi gelap dan likat.

Artikel Lain: Khasiat Air Rebusan Barli, Boleh Atasi Masalah Kencing Kotor & Tak Lawas

Perkongsian Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim menjelaskan mengenai perkara ini bagi mengelak keliru di kalangan pengguna.

Selamat Guna Kertas Minyak Untuk Menggoreng, Tapi Elak Pakai Semula Minyak Telah Digunakan

IKLAN

Guna Kertas Minyak Goreng Ayam

Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai penggunaan kertas untuk menggoreng ayam seperti ss dari video makanan tular di bawah.

Jawapan saya, bergantung. Ini kerana biasa saja penggunaan kertas minyak (parchment paper) untuk memasak pada suhu yang tinggi seperti menggoreng dan memanggang. Kertas minyak ini biasanya boleh tahan suhu sekitar 200 – 260 degree Celcius yang mana kurang daripada suhu menggoreng. Adapun berhati-hati dengan potensi berlakunya kebakaran kertas itu saja sekiranya terjilat api secara terus.

Cuma yang lebih merisaukan dalam ss di bawah adalah penggunaan minyak masaknya. Kelihatan minyak telah bertukar warna menjadi gelap dan likat. Ini menunjukkan minyak telah digunakan berulang kali.

Kita maklum, suhu menggoreng yang tinggi akan merosakkan struktur kimia minyak disebabkan tindak balas seperti pengoksidaan, hidrolisis dan pempolimeran. Begitu juga dengan tindak balas antara komponen masakan dan minyak itu sendiri jika minyak digunakan berulang kali. Tindak balas ini akan menghasilkan bahan kimia berbahaya yang mana boleh diserap ke dalam komponen masakan baru yang digoreng.

IKLAN

Artikel Lain: Demam, Ulser, Lepuh Di Tapak Tangan & Kaki Petanda Dijangkiti HFMD. Doktor Beritahu Langkah Pencegahan!

Selain itu:  Ramona Zamzam Masuk Hospital, Rupanya Ini Yang Berlaku Lepas Kenduri

Terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara penggunaan minyak masak menggoreng berulang kali dengan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.

Kajian juga menunjukkan yang kandungan bahan kimia peroksida dalam minyak masak gorengan meningkat 2 kali ganda dengan hasil 5 kali ulangan menggoreng. Kandungan komponen antioksida minyak masak juga masing-masing menurun kepada 2 dan 9 kali ganda untuk minyak masak sekali dan lima kali guna.

Sebenarnya tiada garis panduan khas dalam berapa kali minyak masak boleh digunakan semula. Saya secara peribadi hanya mengulang guna minyak masak sebanyak 2-3 kali saja.

IKLAN

Kajian menunjukkan tidak banyak perbezaan kandungan bahan kimia peroksida dalam minyak masak gorengan yang diguna baru sekali. Namun bergantung juga kepada jenis komponen gorengan dan suhu yang digunakan semasa memasak. Kadang saya sekali guna saja dan ganti minyak baru.

Minyak terpakai ini sebenarnya boleh diguna semula untuk keperluan harian contoh sebagai bahan penanggal pada kulit seperti kunyit, pijar, cat.., penyalut peralatan daripada berkarat, bahan pelincir peralatan, bahan api lampu lantana, pembersih, pengilat dan pelindung perabot kayu dan rotan, sabun, serta bahan api kenderaan (biodiesel).

Jadi, simpanlah minyak masak yang tidak digunakan lagi ini dalam bekas khas atau jual kepada yang mahu.

Selamat Guna Kertas Minyak Untuk Menggoreng, Tapi Elak Pakai Semula Minyak Telah Digunakan

Artikel Lain: Jangan Buang Kulit Pisang. Diy Masker, Bajet Murah Kulit Gerenti Cantik!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI