Perkongsian Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim menjelaskan mengenai perkara ini bagi mengelak keliru di kalangan pengguna.
Ads
Guna Kertas Minyak Goreng Ayam
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai penggunaan kertas untuk menggoreng ayam seperti ss dari video makanan tular di bawah.
Jawapan saya, bergantung. Ini kerana biasa saja penggunaan kertas minyak (parchment paper) untuk memasak pada suhu yang tinggi seperti menggoreng dan memanggang. Kertas minyak ini biasanya boleh tahan suhu sekitar 200 – 260 degree Celcius yang mana kurang daripada suhu menggoreng. Adapun berhati-hati dengan potensi berlakunya kebakaran kertas itu saja sekiranya terjilat api secara terus.
Cuma yang lebih merisaukan dalam ss di bawah adalah penggunaan minyak masaknya. Kelihatan minyak telah bertukar warna menjadi gelap dan likat. Ini menunjukkan minyak telah digunakan berulang kali.
Kita maklum, suhu menggoreng yang tinggi akan merosakkan struktur kimia minyak disebabkan tindak balas seperti pengoksidaan, hidrolisis dan pempolimeran. Begitu juga dengan tindak balas antara komponen masakan dan minyak itu sendiri jika minyak digunakan berulang kali. Tindak balas ini akan menghasilkan bahan kimia berbahaya yang mana boleh diserap ke dalam komponen masakan baru yang digoreng.
Terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara penggunaan minyak masak menggoreng berulang kali dengan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.
Kajian juga menunjukkan yang kandungan bahan kimia peroksida dalam minyak masak gorengan meningkat 2 kali ganda dengan hasil 5 kali ulangan menggoreng. Kandungan komponen antioksida minyak masak juga masing-masing menurun kepada 2 dan 9 kali ganda untuk minyak masak sekali dan lima kali guna.
Sebenarnya tiada garis panduan khas dalam berapa kali minyak masak boleh digunakan semula. Saya secara peribadi hanya mengulang guna minyak masak sebanyak 2-3 kali saja.
Ads
Kajian menunjukkan tidak banyak perbezaan kandungan bahan kimia peroksida dalam minyak masak gorengan yang diguna baru sekali. Namun bergantung juga kepada jenis komponen gorengan dan suhu yang digunakan semasa memasak. Kadang saya sekali guna saja dan ganti minyak baru.
Minyak terpakai ini sebenarnya boleh diguna semula untuk keperluan harian contoh sebagai bahan penanggal pada kulit seperti kunyit, pijar, cat.., penyalut peralatan daripada berkarat, bahan pelincir peralatan, bahan api lampu lantana, pembersih, pengilat dan pelindung perabot kayu dan rotan, sabun, serta bahan api kenderaan (biodiesel).
Jadi, simpanlah minyak masak yang tidak digunakan lagi ini dalam bekas khas atau jual kepada yang mahu.
Kumpulan BLACKPINK antara artis Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di negara mereka, namun juga di seluruh dunia. Tak pelik lah kalau jumlah pengikut mereka di Instagram seramai 50 juta!
Selain berbakat dalam menari dan menyanyi, ahli BLACKPINK iaitu Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie ini juga popular dengan kecantikan mereka yang tersendiri.
Jom kita selongkar apa rutin kecantikan yang mereka amalkan dalam kehidupan harian.
Cara Penjagaan Kulit Ahli Kumpulan BLACKPINK, Patutlah Cantik Dan Glowing!
1. Jisoo memiliki kulit kering jadi penjagaan kulitnya memerlukan pelembap. Namun dia juga sangat suka pakai masker untuk membantu membuang sel kulit mati yang ada pada kulit, jadi hilanglah masalah kusam.
2. Jennie pula lebih peka dengan menjaga tubuh badan serta kulit wajahnya. Dia juga suka menggunakan lulur badan. Jika ada masa terluang, Jennie juga akan menjaga pengambilan makanannya untuk memastikan berat badan yang stabil.
Selain itu Jennie juga cukup gemar menjaga bibirnya agar kelihatan lembap dan tidak menggelupas. Malah dia mempunyai 3 siri pelembap bibir yang berbeza untuk memastikan bibirnya sentiasa cantik.
3. Rose pernah bongkar rahsia penjagaan kulitnya yang mana dia sebelum ini kurang membersihkan wajahnya sampailah suatu hari kulitnya jadi kasar. Bermula dari saat itu dia kerap mencuci muka walau pun dia tidak bersolek.
Kongsinya lagi, dia cukup menjaga waktu tidur kerana kulitnya akan kelihatan glowing dan lembut jika dapat tidur yang cukup.
4. Lisa selalu berkongsi petua solekan dalam YouTube, yang mana dia lebih suka mekap nipis dan menekankan bahagian matanya dengan menggunakan eyeliner.
Dia yang mempunyai kulit kering, lebih setia dengan pelembap untuk elakkan wajahnya kusam.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita pastinya akan rasa tidak selesa jika mendapati ada serangga kecil yang masuk dalam telinga.
Mungkin akan mengalami bunyi bising atau seperti ada bendasing bergerak-gerak dalam telinga. Jika dibiarkan, bimbang akan mengakibatkan komplikasi lain pula nanti.
Jika situasi ini berlaku, apa boleh anda lakukan sebelum pergi mendapatkan rawatan di klinik.
Perkongsian Dr Ezairy M.Sallih memberitahu bagaimana caranya untuk keluarkan serangga dalam telinga.
Gambar sekadar hiasan.
Cara Mudah Buang Serangga Masuk Telinga
Doktor, telinga anak saya masuk serangga. Macam mana nak buat ni?
Pernah tak anda alami situasi seperti ini, sama ada berlaku kepada anda, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. Nak buat macam mana?
Saya beri tip dan langkah yang perlu dilakukan:
– Letakkan baby oil ke dalam telinga. Serangga akan lemas dan mati. Ada serangga yang akan segera keluar.
– Selalunya serangga akan mati dengan baby oil, telinga dah tak sakit lagi.
– Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor akan lakukan pemeriksaan.
– Doktor akan bantu keluarkan serangga sekiranya serangga masih ada dalam telinga