Selepas tular nyanyiannya dipuji juri America’s Got Talent, Putri Ariani kini semakin aktif dalam industri hiburan Indonesia.
Menerusi portal Kosmo, gadis berusia 17 tahun itu memberitahu, dia menitikberatkan soal kepentingan merawat kulit wajah berikutan sering tampil dalam televisyen dan bertemu khalayak.
Putri Ariani Mula Jaga Kulit Wajah, Tapi Buat Rawatan Di Rumah Saja
Ads
Berkongsi cara penjagaan wajah, Putri melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
Ads
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Kesihatan yang baik membolehkan anda kekal cergas dan bersemangat untuk melakukan sebarang kerja. Jalani hidup yang lebih sihat adalah satu pelaburan untuk jangka masa yang panjang.
Jadi, beberapa cara yang boleh membuatkan anda kekal sihat dan kelihatan awet muda setiap masa. Lakukan jika mahu kekal sihat hidup lebih lama.
Rasa marah hanya menimbulkan penat dan membawa kepada stress. Menurut penelitian dari Harvard Medical School, seseorang yang cepat marah boleh merosakkan organ dalam badan terutamanya paru-paru.
Pengambilan ikan mackerel, sardin dan salmon yang kaya dengan lemak omega 3 yang diambil secara panggang atau rebus dapat memperbaiki jantung anda. Hasil penelitian ahli gizi di Amerika mendapati, ikan yang dipanggang atau direbus jauh lebih baik berbanding yang digoreng atau dikeringkan.
Penelitian ahli gizi di California mendapati bahwa kafein dapat melindungi fungsi otak dan wanita yang minum tiga cawan kopi perhari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30%. Dikatakan juga, pada usia tua, mereka tidak akan mengalami hilang ingatan berbanding yang bukan minum kopi.
Menurut Dr. Marilyn Glenville, Terapi Nutrisi dari Kings College London mengatakan tanda-tanda penuaan awal boleh dilihat pada wanita yang kurang mengambil vitamin D. Vitamin D ini berfungsi dalam membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan ketahanan badan dan melindungi daripada penyakit jantung dan kanser. Contoh sumber dari vitamin D ialah sinaran matahari, salmon, tuna, udang dan suplemen minyak ikan.
Pengambilan menu harian dengan makanan segar seperti kacang pis, ikan, sayur dan buah-buahan dan ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun dari usia sebenar.
Setiap hari lakukan rutin dengan memberi sapaan atau ‘salam’ kepada kawan anda kerana ia boleh membantu melepaskan hormon endorphin (stress). Selain itu, sapaan yang diiringi dengan senyuman dapat merangsang lebih daripada 30 otot-otot muka dan mampu menghilangkan kedutan. Jadi, apalagi, senyumlah.
Gunalah diari untuk anda meluahkan segala fikiran dan perasaan yang boleh mengurangkan stress anda. Cara ini juga boleh membantu meningkatkan ketahana badan dan mengurangkan masalah penyakit seperti asma dan rheumatoid arthritis – penyakit kronik pada sendi-sendi.
Penelitian di Amerika mendapati seseorang yang duduk lebih dari enam jam setiap hari pada sofa boleh meningkatkan risiko kematian berbanding dengan seseorang yang duduk kurang dari 3 jam. Jadi, jangan duduk terlalu lama di sofa.
Seseorang yang membina hubungan sosial dengan baik dapat mengelakkan diri dari penyakit, kelihatan awet muda dan sihat. Jadi, mulalah aturkan pertemuan dengan kawan-kawan lama dan berbuallah tentang perkara yang menggembirakan.
Cuba gantikan pengambilan gandum putih kepada gandum coklat sekurangnya dua kali dalam seminggu. Ini dapat membantu mengurangkan risiko terkena diabetes tahap 2 sebanyak 16%.
Penelitian dari Harvard School of Public Health mengatakan adalah lebih baik anda menambahkan biji-bijian lain seperti barli (beras belanda) dalam menu utama anda.
Belilah sayuran dan buah-buahan yang segar. Bersihkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais agar tidak cepat rosak.
Biasanya anda melakukan senaman di gymnasium. Bagi yang berusia, tidak salah tetapi lama-kelamaan sel-sel otot berkurangan. Anda yang masih lagi muda dan tidak mahu sel-sel otot berkurangan, cubalah untuk berjalan dari luar pagar rumah sambil membawa barang perbelanjaan ke dalam rumah.
Bagi ada penggemar teh hijau dikatakan akan kelihatan lebih muda 5 tahun berbanding mereka yang minum teh hijau kurang dari satu cawan dalam sehari. Dikatakan zat catechins yang terdapat dalam teh hijau mampu memberikan kekuatan pada tubuh untuk melawan pelbagai penyakit. Untuk rasa lebih enak, masukkan hirisan lemon ke dalam teh hijau.
Gula dan garam adalah lemak jahat yang boleh menyebabkan penyumbatan arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Pastikan anda mengetahui pengambilan harian gula dan garam, sesuai dengan berat badan dan usia.
Lemak tepu: pengambilan kurang dari 1/3 jumlah pengambilan lemak harian.
Lemak trans: Mesti lebih sedikit daripada lemak tepu.
Gula biasa: Mesti kurang dari 1/3 jumlah pengambilan harian.
Walaupun belum terlalu tua tetapi banyak postur badan sudah berubah. Contohnya bongkok akibat tulang belakang. Jadi, anda perlu melakukan beberapa regangan badan seperti yang disarankan.
Buat masa ini jika diserang demam saja akan buat kita jadi risau. Bimbang terkena jangkitan virus Covid-19 kerana itu salah satu tandanya selain selesema.
Tahukah kita ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam ini dan ada antaranya yang boleh membawa maut.
Perkongsian Dr Samhan Awang memberitahu penyakit yang boleh sebabkan demam dan bawa maut dalam masa singkat, antaranya demam denggi berdarah.
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan peningkatan suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius.
Pirogen yang dirembes oleh jangkitan akan menyebabkan sistem imunasi badan menghantar signal kepada hipotalamus di otak.
Hipotalamus akan ‘reset’ suhu badan menjadi lebih tinggi dengan tujuan untuk membunuh kuman tersebut. Badan akan mula mengigil, jantung berdenyut lebih laju dan aliran darah ke tangan semakin kurang untuk menaikkan suhu badan kepada tahap baru yang telah di ‘reset’.
5 penyakit yang menyebabkan demam dan maut dalam masa yang singkat :
1. Demam denggi berdarah
Denggi akan sebabkan Platelet menjadi rendah. Pesakit akan mengalami pendarahan seperti muntah darah,batuk berdarah,berak berdarah & gusi berdarah. Jika tak dirawat dengan cepat, akan maut.
2. Keracunan makanan
Ini akan menyebabkan muntah dan cirit birit yang berterusan. Air di dalam badan akan berkurangan. Badan akan menjadi lemah. Tekanan darah akan menjadi rendah dan badan tak mampu berfungsi dengan normal.
3. Jangkitan otak
Keradangan selaput otak(meningitis) disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitis. Ia mudah dijangkiti melalui titisan rembesan salur pernafasan. Pesakit akan mengalami demam panas,sakit kepala,muntah dan sawan.
4. Jangkitan paru-paru
Jangkitan paru-paru antara disebabkan oleh Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini akan menjangkiti paru-paru dan seterusnya akan masuk kedalam darah dan menyebabkan sepsis. Pesakit akan mengalami demam yang tinggi ,batuk, selsema & kesukaran untuk bernafas.
5. Jangkitan virus
Jangkitan virus seperti influenza,SARS,Ebola dan yang terbaru coronavirus akan menyebabkan demam dan sukar untuk bernafas seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Jika mengalami demam tinggi,sukar bernafas & sawan segera dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Pelbagai cara dilakukan termasuk pengambilan sumplemen, diet makan, tetapi semuanya tidak menjadi.
Namun jika kekal berusaha dan disiplin, pastnya impian itu akan terlaksana.
Seperti perkongsian gadis ini yang berkongsi cara menurunkan berat badan tanpa perlu mengelak pengambilan nasi.
Menurut Ameera dalam perkongsiannya di laman twitternya tahun 2019, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun 2018. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.
Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.
Gadis 27 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.
Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.
Tambahnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.
Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari
“Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada November tahun lalu. Pada awalnya berat saya 83kg dan terkini berat saya turun ke 69kg,”
Untuk tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.
Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.
Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit.
Ini merupakan antara tip lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:
– Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.
– Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.
– Perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.
Jadi diingatkan bagi yang mahu turunkan berat badan cara sihat, boleh ikut tip dikongsi Ameera ini. Apa yang penting keazaman untuk kembali langsing.