Anorexia atau penyakit tak nak makan sebab takut gemuk memang wujud. Dia jenis berperang dengan perasaan sendiri dek kerana tak yakin dengan tubuhnya yang semakin melebar.
Haa… nak tahu lebih jauh tentang penyakit tak nak makan, baca perkongsian Dr. Ahmad Samhan ini.
Penyakit Tak Nak Makan Berkait Dengan Mental
“Doktor, saya perasan kebelakangan ni adik saya umur 15 tahun makin kurus.”
“Bila ajak makan, dia tolak. Kalau nak keluar, mesti berdiri lama depan cermin. Dia suka duduk sorang-sorang dalam bilik.”
Anorexia Nervosa adalah gangguan mental yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan.
Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus.
Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati 1% daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor.
90% pesakit anorexia adalah wanita dan umur permulaan dalam lingkungan 11 tahun.
Ads
APA PUNCANYA?
Faktor genetik
Risiko anoreksia meningkat di kalangan orang yang keluarga mereka mengalami penyakit yang sama, obesiti, bulimia nervosa, kemurungan, ketagihan alkohol dan ketagihan dadah.
Faktor umur
Remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri boleh mengalami penyakit ini.
Keyakinan diri yang rendah
Seseorang yang tidak menyukai diri sendiri, membenci penampilan diri atau suka menetapkan sasaran yang susah untuk dicapai bagi diri untuk merasakan baik tentang diri sendiri.
Ads
Tekanan
Tekanan fizikal, psikologi, penderaan seksual atau peristiwa tekanan (kematian seorang sahabat atau saudara, perceraian) boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan makan.
Pengaruh social media
Iklan-iklan yang dipaparkan di tv, internet dan media cetak selalunya memaparkan tip-tip bahawa badan yang kurus berkesan lebih baik dari segi penampilan dan kecantikan.
Penyakit-penyakit lain
Seperti “congenital adrenal hyperplasia” dan penyakit lupus boleh menyumbang kepada penyakit anoreksia.
Ads
CARA MENGATASINYA?
Melakukan senaman ringan ketika rasa stres.
Akui bahawa diri sendiri sedang menghadapi penyakit anoreksia.
Makan makanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Ikuti sesi kaunseling.
✅ Mengambil ubatan antidepresen, antipsikotik, dan penstabil mood seperti yang dinasihatkan oleh doktor
✅ Bersosial.
✅ Sokongan padu dari keluarga.
Jemput panjangkan sebab penyakit anorexia ini jika tidak dirawat boleh membawa maut akibat kegagalan organ.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak tahu kelebihan guna Vaselin, bukan dengan membaca sahaja, tetapi anda sendiri kena cuba sapu dan amalkan.
Antara yang selalu kita dengar tentang Vaseline atau petroleum jelly ini adalah mampu melembapkan kulit kering dan merawat masalah bibir kering.
Kelebihan Guna Vaseline, Kulit Glowing Dan Lembap
Namun sebenarnya masih banyak kegunaan Vaseline dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Ini antaranya:
1. LEGAKAN KULIT KERING, BIBIR & KELOPAK MATA
Kulit kering akan membuatkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Jadi kalau guna Vaseline, cara ini lebih berkesan dan kurang merengsakan daripada losyen. Malah boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata.
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
2. BANTU KULIT CEDERA CEPAT SEMBUH
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
3. CEGAH MELECET
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
4. RAWAT RUAM LAMPIN
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Tetapi jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum semasa setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
5. HIDRAT SEMULA KUKU
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Walaupun jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, ini tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Sebab ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak cerahkan ketiak menggunakan rawatan dari klinik kecantikan biasanya akan yang menelan kos yang tinggi.
Jadi untuk anda yang nak jimat poket, ini cara putihkan ketiak dengan memberikan hasil yang berkesan. Jom baca tip daripada Puan Arsha Armalie.
Tip Cerahkan Ketiak
Untuk mencerahkan dan memutihkan ketiak ini, konsisten dan sabar dengan proses paling penting.
Ini perkongsian tip untuk putihkan ketiak menggunakan bahan-bahan dapur sahaja, namun yang paling penting adalah hasilnya anda dapat nampak dalam masa yang cepat.
Bahan-bahan :
Kopi Kapal Api/ serbuk kopi
Ubi Kentang
Limau nipis
Madu
Kapur Sireh
Caranya:
1.Campurkan semua bahan ini sekali.
2.Kulit limau jangan dibuang kerana nanti boleh digunakan untuk gosok ketiak.
3.Ubi kentang pula anda perlu parutkan, sekali dengan kulit.
4. Selepas dah campurkan kesemua bahan tadi, boleh gosok di bahagian ketiak atau bahagian celahan lain yang gelap.
5.Biarkan sekejap kemudian barulah cuci atau mandi.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yakin bertanding ratu cantik tanpa pakai mekap, Finalis Miss England percaya ‘Natural Beauty’. Biarpun sejak usia muda sudah mengenakan solekan di wajah, tetapi bagi seorang pelajar kolej dari selatan England, Melisa Raouf memutuskan tidak mengenakan sebarang mekap di wajah untuk menyertai pertandingan ratu cantik.
Melisa yang merupakan Finalis Miss England mara ke separuh akhir pertandingan Isnin lalu selepas memilih untuk bersaing tanpa mekap.
Yakin Bertanding Ratu Cantik
Dan seterusnya akan bertanding di pusingan akhir pada Oktober untuk merebut mahkota kejuaraan Miss England. Sekali untuk pertandingan akhir nanti dia tidak akan mengenakan sebarang solekan di wajahnya.
Dan dia ada alasan tersendiri kenapa tiak akan mengenakan mekap bagi pertandingan seperti seperti itu.
Kredit Pic: CNN Kam Murali
Tanpa Pakai Mekap
“Ia amat bermakna buat saya kerana saya merasakan ramai gadis dari pelbagai peringkat umur mengenakan solek hanya kerana berasa tertekan untuk berbuat demikian.
“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, kita tidak seharusnya memaksa mereka menutup wajah aslinya dengan solekan.
“Kelemahan kita menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itulah menjadikan setiap individu unik,” katanya.
Menurut Melisa, walaupun dia mula memakai solekan pada usia muda namun memutuskan untuk mengelak tradisi itu dalam pertandingan tersebut.
Finalis Miss England
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan.
“Saya kini menerima kecantikan kulit saya sendiri dan sebab itulah memutuskan untuk bertanding tanpa mekap,” jelasnya dalam satu temubual.
Kredit Pic: CNN Kam Murali
Mei lalu, Melisa memuat naik sekeping gambar swafoto di Instagram dari pusingan ‘wajah tanpa solekan’ di pertandingan itu, dengan catatan tertera ‘dia menerima ketidaksempurnaannya’.
Percaya ‘Natural Beauty’
Sementara itu, pengarah pertandingan Miss England, Angie Beasley dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memperkenalkan pusingan ‘Bare Face Top Model’ pada 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar disunting dengan solekan tebal.
“Jadi, kami mahu melihat individu sebenar di sebalik solekan tersebut,” katanya.