Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
1. Mengurangkan risiko sakit kronik
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Ads
2. Merawat artritis
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3. Memperbaiki mood
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4. Menurunkan kadar kolestrol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5. Menguatkan tulang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Ads
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6. Merehatkan minda
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Panduan Ketika Latihan
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
Ads
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Susah betul nak dapatkan toner Jepun ini, cari di drugstore pun asyik habis! Memang laku keras nampaknya, maklumlah ramai yang review kata berkesan dan kulit nampak makin sihat.
Haa… anda tahu tak produk ‘kelahiran’ Jepun ini bukan sahaja menjadi kegemaran di sana. Malah, menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Kalau masuk ‘kedai hijau’, susah betul nak mendapatkan toner serba boleh ini. Mana-mana pergi, mesti kehabisan stok.
Kebaikan Toner Jepun Pada Kulit, Patutlah Laku Keras!
Naturie Hatomugi Skin Conditioner dirumus khas untuk menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit, seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus, dan penuaan kulit.
Lepas itu, produk ini membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata.
Apa yang best sangat, boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari.
Toner serba boleh ini juga baik untuk mengurangkan kemerahan, jerawat dan parut jerawat. Malah boleh digunakan sebagai face mist untuk menyegarkan kulit.
Sepatutnya jaga kulit dari awal muda remaja kalau nak cantik dan sihat, itu anda wajib pegang dan turunkan ilmu pada anak-anak dara.
Jangan main pakai apa yang dijual kedai pula, ambil peduli tentang bahan-bahan yang ada juga. Barulah kulit cantik tanpa cela!
Jaga Kulit Dari Awal, Flawless Skin Akan Jadi Milik Anda!
Seperti yang dikongsi oleh Puan Muna Mohammad di laman media sosial, kalau tak mula jaga kulit daripada awal, agak susah nak dapat glass flawless skin ya.
Ceritanya, “Saya pun selalu ada acne spots dan kadang kadang scars tu nak jadi pigmentation bila muka kerap sunburn.
“Kulit saya pun ada parut (tapi dalam skala kecil). Saya tutup parut dengan menggunakan lipmatte dan concelear Rimmel ni. Lipmatte, brand apa pun ok je cuma kena cari yang bewarna sedikit orange.”
Cara guna:
Letakkan lipmatte kat kawasan berparut. Biarkan seminit, baru letakkan concelear kat atas kawasan yang telah diletakkan lipmatte tadi. Guna jari untuk sapuan. Biarkan dulu wajah dalam seminit lagi sebelum sapu foundation. Cara guna foundation adalah dengan teknik dab dab, bukan seretan. Boleh guna sponge basah atau jari, atau brush. Ikut suka mana yang selesa.
“Pada umur 40 tahun, saya lebih banyak fokus kepada rutin penjagaan kulit dengan baik, pelembap dan sunscreen adalah kewajipan jika nak elakkan pigmentation baru dan nak pudarkan pigmentation sedia ada.” Tulisnya lagi.
Lengkapkan Yang Asas
Selain memudarkan parut, pelembap dan sunscreen sangat bagus untuk elakkan kedutan di wajah dan kesan kesan penuaan yang ketara.
Hah, selepas ini boleh lah mula jaga kulit wajah ya, jangan dibiar tanpa pencuci, pelembap dan sunscreen kalau nak awet muda. Biar angka banyak tetapi wajah kurang kedut!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak Dira Abu Zahar sekarang dah tak pakai mekap tebal, malah makin manis walau memilih pakaian sederhana selari dengan umurnya yang sudah masuk 39 tahun sebagai seorang ibu dan isteri.
Sebelum ini Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.
Apatah lagi selepas dia berjaya memenangi kerusi dalam PRU ke-15 lepas dan dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka.
Tak Pakai Mekap Tebal, Dira Abu Zahar Pilih Cara Bersederhana
Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim, tumpuan figura tersebut kini lebih terarah kepada masyarakat setempat.
Menerusi kemaskini dan gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan penampilan Datuk Dira yang bersederhana dan simple. Tidak mengenakan solekan tebal, dia juga cukup ceria dan ramah melayan tetamu yang hadir.
“Sebab jujurnya, if it’s not because of arts and politics, saya adalah jenis introvert, or pemalu sebenarnya. But a progressive one I guess. Ini keluarga Rim kita yang saya sayangi. Demi mu ku sanggup apa sahaja.”
Kongsinya lagi di platform Instagram, “The one thing I love about being a politician is that you’re not allowed to be in a glasshouse.
Go and meet people. Get to know with each and everyone. Talk to strangers. Be nice and kind to everybody. Keep smiling. Everyday. Every time. No matter what.”
Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.
Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.
Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 16 tahun dan Waris Iskandar, 5 tahun serta tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!