Setiap wanita pasti mahu kekal cantik terutamanya memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing.

Badan mungkin cantik atau dikategorikan kurus, tetapi kebanyakannya hampir pasti memiliki masalah sama iaitu lebihan lemak di perut, paha dan lengan.

Apabila sebut tentang senaman, ramai yang akan memberi alasan tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan melayan keluarga di rumah sedangkan jika benar-benar kuat semangat, mereka boleh mencuri masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan sedikit senaman terutama untuk mengurangkan lebihan lemak di pinggang dan belakang yang menonjol.

Lemak yang ‘terkeluar’ daripada pinggang seluar saat anda menyarung seluar jean, boleh mencacatkan penampilan dan keyakinan diri.

Akan timbul juga ketidakselesaan jika perut dijerut ketat terutama ketika duduk. Terdapat pelbagai cara praktikal yang berkesan untuk membakar lemak di bahagian pinggang dan belakang tubuh namun di samping senaman, dua perkara ini harus dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman setiap wanita.

IKLAN

 Uruskan Tekanan

Jika anda sering berasa tertekan, ada kemungkinan tekanan menyumbang kepada dorongan untuk makan lebih dan menambah simpanan lemak di perut. Ini kerana apabila tahap kortisol yang tinggi terdapat di dalam badan anda, ia boleh meningkatkan jumlah lemak viseral contohnya di perut.

Kita tidak boleh menghilangkan tekanan secara keseluruhan, tetapi cari cara atau aktiviti yang membuatkan anda relaks dan tenang.

IKLAN

Makan Secara Sihat

Makan secara sihat. Diet sama penting dengan regim senaman yang anda lakukan apabila anda mahu menyingkirkan lemak di perut, pinggang, paha dan lengan. Dan ini caranya untuk memastikan diet yang sihat.

 Hidangan Bersaiz Kecil

Ambil makanan dalam saiz hidangan sewajarnya. Jika ada banyak pilihan makanan yang ingin dinikmati, kurangkan saiz hidangan.

Kurangkan juga kuih dan kek yang kaya dengan lemak. Jika berkeras mahu makan, cukup sekadar makan satu atau dua gigit untuk memuaskan rasa teringin.

IKLAN

Lengkap Dan Seimbang

Amalkan menu pemakanan yang lengkap dan seimbang. Pastikan keperluan badan seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral dipenuhi. Banyakkan menggigit buah dan nikmati sayur agar tubuh memperoleh cukup serat.

Berhenti Makan Sebelum Kenyang

Jangan makan hingga perut benar-benar penuh sehingga menyebabkan anda malas bergerak. Sebelum makan, minum banyak air putih agar perut sedikit terisi supaya makan sekadar perlu.