Tidak dinafikan perbuatan memicit jerawat menajdi salah satu habit yang menyeronokkan.
Malah jika ada video sebegini, kita tak lepaskan peluang melihat kerana mahu tahu apa isi disebalik jerawat berkenaan.
Menurut Pakar Dermatologi, Dr Sandra Lee atau lebih dikenali sebagai Dr Pimple Popper, menonton video sedemikian ibarat menonton filem seram atau menaiki roller coaster bagi sebahagian individu.
“Saya rasa melihat video memicit jerawat serupa dengan menonton filem seram atau menaiki roller coaster. Anda mendapat rasa sangat gembiradan teruja,” katanya seperti ditulis Live Science.
Kenyataan ini turut disokong oleh Dan Kelly, seorang profesor madya bidang falsafah di Purdue University merangkap pengarang buku, “Yuck!: The Nature and Moral Significance of Disgust” (A Bradford Book, 2013).
Bezanya, ketika menaiki roller coaster berkait dengan ketakutan, video memicit jerawat memberi ruang selamat buat para penonton untuk melibatkan emosi jijik manusia.
IKLAN
Jelasnya, rasa jijik wujud untuk melindungi seseorang, tambah portal yang sama.
“Terdapat dua tujuan utama rasa jijik, satu untuk melindungi kita daripada memakan perkara yang akan meracuni kita. Apa-apa yang akan mengganggu sistem usus dan perut mungkin akan membuatkan anda jijik.”
Tujuan kedua adalah untuk melindungi kita daripada jatuh sakit. Anda boleh menganggapnya sebagai sebahagian daripada sistem imun tingkah laku,” katanya seperti dipetik Live Science.
IKLAN
“Jika anda melihat seseorang bersin dan hingus meleleh, ia adalah jijik. Salah satu alasan kenapa ia menjijikkan ialah terdapat petanda individu itu tidak sihat dan anda tidak mahu berjangkit dengannya. Jadi, anda ingin menjauhi mereka,” jelas Kelly.
Tambahnya, lelehan badan merupakan salah satu medium penyebaran penyakit, membuatkan orang lebih berhati-hati dengan bahan tersebut.
Justeru, video-video menyingkirkan jerawat dan nanah dari badan mendapat perhatian orang ramai secara semulajadi sebagai langkah berjaga-jaga.
IKLAN
Oleh itu, mereka berkongsi pula video-video tersebut kepada orang ramai di dalam komuniti sebagai langkah untuk mengekspresikan perasaan jijik berkenaan, sekaligus memaklumkan ahli komuniti terhadap kemungkinan bahaya yang wujud, ujarnya lagi.
Pernah atau tidak anda melihat mengalami sendiri masalah kecacatan pada jari kaki atau dikenali dengan nama Bunion.
Agak asing mendengarnya tetapi masalah ini juga dianggap sebagai kecacatan apabila jari kaki terkeluar.
Jika tidak diatasi masalah ini akan menjadi lebh teruk terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad dilaman sosial Facebook menjelskan apa yang dimaksudkan dengan masalah Bunion ini.
MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION)
Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol” (bunion) itu.
Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk.
Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku.
Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan:
1. Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.
2. Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk mengurangkan sakit.
3. Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan seperti berdiri untuk jangka masa yang lama.
4. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen, untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
5. Menuam pek ais beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
6. Suntikan steroid untuk merawat keradangan bursa (kantung berisi cecair yang terletak di sekeliling sendi)
7. Dalam sesetengah kes, peranti ortotik diberikan untuk membentuk bunion di peringkat permulaan.
Jika rawatan tanpa pembedahan gagal untuk melegakan kesakitan bunion dan mengganggu aktiviti harian, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang “benjolan” tulang, membetulkan perubahan struktur tulang, dan memperbaiki perubahan tisu lembut yang mungkin juga berlaku. Matlamat pembedahan adalah mengurangkan kesakitan.
Tempoh masa pemulihan bergantung pada prosedur yang dilakukan.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Tak semua suka bawa barang mekap waktu keluar berjalan tetapi kalau tetiba kena solat di luar, mesti lah rasa nak top up balik solekan bagi ‘muka siap’. Ini persediaan bagi anda yang suka jaga penampilan waktu keluar ke mana-mana.
Barang Mekap Yang Wajib Ada Dalam Beg Tangan Ketika Raya
Nak-nak pula waktu raya, opkos nak cantik 24 jam! Okay, jangan lupa untuk kekalkan solekan supaya anda rasa lebih yakin bila jumpa dengan sanak-saudara dan tetamu yang lain. Jadi barang mekap yang penting mestilah wajib ada dalam beg tangan.
Setting spray
Semburan setting spray dapat membantu hidratkan semula solekan dan kulit anda. Ini mampu mengemas semula kawasan mekap yang kering atau crack. Malah anda juga akan terasa lebih segar untuk berkunjung ke rumah seterusnya. Sekali sembur, glowing!
Blotter tissue
Siapa yang kulit cepat berminyak, memang wajib simpan satu kit blotter tissue. Minyak berlebihan diserap baik tanpa menganggu solekan. Barulah muka tak nampak berminyak teruk.
Bedak kompak
Ini cara jaga mekap supaya tahan lebih lama. Tanpa pakai pelembap atau serum, terus calit bedak kompak. Terus cantik!
Lip balm
Mungkin bibir anda akan kering, lagikan memakai lipstik matte. Jadi sapuan lip balm mampu mengembalikan kelembapan kulit.
Lip liner
Maaslah biasa, lipstik akan cepat hilang bila lepas makan. Jadi sediakan lip liner untuk menggaris semula bentuk bibir yang tersasar. Nak lagi mudah, bawa lip balm pun dah cukup, tak ada lah nampak kering bibir tu.
Maskara
Bukan paksa untuk bawa muka yang berat tetapi ini hanyalah pilihan. Cukup sekadar merapikan kembali bentuk kening. Bawa maskara yang dah kering atau hampir habis.
Jangkitan virus Covid-19 yang menyerang negara pada gelombang ketiga ini menyaksikan lebih ramai yang positif dan ada juga kehilangan insan tersayang.
Malah pihak hospital buat ini memberi keutamaan kepada pesakit Covid-19 berbanding pesakit lain terutama bagi penggunaan mesin ventilator kerana bilangan terhad.
Salah satunya perkongsian di laman twitter, @_NazriH lelaki ini memberitahu baru saja kehilangan ibu tercinta 19 Mei lalu yang telah berkorban memberi laluan kepada pesakit positif.
Menurutnya dek kerana kes yang terlau tinggi di Malaysia menyebabkan pihak hospital sudah mula memilih pesakit mana pelu diselamatkan terlebih dahulu.
Ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati sehingga di retweet lebih 30 ribu di laman twitter.
Mak aku disahkan meninggal pada 19 MEI 2021. Dan harini baru aku ada kekuatan untuk cerita
Korang tahu tak kat Malaysia sekarang pun dah start pilih pesakit mana yang mereka perlu selamatkan terlebih dahulu?
Disebabkan case covid terlampau banyak & kurang tenaga kerja,
Mak aku ada batu karang disebabkan schedule doctor semua penuh kena tunggu lebih kurang sebulan.
Lepas sebulan mak aku menahan sakit, bawak pergi Emergency doctor cakap batu karang tu dah cucuk hempedu mak aku, dah pecah keluar nanah dan kuman dah masuk ke paru-paru.
Pernafasan mak aku sangat kritikal disebabkan jangkitan kuman dalam darah & paru-paru
Doctor cakap tak boleh nak bagi machine pernafasan (ventilator) dekat mak aku macam pesakit COVID lain sebab machine tu sangat limited.
Mak aku pun tengah kritikal. Tapi disebabkan ward ICU semua dah penuh dengan pesakit COVID, machine dah tak cukup. And faktor umur mak aku yang dah berusia & faktor dalaman mak aku.
Diorang tak dapat bagi machine ventilator tu. Sebab katanya mak aku mmg dah tak ada harapan.
Doctor pun tak boleh nak lakukan procedure untuk buang nanah dalam hempedu mak aku. Disebabkan pernafasan mak aku tak berapa baik.
So diorang tunggu hari ke hari. Masuk kan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan procedure tu.
Aku tengok mak aku guna oxygen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas
Doctor cakap dia tidak dapat bantu mak aku lebih lagi sekiranya mak aku dah start nazak sebab diorang tahu trend penyakit ini dengan condition mak aku, mmg tak ada harapan.
Mak aku try fight lebih kurang 2 minggu guys. Aku cakap dengan mak aku.
“Mak kena kuat… tahan lah… sikit je lagi… pastu kita keluarkan nanah tu… Mak rindu cucu mak kan? Kalau nk jumpa, mak kena tahan sikit lagi. Mak kena kuat…”
Mak aku angguk kan kepala
Masa doctor bagi tahu dekat aku yang mak aku dah tiada harapan. Dia panggil aku jauh sikit daripada mak aku.
Lepas doctor dah explain everything dekat aku, speechless weh. aku pergi dekat mak aku yang tengah terbaring.
Aku tengok je mata mak aku masa tu.
Kau rasa aku boleh cakap apa dekat mak aku bila doctor kata
Baru je aku nak buka mulut. Air mata jatuh weh. Non stop. Tersedu aku kat situ.
Mak aku? sedikit pun tak nangis. Dia macam dah tahu. Mata dia berkelip tengok mata aku
Doctor tak boleh nak buat apa-apa. Diorang cakap diorang cuba untuk tidak ketepikan pesakit normal macam mak aku.
Again disebabkan faktor umur mak aku & condition mak aku. Dia kata peluang agak tipis even guna machine pun.
Umpama sekarang ada dua orang tengah lemas. Kau boleh selamatkan sorang je, so kau kena decide siapa yang kau boleh selamatkan.
So sekarang ini keadaan di hospital sekarang dah berada di tahap dimana diorang kena pilih pesakit mana yang nak diselamatkan dulu.
Based on my own view. Antara pesakit normal & covid. Sudah tentulah mereka utamakan pesakit covid
Kalau kes kematian banyak, report akan sampai ke KKM. Bila report kematian COVID naik mendadak, diorang akan kena soal sebab report itu semua orang tengok everyday. Orang akan Panic.
Kalau pesakit normal mcm mak aku siapa nak tengok? Yang lebih utama adalah pesakit covid. Hari-hari update akan keluar pasal covid.
Aku just nak bagi tahu yang COVID juga memberi kesan dekat pesakit-pesakit normal lain yang tengah kritikal yang juga masih memerlukan treatment.
Doctor pun tak cukup sekarang dekat hospital. Ramai dah kena transfer untuk jadi frontliner.
Untuk pesakit pesakit normal. Doctor yang nak treat diorang juga berkurang. Sehingga kena que panjang. Mak aku tak sempat nak buat treatment cepat sebab kuman dah merebak di seluruh badan.
Aku cerita kat sini aku nak bagi tahu keadaan Hospital di Malaysia sangat kritikal guys.
Bukan sahaja pesakit covid, pesakit normal seperti mak aku juga terkesan sebab COVID ini
Satu nasihat aku. Jangan tunggu jenis vaccine apa yg available. Jangan jadi anti vaccine. Apa yang ada, kita amek dulu.
Keadaan di hospital kita sangat kritikal guys. Tolong daftarkan mak ayah korang untuk ambil vaccine juga.
Aku sendiri tengok mak aku tak cukup nafas. Dan aku sendiri lihat bagaimana nafas itu terhenti. Sumpah perasaan sebak itu tak boleh nak imagine
Kat situ gak aku nangis and terus peluk mak aku yg tengah terbaring bila nafas dia terhenti. Kakak-kakak aku sampai tarik aku.
Apa pun aku bersyukur mak aku negative covid. 2 kali check result.
Sekurang-kurangnya aku dapat jadi imam solat kan mak aku. Dapat teman mak aku naik van, mandikan, sampai lah kali terakhir aku masuk kan mak aku sendiri dalam liang lahad & dapat lihat wajah mak aku tersenyum.