Kira-kira 23 tahun lalu negara digemparkan dengan kisah bagaimana seorang penderma hati, Wan Mohd Hafizam yang menjadi orang petama mendermakan sebahagian hatinya.

Biarpun tanpa pertalian darah, tetapi dia telah mendemakan hati kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika usia berusia 14 bulan.

Peristiwa ini telah mencatat sejarah negara apabila berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati pertama di Malaysia di sebuah pusat perubatan swasta pada tahun 1999.

Malah kisah ini turut mendapat liputan meluas hingga membuka mata dan kesedaran seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.

Namun setelah 23 tahun menerima hati, akhirnya hari ini Mohd Afiq Ikmal telah meningal dunia setelah dilaporan kritikal sebelum ini akibat komplikasi hati.

IKLAN

Dalam laporan Harian Metro selepas 18 hari tidak sedarkan diri, penerima hati pertama negara itu meninggal dunia subuh tadi, setelah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu.

Bagi Wan Mohd Hafizam yang juga Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam (APM), dia tergamam dan tidak keruan selepas mendapat pangilan daripada bapa Mohd Afiq Ikmal mengatakan arwah sudah tiada.

IKLAN

“Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.

“Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih,” katanya.

“Walaupun tiada pertalian darah dengannya saya turut merasai kesedihan yang dialami keluarganya sampaikan mengalir air mata kerana saya sedar sebahagian hati saya dibawa pergi bersamanya.

IKLAN

“Namun, saya reda malah bersyukur Allah memberi peluang meminjamkan hati saya selama 22 tahun kepada Afiq,” katanya yang turut memberi penghormatan terakhir mengiringi jenazah Mohd Afiq yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, sekitar pukul 6 petang tadi.

Kredit: Astro Awani

Artikel Berkaitan:

Diabetes Rupanya ‘Pembunuh Senyap’, Penyebab Penyakit Kronik Boleh Bawa Maut. Kenal Pasti Gejalanya!

Ambil 16 Jenis Makanan Ini, Boleh Kurangkan Hormon Estrogen Berlebihan. Punca Penyakit Berkaitan Peranakan Wanita