Lepas 4 Dekad, Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Bersara. Membina sebuah legasi yang cukup dikenali di kalangan pengamal media, akhirnya selepas empat dekad menerajuai syarikat, Pengasas Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November ini.

Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Hussamuddin dan Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.

Lepas 4 Dekad, Pengasas Kumpulan Karangkraf

Lepas 4 Dekad, Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Bersara
Datuk Hussamuddin Yaacub

Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.

Mereka adalah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.

Kekosongan yang ditinggalkan Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu.

Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.

Lepas 4 Dekad, Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Bersara
Datuk Muhammad Nasir Hamzah

Hussamuddin berkata, sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh.

“Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.

“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Bersara

Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.

Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).

IKLAN
Selain itu:  Makan Sebiji Pun Dah Memadai. Ini Antara 8 Khasiat Kurma Ramai Tak Tahu!

Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.

Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.

Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.

Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.

Lepas 4 Dekad, Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub Umum Bersara
Kredit: FB Khairul Fahmi Ramli

 

IKLAN

STRUKTUR ORGANISASI

KUMPULAN KARANGKRAF

Pengerusi Kumpulan

Firdaus Hussamuddin (43 tahun)

Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan, Pengurusan Risiko)

Akmal Eirfan Mohamed Fauzi (50 tahun)

GRUP MEDIA KARANGKRAF

IKLAN

Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO

Farah Hussamuddin (39 tahun)

ULTIMATE PRINT SDN BHD

Pengarah Eksekutif/CEO

Azizi Fikry (43 tahun)

GRUP BUKU KARANGKRAF

Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit

Firdaus Hussamuddin (43 tahun)

Pengarah Eksekutif/COO

Izzat Izhar Muhammad Nasir (34 tahun )

Artikel Lain: Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI