Tolak Air Manis, Minuman Bergas & Rajin Workout. Cara Pantas Yazmin Aziz Hilang 8KG Dalam Sebulan. Tidak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan walaupun untuk beberapa kilogram dalam masa sebulan.
Namun begitu tidak mustahil jika seseorang itu melakukannya dengan bersungguh-sungguh terutama berdisiplin dalam pengambilan pemakananan seimbang.
Bagi penyanyi dan pelakon Yazmin Aziz, telah berjaya menurunkan berat 8KG dalam masa sebulan sebulan.
“Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas. Hanya minum air kosong.
“Kedua, saya tak ambil sarapan. Saya hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur. Dan saya langsung tak makan nasi,” katanya.
IKLAN
Selain itu, dia juga turut melakukan workout dengan pergi ke gimnasium setiap hari untuk melakukan senaman bersesuaian.
“Akhir sekali, pergi gym atau home workout. Saya akan pastikan setiap hari pergi gym. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus,” ujarnya yang sangat mementingkan penjagaan pemakanannya untuk melenyapkan 8 kilogram.
Hidangan paling popuar jika makan di kedai adalah kailan ikan masin. Sayuran kailan yang rasanya tidak begitu pahit sangat sedap jika dimakan bersama hidangan lain.
Kailan (Brassica oleracea var alboglabra) merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat popular dari keluarga Cruciferae.
Kailan tergolong dalam beberapa banyak keluarga sawi seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Hijau dan Sawi Jepun. Sayur ini dipercayai berasal dari kawasan Mediterranean dan amat sesuai pada iklim tropika
Sayuran ini sangat tinggi dalam vitamin K, vitamin A, vitamin C, folat, mangan, dan kalsium. Ia juga merupakan sumber sayur-sayuran serat dan protein yang baik.
Nutrien utama lain dalam sayur ini termasuk vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin E, kolin, betaine, besi, magnesium, fosforus, kalium, zink, tembaga, dan selenium.
Ini antara khasiat sayuran hijau yang memang banyak kandungan vitaminnya ini.
1. Mengurangkan risiko kanser
Menurut saintis, kailan adalah sumber fitonutrien yang sangat penting bagi tubuh. Sulfur dan vitamin K yang terdapat padanya boleh memberikan kesan positif untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Sistemnya mengawal estrogen di dalam tubuh.
Ini dibuktikan oleh saintis bahawa antioksidan dan antiradang pada sayuran ini boleh membantu menyerang kanser dengan enzim pencetus di dalam tubuh. Oleh itu, banyak saintis yang mengesyorkannya sebagai salah satu sayur antikanser.
2. Mengurangkan kolesterol
Faedah kesihatan sayuran ini bukan sahaja untuk antikanser, tetapi masih terdapat banyak manfaat kesihatannya seperti yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol.
Terdapat banyak nutrien semula jadi pada sayuran ini seperti kalsium dan zink. Sayuran ini sangat baik untuk diambil oleh wanita hamil dan menyusu. Ini kerana ia dapat membantu pertumbuhan janin dalam rahim wanita dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Asid folik di dalamnya juga sangat baik untuk pertumbuhan sistem saraf.
4. Kesihatan kulit dan rambut
Kailan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A diperlukan untuk pengeluaran sebum, dan ini mengekalkan rambut lembap. Vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan mata dan membantu menjaga organ tubuh yang sihat.
5. Membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi
Nutrien lain mengenai sayuran ini adalah kalsium, yang mana lebih tinggi daripada kalsium dalam susu. Sudah tentu, ia sangat baik untuk tulang, gigi dan ia boleh mengelakkan osteoporosis. Berdasarkan itu, saintis menyarankan seseorang yang mempunyai alergi terhadap susu untuk mengambil kailan.
6. Membantu pencernaan
Kandungan serat yang terdapat pada kailan menjadikannya pilihan untuk sokongan sistem pencernaan. Penyelidikan telah menentukan bahawa sulforaphane yang dibuat dari glucosinolate dalam sayur-sayuran ini membantu mempertahankan kesihatan lapisan perut dengan hanya menghentikan pertumbuhan bakteria dan bakterium ke dinding perut.
7. Menghalang anemia
Kailan mengandungi zink yang mana ia lebih tinggi daripada daging. Seperti yang diketahui, zink merupakan gabungan penting dalam kesihatan. Sebagai contoh, ia membantu penghasilan hemoglobin dan enzim yang dapat mengurangkan risiko anemia, menghantar oksigen kepada semua bahagian tubuh, dapat menghasilkan semula sel-sel, membantu fungsi jantung, dan banyak lagi fungsi lain.
8. Membantu menjaga kesihatan mata
Terdapat vitamin A, luthein dan zeaxhantin yang boleh membantu menjaga kesihatan mata.
Walau bagaimanapun, kandungan serat tingginya boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika anda mempunyai perut sensitif. Rujuk doktor anda sebelum membuat perubahan ketara pada diet anda.
Setting spray atau semburan untuk kunci solekan sangat penting bagi anda yang nak mekap tahan lama.
Rajin atau tidak, anda mesti ada setting spray supaya mekap tidak mudah cair walaupun terkena peluh dan melekat di tudung.
Kunci Solekan Dengan Setting Spray
Jika tidak mahu solekan bercapuk, anda kena sembur bahan kecantikan ini sebelum keluar dari pintu rumah.
Semburan tetapan sesuai untuk harian berat dalam acara seperti perkahwinan atau pesta musim panas di tepi kolam.
Guna Sebelum Atau Selepas Solek?
Semburan tetapan ialah jenis cecair ber-tesktur air yang boleh digunakan untuk meningkatkan jangka hayat rupa solekan anda, mengelakkan ia daripada bercapuk dan comot.
Adakah anda menggunakan semburan tetapan sebelum atau selepas solek?
Semburan tetapan digunakan selepas solekan kerana ini boleh menutup dan mengunci bahan-bahan solek anda sehingga kering.
Untuk tip yang solekan tahan lama lebih efektif, goncangkan botol semburan tetapan sebelum merenjis ke wajah, membolehkan ia merata keseluruhan supaya tahan lama tanpa kelihatan bertompok.
Berapa Kali Kena Sembur
Anda boleh menggunakan semburan tetapan sama ada selepas memakai solekan muka penuh atau selepas setiap langkah selama tiga atau empat jam. Selepas menyembur, sebaiknya biarkan kering secara semula jadi pada muka selama beberapa minit supaya solekan anda tidak bercapuk.
Beyoncé – On ‘Til Dawn Setting Spray (RM218)
Artis solek Rokael, yang telah melakukan glam jelajah Beyoncé selama bertahun-tahun mendedahkan rahsia solekan Beyoncé kekal menawan dan tahan lama dengan menggunakan semburan On ‘Til Dawn Setting Spray.
Produk kecantikan ini telah dijual habis dan ramai idamkan solekan Beyoncé yang boleh kekal sempurna walaupun hujan dan berjam-jam menyanyi dan menari.
Semburan Rare Beauty ini menjaga kulit dari setiap fasa glam tidak kira siang ataupun malam. Merupakan produk kecantikan kegemaran pengasasnya sendiri, Selena Gomez menyukai intipati niacinamide dan sodium hyaluronate dalam botol minimalis ini, dirumus untuk mengunci kelembapan dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah dan gebu.
Kim Kardashian – Tatcha Luminous Dewy Skin Mist (RM270)
Kim Kardashian, ikon kecantikan dan influencer berpengaruh dan juru mekapnya, Mario Dedivanovic, bertanggungjawab untuk mencipta penampilan istimewanya. Semburan tetapannya ialah Tatcha Luminous Dewy Skin Mist.
Semburan mewah ini menjanjikan penghidratan dan mencerahkan kulit, memberikan cahaya yang berseri. Sesuai untuk mereka yang inginkan semburan tetapan yang mewah dan berprestasi tinggi, pasti anda akan kelihatan cantik seperti Kim Kardashian.
Namun kalau anda rasa nak jimat poket, ada juga yang murah dan berbaloi untuk dicuba. Boleh cuba cari di kedai hijau dan oren berdekatan. Yang penting fungsinya sama, kekalkan mekap tidak mudak cair dan tak bercapuk.
Menghadapi kesukaran untuk berjalan disebabkan masalah obsiti dialami membuatkan pemuda dari Bangkok Thailand ini berusaha untuk menurunkan berat badannya.
Nes Chedtragull yang sebelum ini memiliki berat 156 kg mengakui agak sukar untuk melelapkan mata selain sering terjatuh ketika berjalan.
Oleh kerana tidak mahu menjalani kehidupan itu sejak kecil lagi, dia nekad cuba menyelesaikan masalah berkenaan sehingga mengalami perubahan luar biasa dalam masa setahun bermula Ogos 2019 sehingga Julai 2020.
Menerusi perkongsian di Facebook Group ‘kecergasan badan’ pada Ahad lalu, Nes berkongsi gambar dirinya sedang berdiri di dalam sebelah kaki seluar jeans lamanya.
“Saya ingin berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dari 156 kg sehingga menjadi 75 kg dalam tempoh setahun,” tulisnya dalam group berkenaan.
Bercerita lebih lanjut, dia terpaksa berkorban ‘kenikmatan’ untuk seketika apabila tidak mengambil makanan ringan atau bergoreng, ‘jajan’ yang mempunyai kandungan gula tinggi, pencuci mulut tradisional Thailand serta teh susu.
Sebaliknya, dia bertukar pemilihan makanan kepada yang lebih berkhasiat dan bernutrisi tinggi seperti gambar sarapan pagi dikongsinya baru-baru ini.
Selain itu, Nes juga melakukan senaman dengan berjalan selama satu atau dua jam sehari selain berbasikal bagi menguatkan stamina dan kesihatan.