Terpukau melihat seri wajah bintang siri televisyen Friends, Jennifer Aniston yang memiliki kulit glowing serta rambut berkilau walaupun usia dah mencecah 54 tahun.
Dipetik dari Hello! Jennifer mempunyai rutin pagi yang sangat memberi inspirasi.
Jennifer Aniston Suka Bangun Awal Pagi Dan Minum Lemon
Setiap hari, Jennifer bangun seawal pukul 4.30 pagi, diikuti dengan secawan air lemon suam. Pencinta yoga ini turut ‘berpuasa’ selama 16 jam dengan melakukan intermittent fasting (puasa berselang seli). Jennifer selalunya akan bersarapan pada pukul 10 pagi.
Sesekali pada waktu pagi, Jennifer akan bermeditasi sehinggalah tiba waktu ‘berbuka’. Dia mengambil smoothie sihat yang dicampur dengan serbuk kolagen ketika ‘berbuka’.
Bagi Jennifer, serbuk kolagen adalah kunci bagi mengekalkan keanjalan dan penghidratan kulitnya.
MEMULAKAN HARI DENGAN KOPI & KOLAGEN
Ads
Pengambilan kolagen dikatakan mampu mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Sebab itulah Jennifer mengamalkan kolagen sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulitnya di samping banyak meminum air putih.
“Ianya mengandungi peptida kolagen. Kuku saya lebih kuat dan sihat.
“Saya sering menambah peptida kolagen daripada Vital Proteins kepada smoothie,” dedah Jennifer.
Amalkan Berpuasa Untuk Sihat
Terdahulu, Jennifer pernah tular kerana amalan ‘berpuasa’ dan resipi smoothie yang lazat.
Dia telah mempopularkan trend makan tengah hari dengan salad ikonik yang diamalkannya setiapa hari di set Friends selama 10 tahun.
Ads
Amalan-amalan lain termasuklah bermain dengan haiwan peliharaan di luar rumah, pergi ke gim, menikmati masa berkualiti bersama rakan-rakan serta mendengar muzik kegemarannya sambil berehat pada waktu malam.
Jennifer memulakan paginya dengan secawan kopi panas yang dicampur serbuk kolagen.
Sesetengah pakar berpendapat, serbuk kolagen boleh menjadi pengganti whey atau serbuk protein kacang. Namun, tidak semua serbuk kolagen adalah sama.
Pakar juga menyarankan, cari peptida kolagen atau kolagen terhidrolisis untuk manfaat kesihatan yang lebih berkesan.
Ads
Pilih Kolagen Untuk Penjagaan Rambut Dan Kuku
Jennifer turut mengambil suplemen kolagen yang menawarkan sumber protein, vitamin C dan asid hyaluronik yang sangat bagus untuk penuaan yang lebih sihat. Namun, suplemen ini sangat mahal.
Menurut pakar pemakanan di EatingWell, Victoria Seaver, seseorang itu tidak memerlukan suplemen kolagen yang mahal untuk mempunyai tulang yang kuat serta kulit, rambut dan kuku yang sihat.
Cara paling berkesan bagi meningkatkan kolagen ialah memberi tumpuan kepada makanan yang menyokong pengeluaran kolagen sihat iaitu makanan kaya asid amino prolin dan glisin, serta makanan tinggi vitamin. Contohnya daging, ikan, tenusu, kekacang, telur, gandum, serta buah-buahan sitrus.
Maka, jika anda mahu mengambil kolagen pada waktu pagi sebaiknya campurkan serbuk kolagen ke dalam smoothie atau kacau ke dalam segelas air agar lebih selamat.
Artikel yang ditulis oleh penyelidik di Texas A&M University, Brooke Russell, menyatakan kolagen tidak akan bertahan pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu badan.
Manfaat kesihatan juga berkurangan atau tiada langsung jika kolagen dicampur dengan kopi panas.
Kredit Foto: Instagram Jennifer Aniston
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak ramai yang menggemari kaki ayam walaupun sedap dimasak sup dek kerana terbit rasa geli untuk memakannya.
Namun sebenarnya bahagian kaki ayam ini mengandungi khasiat kolagen.
Seperti penyekidikan yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen.
Kolagen, seperti yang anda ketahui, adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda.
Merujuk data artikel dari Healthline, kaki ayam kaya dengan kolagen,protein, kalsium, vitaminA, folat, dan fosfor. Berikut berbagai manfaat kaki ayam yang mungkin terlepas pandang.
Ini antara khasiat kaki ayam yang ramai tak tahu
1. Mengawal berat badan
Kolagen pada kaki ayam dapat membantu menjaga massa otot dan berat badan yang sihat. Kolagen adalah protein semula jadi yang bebas karbohidrat, membantu meningkatkan tenaga dan meningkatkan metabolisme. Selain itu, kolagen juga membantu menurunkan nafsu makan dan memberi rasa kenyang lebih lama.
2. Mengurangkan keradangan
Peradangan dalam badan boleh mencetus berbagai masalah kesihatan. Jadi, kandungan gelatin pada kaki ayam juga mengandungi anti peradangan yang baik. Acid amino antiperadangan pada kaki ayam juga membantu mengurangkan keparahan keadaan kulit yang meradang seperti jerawat, psoriasis atau eksima.
3. Meningkatkan peredaran darah
Peredaran darah merupakan fungsi penting dalam tubuh kerana diperlukan untuk oksigen dan nutrisi masuk ke seluruh bahagian badan. Tentunya, peredaran darah yang buruk akan memberi pengaruhi besar pada keadaan kesihatan kita. Arginine dalam kolagen membantu menghasilkan oksida nitrik dalam tubuh.
Oksida nitrik adalah molekul kecil yang dapat bergerak di dalam dan di antara sel, dan salah satu fungsi utamanya adalah membuat sel otot licin menjadi rileks. Sel otot licin ini ditemukan di seluruh badan di saluran darah.
Ketika saluran darah tenang, tekanan darah turun dan peredaran darah yang lebih baik terjadi. Ketika lebih banyak darah mencapai jaringan, mereka mendapat nutrisi yang lebih baik.
4. Mempercepat penyembuhan luka
Kolagen dalam kaki ayam juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, termasuk membantu mengurangkan peradangan dan kesakitan akibat luka. Di sisi lain, kolagen pada kaki ayam juga mengandungi prolin yang merupakan sebatian penting dalam penyembuhan luka. Dengan mengamalkan kaki ayam, kandungan prolin dalam tubuh akan meningkat yang mempercepat pemulihan luka dari cedera traumatik.
5. Mengurangkan anxiety
Kolagen dalam kaki ayam memiliki sifat anti-anxiety kerana kepekatan glisin yang tinggi. Glisin membantu mengatasi anxiety kerana merupakan perencat neurotransmitter yang menyokong sistem saraf pusat.
Selain itu, glisin membantu mengatur sintesis metabolisme nutrisi, menyeimbangkan kadar elektrolit, dan membantu mengawal impuls saraf di seluruh tubuh. Semua faktor tersebut sangat menyumbang dalam meminimaliskan anxiety.
Nekad nak turunkan berat badan, lelaki ini memilih teh hijau untuk kontrol rasa nak makan dan perlahan-lahan dia dapat tinggalkan air bergula.
Mula belajar mengenai tentang diet, saudara Harith Faisal akhirnya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan.
Amal Minum Teh Hijau
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spaghetti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Kesan Minum Teh Hijau
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
Dapat berikan tenaga.
Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
Dapat tingkatkan metabolisma.
Sekaligus, dapat turunkan berat badan.
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap juga. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags (Sedap)
Boh Green Tea 50 Teabags harganya (Kurang sedap)
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Nampak tak hasil daripada usaha minum teh hijau ini? Anda pun boleh amalkan tetapi pastikan dengan cara yang betul dan jangan lupa bersenam ringan untuk keluarkan peluh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dapur kaca memang cantik tetapi boleh jadi bahaya bila kaca meletup dan pecah berderai. Takut kalau terjadi secara tiba-tiba dalam rumah, nak-nak kalau anak yang sedang memasak.
Okay, jangan risau! Anda boleh ikuti beberapa tip ini jika mahu guna dapur kaca.
1. BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat.
Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
2. JANGAN LAP DAPUR MENGGUNAKAN KAIN BASAH
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
3. PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amat berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur.
Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
4. JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
5. PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Jadi tak salah anda nak guna dapur kaca cuma kena ada ilmu dan tahu guna. Elakkan sebarang yang boleh mengundang bahaya, itu dah cukup!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!