Buah tembikai adalah antara buah-buahan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan pencuci mulut.
Buahnya yang berwarna merah dan manis ini boleh dibuat penghilang dahaga kala cuaca panas.
Sama ada elok dimakan begitu saja atau dikisar menjadi jus buahan tanpa dimasukkan sebarang pemanis. Disenaraikan antara khasiat buah tembikai untuk kesihatan.
Khasiat Buah Tembikai
1. Membantu Menyihatkan Jantung
Tembikai mempunyai satu nutrisi yang dipanggil lycopene. Lycopene ini membantu melindungi sel badan dari rosak dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ianya terbukti dengan kajian yang dilakukan Universiti Purdue. Selain itu, satu lagi kajian yang diterbitkan pihak Jurnal Hipertensi Amerika juga menunjukkan tembikai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi orang dewasa yang obesiti.
2. Sifat Anti-Radang
Lycopene juga mempunyai sifat anti-radang dan mampu bertindak sebagai anti-oksida untuk meneutralisasikan radikal bebas dalam badan.
Sifat anti-radang ini sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut, arthritis atau penyakit-penyakit yang berpunca dari stres, merokok dan juga pencemaran.
3. Membantu Membekalkan Air Kepada Badan
Kandungan tembikai yang penuh dengan air dapat membantu badan dari kehilangan air. Selain itu juga, air tembikai juga adalah konduktor yang baik dan ini sangat bagus untuk menghalang dari berlakunya strok haba. Jadi, kalau cuaca panas terik, teruslah mencari buah tembikai untuk dimakan ya.
Ads
4. Memberikan Kebaikan Pada Kulit Dan Rambut
Vitamin A sangat penting untuk kulit anda dan tembikai mampu membekalkan nutrisi ini kepada badan anda. Vitamin A juga membantu melembapkan kulit dan rambut sekaligus menggalakan pertumbuhan sel kolagen dan elastik yang baru setiap hari.
5. Menghilangkan Sengal Dan Lenguh Pada Otot
Minum satu cawan jus tembikai sebelum melakukan aktiviti sukan atau lasak mampu mengurangkan lenguh dan sengal otot selepas aktiviti tersebut. Fakta ini dibuktikan dengan satu kajian yang diterbitkan Jurnal Agrikultur dan Sains Makanan pada tahun 2013.
Selain itu, satu lagi kajian telah dibuat dan menunjukkan tembikai dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan yang mengamalkan tembikai sebelum menjalankan sukan tersebut.
6. Menghalang Kanser
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, tembikai dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser melalui sifat anti-oksida yang ada. Lycopene secara amnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengurangan kanser prostat menurut Institut Kanser Kebangsaan Amerika.
Ads
7. Membantu Buah Pinggang
Setiap hari, anda terdedah dengan pelbagai jenis toksin. Sebahagiannya datang melalui pemakanan dan udara persekitaran anda. Jadi, tugas buah pinggan sangat penting bagi mengeluarkan toksin-toksin tersebut dari badan anda.
Dua nutrisi penting yang ada di dalam tembikai, iaitu potasium dan kalsium dapat membantu buah pinggang dalam proses mengeluarkan toksin dari badan. Jadi, amalkan makan tembikai setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik.
Fakta Nutrisi Tembikai
1 cawan buah tembikai yang telah dipotong seberat 152 gram mengandungi dan membekalkan:
– 43 kalori
– 0 gram lemak
– 2 miligram garam
– 11 gram karbohidrat
– 1 gram serat
– 17% vitamin A yang diperlukan setiap hari
– 21% vitamin C yang diperlukan setiap hari
– 2% zat besi yang perlu setiap hari &
– 1% kalsium yang diperlukan badan setiap hari
Buah epal biasanya lepas potong akan mula kelihatan lebam dan tidak lagi rangup untuk dimakan.
Tetapi sebenarnya ada cara nak bagi buah epal itu cantik dan segar selepas dipotong, cuba baca tip daripada Puan Lailatul Munira Zainuddin, sangat berkesan. Barulah cantik nak hidang!
Air garam boleh membantu mengekalkan kesegaran hirisan buah epal.
1) Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam sekejap hirisan epal ke dalam air tersebut. Boleh direndam selama lima minit.
Kemudian toskan. Garam jangan diletakkan terlalu banyak bimbang buah epal akan menjadi masin. Letakkan ikut kadar yang bersesuaian.
2) Madu
Buat mereka yang tidak suka kewujudan rasa masin pada buah epal, boleh menggunakan madu.
Caranya cukup mudah, campurkan dua sudu madu dalam segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
3) Jus lemon
Petua elak epal lebam yang ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendamkan potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4) Pisau tajam dan limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tetapi sebelum itu, sapu atau geselkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Nampak manis Amy Mastura amalkan cara sederhana begini, tidak terlalu bersolek dan over dalam penampilannya.Tak perlu berhias sangat pun, tetap terserlah keayuannya.
Ada sesetengah perempuan beranggapan bahawa golongan lelaki hanya memandang rupa paras yang cantik atau penampilan seorang wanita untuk dijadikan pasangan.
Mungkin ada benarnya kepada sesetengah individu namun ciri-ciri fizikal tertentu bukan satu-satunya perkara yang diperhatikan oleh seseorang.
Namun percaya atau tidak, lelaki juga memerhatikan pelbagai perkara yang ada pada diri seorang wanita selain fizikal dan rupa paras iaitu humour!
Amy Mastura Amalkan Cara Sederhana, Baik Pemakanan Dan Mekap
Secantik-cantik seorang wanita tidak akan menarik perhatian jika keperibadiannya tidak menarik dan mempunyai personaliti membosankan.
Senyuman dan ketawa seorang wanita itu lebih bermakna buat seorang wanita untuk digelar sebagai cantik keperibadiannya!
Hal yang demikian kerana, hubungan tanpa gelak ketawa akan terasa kosong dan bosan!
Baru-baru ini, sekali lagi nama Amy Mastura menuai pujian warganet kerana bersikap lucu dan sentiasa terlihat awet muda.
Malah, rata-rata peminat berpendapat bahawa pelakon dan penyanyi ini tak pernah mempuyai sebarnag kontroversi murahan sama ada dari segi karier mahupun kehidupan peribadi.
Penjagaan Diri Dan Wajah
Kongsi Amy, semua orang akan melalui hari tua dan melalui proses itu. Tapi yang membezakannya adalah cepat dan lambat apabila kita jenis yang bersedia dari segi penjagaaan wajah, mata dan gigi.
Apabila tiba masanya, kita akan lebih menghargai perjalanan proses tersebut.
Dari segi pemakanan, Amy makan semua tetapi secara sederhana. Untuk aktiviti pula selalunya buat yang rigan saja contohnya berjalan laju adat sesekali joging. Ya, tetap dengan cara sederhana. Malah mekap pun tidak tebal kecuali ke majlis tertentu.
Kena terima, usia akan terus meningkat dan kita tak boleh lari menuju hari tua.
Boleh Berbahasa German
Memuat naik video di laman Instagram, Amy Mastura mengakui berkebolehan berbahasa German!
Apa yang lebih lucu, Amy sendiri tidak memahami apa yang dibebelnya kerana hanya sekadar bercakap kosong namun tetap menghiburkan orang ramai.
Menurut sumber laporan sebuah portal media, meskipun sudah berusia 52 tahun, selebriti cukup pakej ini pernha mengakui dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kerana sudah memiliki keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak.
Jelaslah, apabila hidup sentiasa tenang dan dipenuhi dengan senyuman sentiasa membawa kepada aura positif dalam sesebuah kekeluargaan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak malu amal petua lama nak cantik. Elvina guna air beras cuci muka & putih telur buat masker. Sejak awal pembabitan dalam dunia seni memang menarik perhatian ramai. Dikurnia seraut wajah yang cantik dan lembut menampakkan sisi jelita pelakon bernama Norzalina Mohamad atau kini mesra dipanggil Datin Elvina Mohamad.
Dalam satu artikel, ketika ditanya rahsia dirinya sentiasa kelihatan cantik dan jelita walau sudah memiliki seorang cahayamata, Elvina memberitahu dirinya seorang yang berpersonaliti ceria.
“Rahsianya tiada tip tertentu diamalkan untuk kelihatan cantik, cuma saya ini orangnya jenis yang sentiasa ceria. Mungkin itu sebab nampak awey muda,” katanya yang berusia 27 tahun ini.
Kesibukan dengan kerjaya sebagai pelakon dan ibu kepada seorang anak lelaki, Elvina mengakui turut mengambil vitamin untuk kesihatan badan.
Selain itu untuk menjaga kesihatan tubuhn badan saya mengamalkan sentiasa bangun awal pagi.
“Tak kisah waktu bekerja atau cuti. Saya tak biasa bangun lewat sampai pukul 10 pagi. dan biasanya saya akan lakukan senaman seperti yoga,” tambah Elvina memberitahu aktiviti hariannya selain aktif dalam bidang lakonan.
Elvina Guna Air Beras Cuci Muka
Dalam satu artikel di Harian Metro, Elvina turut berkongsi petua yang diamalkan sejak lama dulu dalam menjaga wajah.
Dia mengakui amalkan membasuh muka dengan air beras. Katanya, petua ini sudah diamalkan sejak zaman persekolahan lagi dan akui kulit mukanya tidak pernah bermasalah.
“Ia mudah saja dan tiada kos. Ketika masak nasi, air ketika membasuh beras jangan dibuang. Bagus untuk basuh muka.
“Selain itu, saya juga pastikan sebelum tidur memakai topeng muka yang dibuat menggunakan ramuan asli. Saya buat topeng muka sendiri menggunakan putih telur. Ia sangat mudah untuk disediakan,” katanya.
Ibu kepada Karl Mateen, 3 tahun ini juga turut mengakui memilih petua orang lama kerana lebih selamat untuk kulit daripada terdedah kepada bahan klinikal yang boleh meninggalkan kesan yang tidak diingini.
Katanya, dia lebih yakin menjaga kulit wajah dengan cara sendiri. Tambah pula sebagai selebriti dan pelakon, wajah adalah aset utama yang perlu diberi penjagaan teliti.
“Sebagai wanita, saya tidak boleh ambil mudah kecantikan wajah harus dijaga sebaiknya. Saya lebih selesa menggunakan ramuan semula jadi yang tiada bahan kimia untuk penjagaan kulit wajah.
“Walaupun kesan perubahan pada kulit tidak berlaku drastik, paling utama ramuan itu selamat digunakan,” katanya yang turut mengutamakan minum air mineral sekurang-kurangnya 2 botol sehari.