Jangan ambil mudah jika seseorang wanita itu ragu-ragu sama ada bayi dikandung berkembang secara sihat atau tidak dalam rahim.

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui kandungan berkenaan masih ada lagi atau tidak. Jika denyutan jantung tiada, bermakna ada sesuatu berlaku pada kandungan.

Gugur 8 minggu kandungan

Begitulah yang dialami oleh pelakon dan usahawan Syatilla Melvin apabila memberitahu hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian setelah mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia lapan minggu.

Isteri kepada Shaheizy Sam ini juga memaklumkan dirinya mengetahui kisah sedih itu ketika membuat rutin pemeriksaan degupan jantung kandungan di sebuah klinik.

“Saya baru dapat tahu hamil anak ketiga dalam dua bulan lalu. Bagaimanapun ketika membuat pemeriksaan degupan jantung semalam (Selasa), doktor sahkan perkembangan janin terbantut dan tidak membesar sebagaimana sepatutnya,” jelasnya.

Ditanya tentang reaksi suaminya, dia dan suami menganggap tiada rezeki untuk menimang anak ketiga buat masa ini.

“Sebenarnya saya memang tak merancang untuk anak ketiga ini, tapi bila dapat tahu hamil memang saya dan suami gembira sangat.

“Malah Syeriv (anak sulung) pun teruja sehinggakan setiap hari cium perut saya kerana tak sabar nak jumpa adik baru.

IKLAN

“Jadi bila doktor memaklumkan perkara tersebut semalam, Sam terdiam sekejap. Bagaimanapun dia menerima semua ini dengan positif dan anggap bukan rezeki kami,” sambungnya lagi

Pengalaman ketiga

Syatilla juga menerangkan keguguran kali ini merupakan pengalaman kali ketiga buatnya.

“Sebenarnya ini adalah keguguran saya yang ketiga. Sebelum Syeriv, saya pernah keguguran sekali dan kali kedua sebelum Sarima.

Selain itu:  Pesan Bella Astillah, "Jaga Pemakanan, Badan Nak Pakai Lama.."

“Kali ini pengalaman mungkin sedikit berbeza kerana saya perlu melalui proses mencuci rahim, sekiranya janin tidak jatuh sendiri dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang semalam, Syatilla meluahkan rasa sedih tersebut.

IKLAN

Untuk maklumah, pasangan Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Dan bagi mereka yang mengalami keguguran, penting untuk menjalani berpantang bagi memastikan tubuh kembali sihat dan bertenaga untuk meneruskan rutin harian.   

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHJ (@haniffjamalullail)

Perlunya berpantang

Menurut Dr Ramzdhan dari Doctor On Call memberitahu kepentingan berpantang bagi mereka yang mengalami keguguran.

“Untuk makluman anda, pantang merupakan amalan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat malaysia. Doktor perubatan tidak mempunyai spesifik cara berpantang. Jika anda mahu berpantang, ia tidak dihalang.

IKLAN

“Namun, sebagai doktor saya menyarankan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat bagi memudahkan proses penyembuhan. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat,” katanya.

Gugur Anak Ketiga, Ini Yang Syatilla Melvin Kena Buat Supaya Badan Cepat Sembuh & Bertenaga

Artikel Berkaitan:

“Macam Naik Roller Coaster” -Ini Sebab Kenapa Ramai Tengok Suka Tengok Video Picit Jerawat!

Berjaya Hilangkan 19KG Dalam Setahun, Gadis Ini Kongsi Tip Mudah Diet Tanpa Produk

Rahsia 12 Selebriti Kekal Cantik & Langsing Setelah Lahirkan Anak

    

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI