Setiap wanita pastinya mahu sentiasa kelihatan cantik dan paling penting nampak awet muda sepanjang masa.
Tidak perlu memakai produk mahal, sebaliknya elak buat beberapa perkara ini yang boleh membantu kita kekal awet muda.
Perkongsian seorang doktor estetik di laman tiktok, Dr Dyana memberitahu beberapa tip perlu dielak dan boleh dilakukan bagi memastikan wajah kita sentiasa kelihatan nampak muda.
5. Jangan jilat bibir yang kering, air liur ada enzyme yang buat bibir lagi kering. Sebaliknya gunalah lip balm untuk lembapkan bibir.
6. Untuk kulit matang/kering/berumur, gunakan cleanser tiada buih. Gunakan juga pelembap, Ini kerana jika kulit kering akan nampak kita lebih berumur dari usia sebenar.
Ads
7. Jangan lupa ambil Vitamin C serum & apply sunscreen terutama di sekitar mata. Ini adalah untuk kurangkan dark circle.
8. Lagi satu wajib memakai sunscreen 3 kali sehari kalau nak sentiasa awet muda.
Beliau juga turut mengingat untuk mula pakai produk yang ada bahan seperti Hyaluronic acid atau antioxidants seperti Vitamin C dan collagen untuk retinoid.
Jangan suka-suka letak kaki pada ‘Dashboard’, jika kemalangan boleh cacat seumur hidup. Ada macam-macam cara untuk hilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan dalam kereta. Lagi-lagi jika memakan masa berjam-jam lamanya.
Salah satunya adalah tabiat dengan meletakkan kaki depan dashboad. Walaupun nampak santai tetapi rupanya ada bahaya menanti jika anda gemar bersikap begini.
Ini kerana sikap begini boleh mendatangkan kecacatan seumur hidup jika berlaku kemalangan.
Seperti perkongsian Public Health Malaysia yang turut memberi ingatan untuk menghentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Bahaya Letak Kaki Pada Dashoard
Allahu.. bahayanya.
Perempuan-perempuan atau segelintir lelaki yang suka letak kaki di dashboard sudah boleh hentikan tabiat meletakkan kaki di dashboard.
Ini kerana perbuatan ini merbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.
Air bag merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag. Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka.
Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan. Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, Airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.
Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung.
Agensi keselamatan menyarankan agar tidak meletakkan kaki di atas dashboard. Kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tersebut tembus ke lubang mata.
Sudah tahu cara pilih pelembap muka sesuai ikut jenis kulit anda? Haaa.. tak kira apa jenis kulit sekali pun, pemakaian pelembab adalah WAJIB bagi mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti kusam dan jerawat.
Jadi jom ambil peduli tekstur apakah sesuai dengan jenis kulit anda menerusi tip daripada Yaya Salihin, sama ada krim atau gel. Apa pula perbezaannya?
Cara Pilih Pelembap Muka
Mungkin ada yang masih main pakai ikut orang kata best, padahal kurang sesuai untuk jenis kulitnya. Itu satu masalah, ya!
Pelembap Jenis Krim:
Tekstur- Pekat (Minyak+Air)
Tahan lama di kulit
Jenis Kulit- Kering + Kusam
Pelembap Jenis Gel:
Tekstur- Ringan
Tidak melekit
Jenis Kulit- Berminyak, Kombinasi, Jerawat
Penting untuk anda pilih pelembap yang bersesuaian. Sebagai contoh kulit berminyak, tetapi pakai krim.
Maka shining teruk lah muka sampai boleh tersumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.
Kulit kering pula kalau pakai gel memang tak cukup kelembapan pada kulit dan menyebabkan kusam.
Jadi, betul tak pilihan pelembap yang anda sapu sekarang? Kalau salah, sempat lagi tukar jenis yang sesuai ya.
Selamat bercantik-cantik secara semula jadi, bukan dek kerana mekap tebal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular satu video daripada Selena Gomez yang menggunakan penyepit bulu dan maskara untuk cantikkan bahagian matanya. Jadi kalau anda jenis bulu mata pendek, boleh lah cuba!
Dia menggunakan TikTok sebagai platform untuk berkongsi petua dan helah kecantikan dalaman yang dibinanya sepanjang kerjaya dalam industri hiburan.
Selena Gomez Guna Penyepit Dan Maskara Lebatkan Bulu Mata, Senang!
Salah satu rutin solekan yang mencuri tumpuan sehingga viral adalah trik menggunakan maskara dan penyepit bulu untuk membentuk mata yang lebih galak dan lebar.
Dalam video, Selena mengambil penyepit, hujungnya disalut dengan maskara, kepitkan di bulu mata biar bergumpal untuk menghasilkan kesan bulu mata anak patung.