Siapa sangka wanita yang subur juga turut berpotensi untuk mendapat Polycystic ovary syndrome (PCOS). Walaupun nisbahnya hanya 10% tetapi tetap berpotensi untuk mendapatnya.
Bila seseorang ada PCOS itu seseorang itu sukar untuk hamil dan berisiko ada masalah kardiovaskular, diabetes dan kanser endometrium.
Apa agaknya gejala PCOS yang ramai wanita terlepas pandang. Walaupun nampak remeh, tetapi boleh jadi serius jika tidak dikesan lebih awal.
Polycystic ovary syndrome (PCOS) adalah kondisi yang mempengaruhi tahap hormon wanita apabila tubuh menghasilkan hormon androgen lebih tinggi berbanding biasa.
3 ciri utama PCOS ialah: 1. Haid tidak teratur yang bermaksud ovari tak kerap mengeluarkan telur (ovulasi)
2. Androgen berlebihan iaitu tahap hormon “lelaki” yang tinggi dalam badan, yang boleh menyebabkan tanda fizikal seperti bulu di muka atau badan yang berlebihan
Ads
3. Polycystic ovaries – ovari membesar dan mengandungi banyak kantung berisi cecair (folikel) yang mengelilingi telur. Kalau mempunyai sekurang-kurangnya 2 ciri ini, seseorang mungkin didiagnosis dengan PCOS.
Antara simptom lain ialah: 1. Keguguran rambut yang dikenali sebagai, androgenic alopecia atau, keguguran rambut bercorak wanita.
Ini disebabkan oleh tahap androgen yang tinggi pada wanita dengan PCOS.
2. Tahap hormon androgen yang tinggi akan menyebabkan kulit berjerawat & berminyak. Androgen menyebabkan kelenjar kulit menghasilkan lebihan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum.
3. PCOS juga boleh buatkan kulit menjadi gelap. Perubahan warna kulit bukanlah gejala PCOS. Tapi, penghidap PCOS yang ada rintangan insulin boleh mencetuskan acanthosis nigricans. Ini ialah satu keadaan kulit yang menyebabkan perubahan warna gelap pada lipatan & celahan badan.
4. PCOS juga boleh menyebabkan gangguan tidur & sentiasa keletihan akibat rintangan insulin. Insulin ialah hormon yang membolehkan sel menggunakan gula dalam menghasilkan tenaga. Bila ini berlaku, sel-sel akan kehilangan kemampuan untuk bertindak balas secara normal terhadap insulin, akhirnya boleh menyebabkan diabetes jenis 2.
5. Pening kepala juga merupakan gejala PCOS yang disebabkan oleh tahap hormon yang turun naik.
6. Pesakit PCOS juga sering mengalami pendarahan haid yang lebih banyak. Kondisi ini dikenali sebagai menorrhagia, disebabkan oleh tahap progesteron yang rendah. Menorrhagia ialah pendarahan teruk selama 7 hari atau lebih lama.
Ads
7. PCOS menyebakan kitaran haid jadi tak menentu disebabkan oleh tahap androgen yang tinggi dan insulin berlebihan.
8. Naik berat badan juga merupakan simptom PCOS disebakan tubuh perlu menghasilkan lebih banyak insulin dalam usaha mengekalkan tahap gula darah yang normal.
9. Penghidap PCOS juga susah untuk hamil tapi tak bermaksud tak boleh hamil terus. Ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon mengganggu pertumbuhan dan pembebasan telur dari ovari (ovulasi). Bila tak berovulasi, adalah mustahil untuk hamil.
Kalau korang rasa korang ada masalah diatas, segelah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Jenis Perfume Paling Popular & Bezanya – Panduan Lengkap Pilih Minyak Wangi
Jenis perfume memainkan peranan penting dalam gaya hidup harian kerana ia bukan sekadar bau, tetapi juga keyakinan diri. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, memahami perbezaan antara parfum, eau de parfum, eau de toilette, eau de cologne dan eau de fraiche membantu anda memilih minyak wangi yang sesuai dengan personaliti.
1. Parfum – Perfume Paling Tahan Lama
Parfum adalah jenis perfume dengan konsentrasi pewangi paling tinggi, sekitar 15% hingga 40%. Baunya mampu bertahan lebih 12 jam, menjadikannya pilihan mewah walaupun harganya lebih mahal. Jika anda inginkan bau yang tahan seharian, parfum adalah pilihan terbaik.
2. Eau de Parfum (EDP) – Perfume Seimbang
Eau de Parfum mempunyai konsentrasi lebih rendah daripada parfum, tetapi tetap tahan lama. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan keharuman kuat tetapi tidak terlalu overpowering. Kini, EDP boleh didapati untuk lelaki dan wanita.
3. Eau de Toilette (EDT) – Perfume Popular Harian
EDT adalah jenis perfume paling banyak dijual kerana harganya lebih mesra bajet. Walaupun ketahanannya tidak setanding parfum, ia lebih ringan dan sesuai dipakai setiap hari. Jika disembur pada pakaian, baunya boleh bertahan lebih lama.
4. Eau de Cologne (EDC) – Perfume Ringan & Segar
EDC mempunyai konsentrasi pewangi lebih rendah daripada EDT. Baunya lebih ringan dan tahan lebih singkat, tetapi sesuai untuk mereka yang mahukan haruman segar dengan harga berpatutan. Semburan pada kain membantu baunya kekal lebih lama.
5. Eau de Fraiche – Perfume Paling Ringan
Jika anda kurang gemar bau yang kuat, Eau de Fraiche adalah pilihan. Dengan konsentrasi paling rendah, ia memberikan haruman lembut yang sesuai dipakai ketika cuaca panas atau aktiviti santai.
Tips Memilih Jenis Perfume yang Tepat
Pilih parfum jika anda mahu bau tahan lebih 12 jam.
Gunakan EDP untuk keseimbangan ketahanan dan harga.
EDT sesuai dipakai ke pejabat atau aktiviti harian.
EDC terbaik untuk bau segar selepas mandi.
Eau de Fraiche sesuai bagi mereka yang suka bau lembut dan ringan.
Kesimpulan: Dengan memahami setiap jenis perfume, anda boleh membuat pilihan minyak wangi yang sesuai dengan gaya hidup dan personaliti. Sama ada parfum, EDP, EDT, EDC atau eau de fraiche – semuanya mempunyai keunikan tersendiri.
Tidak dinafikan bagi mereka yang sering memasak, kebiasaannya akan menggunakan semula minyak masak yang telah digunakan sebelum itu.
Ini adalah kerana faktor jimat dan merasakan minyak berkenaan masih elok untuk digunakan. Adakah benar ia selamat digunakan atau sebaliknya.
Perkongsian di laman Facebook oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu mengenai penggunaan semula minyak masak di kalangan kita.
Beliau turut menasihatkan bahawa penting untuk menjaga kesihatan dan salah satunya tidak gunakan minyak masak berulang kali
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Percaya atau tidak, kalau anda rajin tonyoh kacang soya dan yogurt, hasilnya rambut anda akan jadi lebih sihat dan senang diurus. Tiada lagi masalah rambut bercabang!
Petua ini dikongsikan Puan Norafiza Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Oya secara ringkas untuk selesaikan masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang di urus dan suami pun suka.
Langkah 1
Mula-mula anda cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.
Langkah 2
Kemudian tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.
Mask Kacang Soya Campur Yogurt
Haa… anda boleh lakukan rawatan mask rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang diurus. Sediakan bahan-bahannya dulu.
Kacang soya Minyak zaitun Yogurt Castor oil
Guna kacang soya dalam segenggam dan rendam. Kemudian blander kering sehingga halus.
Halus begini.
1½ sudu olive oil.
4 sudu yogurt Asli untuk rambut. Kalau rambut anda pendek, cukup pakai 2 sudu.
Castor oil. 2 sudu Besar Castor oil.
Sudah siap untuk digunakan selepas itu anda boleh membilas rambut dengan lemon.
Biarkan dalam 15 Minit. Sambil tu basuh lah bilik air biar berkilat.
Ini tambahan penjagaan rambut yang Cik Oya guna.
Untuk langkah kedua dan ketiga, anda boleh selangkan sehari. Anda boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya. Mesti cantik, mesti rajin.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!