Siapa yang tidak mengenali figura bernama Rozita Che Wan. Melihat penampilan yang kekal cantik dan langsing tidak menyangka sudah mempunyai tiga orang anak.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelakon Kiah Pekasam ini kekal kurus dengan berat badan ideal walaupun usia melewati 40-an.

Pernah muat naik perkongsian di laman Instagramnya rahsia dia menjaga badannya dengan berat ideal.

Dia yang dikenali dengan sebagai Che Ta rupanya rajin mengamalkan minum jus buahan yang dibuat sendiri. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.

Ini Antara bahan yang digunakan oleh Che dalam penyediakan jus berkenaan.

– Epal hijau

– Beri hitam

– Kurma

– Delima

– Asam keping

– Sedikit air

Cara membuat:

1. Asam keping direbus bersama sedikit air

IKLAN

2. Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air.

3. Masukkan air rebus asam keping

4. Sambung kisar sebuah bahan hingga halus dan sedia untuk diminum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menurut Che Ta dalam video berkenaan, khasiat kurma memberikan tenaga manakala asam keping pula untuk membuang lemak.

Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Tambahnya lagi jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.

Dalam perkembangan terbaru baru baru ini,  Che Ta mengakui sudah muncul dengan sebuah lagu  ‘jingle’ untuk sebuah produk kecantikan diwakilinya iaitu Mylea.

“Tapi janganlah salah sangka. Bukan maksud saya nak bersaing dengan penyanyi sedia ada. Ia bukan pun lagu komersial.

“Lagu ciptaan DJ Fuzz itu hanya untuk promosi produk berkenaan dan berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut. Malah sudah dimainkan di corong radio,” katanya yang merakamkan lagu itu sekitar sejam lebih pada 14 April lalu.

IKLAN

Tegas isteri kepada Zain Saidin itu lagi, dia tidak yakin dan tidak sanggup menyanyi pada mulanya.

“Saya pun tak rasa ada vokal yang meletop macam penyanyi lain. Tapi disebabkan pengasas produk itu mahu saya menyanyi. Saya cabar diri.

“Saya tak anggap ia satu projek serius. Jauh sekali nak berentap di Anugerah Juara Lagu. Walau ada yang memuji kata saya bukan tak boleh menyanyi, saya tak rasa boleh serius menyanyi pun.

“Bahkan saya cakap mesti yang puji saya boleh menyanyi itu sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong ‘sunat’,” selorohnya.

Sudah terbiasa dengan kecaman selama ini, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu tak mahu memikirkan apa kata orang apabila menjayakan projek nyanyian itu.

“Saya sudah biasa dengan segala yang negatif. Tapi itu tak pernah jadi kudis,” katanya yang baru baru ini dilantik sebagai duta platform E-Dagang, Warongku di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Dalam perkembangan lain, Che Ta juga teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Production.

IKLAN

“Sudah 11 tahun usia naskhah Kiah Pekasam yang melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.

“Insya-Allah 8 Mei ini saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran. Memang produksi nak kejar momen musim mangga harum manis di sana.

“Penggambaran filem itu akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan lebaran dijangka 13 Mei nanti. Pelakon asal juga akan berlakon termasuk suami saya,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sambutan Ramadan, Che Ta seronok mengunjungi bazar untuk membeli juadah berbuka puasa

“Macam saat melunaskan penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor, saya bersama Feroz Loy (pengarah) dan kru sempat singgah ke bazar.

“Malah saya beruntung, ada peniaga di bazar memberikan juadah mereka secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.

“Tapi kalau buka puasa, wajib makan nasi. Tekak memang nak makan nasi,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Bermata Cantik & Dilabel Angelina Jolie Malaysia, Rupanya Dari ‘Baby’ Puteri Sarah Dah Pakai Contact Lens

Tampil Cantik Di Pagi Syawal, Dengan Sentuhan Mekap Jurusolek Popular, Datuk Alha Alfa

“Cantik Macam Puteri Raja” – Erra Fazira Dedah Rahsia Kecantikan Engku Aleesya Hingga Dipuji Netizen